Tepat setahun umur Hud Khaleq, dan Huda pula baru saja sembuh dari cedera nya.
Hari yang dinantikan Khalish akhirnya terjadi jua.
"Aku terima nikah, Huda Adlina Binti Adnan dengan Mas kahwinnya Seutas rantai emas seberat 3.5g." Ucap Khalish dengan sekali lafaz.
"Sah??" Tanya Tok kadi yang sedang duduk dihadapan Khalish.
"Sah..." Ucap saksi kiri dan kanannya.
"Alhamdulillah..." Ucap semua yang ada disana mengucap syukur ke atasnya.
Doa dibaca, sebelum upacara menyarungkan cincin dan membatalkan air sembahyang dilakukan.
Kesemua teman Huda dan Khalish ada bersama mereka di majlis yang sederhana itu kerana itu adalah kemahuan Huda dan Khalish yang taknak orang tahu akan kewujudan Huda masih ada.
"Alhamdulillah.. Semuanya dah selesai. Nampaknya lepas ni giliran aku??" Tanya Bob melirik kearah Khayla.
"Hahhhh... Nak kahwin dengan anak Ibu? Ada syaratnya." Kata Tengku Melati.
"Bagilah apapun syaratnya Bu. Yang penting, Ibu jangan mintak Saya pun tak buih ke, berenang dekat lautan api ke. Kalau tu yang Ibu mintak, nampak gayanya terpaksalah saya batalkan niat nak peris terikan seorang CEO perusahaan Import dan eksport ni." Kata Bob.
Yang lain ketawa bila mendengar kata-kata Bob.
Huda yang masih duduk diatas kerusi roda sedang memangku anaknya Hud Khaleq yang sedang terlena tidak menyampuk apa-apa.
Dia yang baru sembuh taknak melakukan banyak pergerakan ataupun bercakap banyak. Kerana takut jika jantungnya kembali mengalami pendarahan.
Melihat teman-teman nya kembali berkumpul bersama membuatkan dia merasa bahagia. Namun dalam bahagia, ada sedikit kekecewaan disana kerana Sharifah tidak datang merayakan perkahwinannya bersama Khalish atas sebab terpaksa menjaga Tengku Razali.
Selain itu Huda juga masih tak mampu melupakan apa yang berlaku saat masih bersama dengan Thariq. Dan dia takut jika Khalish pun akan bersikap seperti Thariq.
Melihat Huda hanya diam, Dani dan Aurora mendekati.
"Kenapa?" Tanya Aurora.
"Tak. Huda hanya teringatkan Mama." Kata Huda.
"Mama kan tengah jaga Tengku Razali." Kata Dani.
"Huda jangan banyak fikir. Nanti Huda sakit. Kesian Khaleq." Ucap Aurora.
Khalish melihat Huda yang sedang berbual bersama dengan Dani dan Aurora di sisinya. Terpamer wajah sedih sang isteri. Dan Huda memberitahunya tadi saat dia menyarungkan cincin.
"Hudaa.." Panggil Tengku Khalid.
Huda mendongakkan kepalanya melihat kearah Tengku Khalid dan Tengku Melati.
"Maaf sebab Ibu dan Abah tak mampu berikan majlis yang gah pada perkahwinan kamu berdua. Dan Ibu faham sangat sebabnya." Kata Tengku Melati.
"Ibu takde yang nak dihadiahkan pada menantu sulung Ibu ni. Tapi, Ibu harap Huda terima pemberian Ibu ni." Kata Tengku Melati.
Kotak baldu bersaiz sederhana itu bertukar tangan.
"Aa..apa ni Aunty?" Tanya Huda.
"Ibu." Ucap Khalish lembut.
"Ibu." Kata Huda membetulkan katanya.
"Ibu harap sangat Huda terima pemberian yang tak seberapa dari Ibu." Kata Tengku Melati.
"Dengan segala bantuan yang Huda berikan pada Ibu dan Abah, tak ternilai nak.. Kamu pulihkan semua yang menjadi punca syarikat Ibu dan Abah berantakan." Kata Tengku Melati lagi.
"Semua tu dah berlalu Bu. Huda buat sebab tanggungjawab Huda. Apa yang milik Ibu, Huda sedaya upaya akan dapatkan semula. Tapi bukan untuk nama, ataupun pangkat walaupun apapun. Huda taknak. Cukup selama Huda tinggal bersama Ibu dan Abah kat sana, Ibu dan Abah berikan Huda kasih sayang yang tak pernah Huda dapat sejak dulu." Kata Huda.
"Huda sangat-sangat bahagia boleh merasa kasih sayang seorang Ibu dan Abah." Kata Huda lagi.
Air matanya sudah jatuh berjuraian. Tak mampu nak ditahan lagi.
"Ibu tahu, sebab tu kamu layak terima pemberian ibu ni. kamu anak menantu yang tak pernah Ibu bayangkan akan miliki. Bagi Ibu kamu ibarat sebutir berlian yang mampu menyerikan kehidupan anak Ibu.." Ucap Tengku Melati memegang kedua belah pipi Huda lalu mengucup lembut dahi Huda.
"Terima kasih sudi terima anak Ibu. Ibu harap Huda mampu jaga dia sebaik mungkin." Kata Tengku Melati.
"InsyaAllah Bu. Terima kasih sudi terima Huda dan Khaleq." Kata Huda pula.
Mereka yang melihat menjadi saksi, betapa bertuahnya Huda mendapat mertua yang sangat-sangat menyayangi dirinya.
"Ingat, kalau Along jahat pada Huda, bagitahu Ibu. Biar Ibu belasah dia." Kata Tengku Melati.
Huda senyum mengangguk faham.
Manakala Khalish pula ternganga kerana title sebagai anak ibu dan Abah kini beralih arah pada menantu kesayangan mereka.
"Ni Madam Pingu, kalau dia buat hal, gantung je dia terbalik. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah." Kata Joffry.
"Amboii Abang, sakan ye nak kenakan Khal, Tak ingat ke yang Abang tu pun dah ada isteri." Kata Mini.
"Isteri abang okey je." Kata Joffry.
"Takuk kepala dia Mini dengan kuali kat rumah tu." Kata Aurora pula.
"Ni dah lebih ni." Kata Joffry.
Semua ketawa di sana. Semua tahu, yang Mini kini berbadan dua. Dan emosinya selalu marah.
Aurora pula baru saja bersalin 2 bulan lepas dan dia melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat dan diberi nama Embun Dahlia.
"Nasib tau baby tak merengek kat rumah. Kalau tak, terpaksalah Abang Dani balik." Kata Dani.
"Mertua abang ada kat sini?" Tanya Huda.
"Haah.. Nak jaga Baby. Kalau tak, siapa yang Abang nak harapkan." Kata Dani.
Khaleq membuka matanya apabila tidurnya terganggu dengan ketawa geng bujang Lapok. Tiba-tiba terdengar tangisannya didalam pelukan Huda.
"Allahhh... Korang ni memang nak kena ke apa?" Tanya Khalish pada temannya.
"Alamakkk.. Sorry baby Khal." Ucap Joffry.
"Korang memang pandai cari tarikh ye. Satu tarikh dengan Tarikh lahir Khaleq. Besar hadiah Mumy dia berikan pada Khaleq." Ucap Alfred yang berdiri disisi isterinya.
Huda dan Khalish berpandangan. Dan baru mereka perasan akan tarikh itu adalah ulang tahun pertama Khaleq.
"Kami tak rancang pun sebenarnya." Kata Khalish.
"Aku yang nak hari ni, sebab aku taknak Khaleq rasa apa yang aku rasa saat aku kecik dulu." Kata Huda.
"Aku taknak, dia kurang kasih sayang seorang Papa. Cukuplah aku yang merasakannya dulu." Kata Huda lagi.
Khalish menyentuh lembut bahu Huda. Dia memberikan kekuatan pada sang isteri. Taknak melihat kesedihan demi kesedihan diwajah isterinya.
"Saya takkan sia-siakan peluang yang Allah berikan ni. Saya akan jaga Ina dan Khaleq, lindungi Ina dan anak-anak kita nanti." Kata Khalish.
Huda tersenyum bahagia. Namun dalam fikirannya terfikir mampukah dia bahagia untuk kali ini?
Share this novel