Bab 2

Drama Series 12145

.....

Disaat Huda tersedar lepas 3 bulan ditidurkan, hanya ada babynya yang berada di sisinya bersama Khalish yang sedang membantu menggantikan pampers anaknya.

Melihat putih di sekelilingnya, ayat pertama yang keluar dari mulutnya adalah.

"Aku dah mati ke?" Tanya Huda.

Mendengar suara halus dan terdengar serak basah itu, Khalish terus menoleh melihat kearah Huda diatas katil.

Melihat mata Huda terkebil-kebil beberapa kali membuatkan dia berlari mendapatkan Mumy Khaleq dengan Khaleq berada didalam dakapannya.

"Ina???" Panggilnya sekali.

Namun Huda tidak merespon sama sekali.

"Ina???" Panggilnya kali kedua.

Barulah Huda menoleh kearahnya.

"Saya kat mana ni?" Tanya Huda.

"Awak dekat apartment saya. Awak jangan risau, awak selamat kat sini." Kata Khalish.

"Aa yang berlaku?" Tanya Huda.

Khalish meletakkan Khaleq disisi Huda lalu dia bergerak kearah meja kerja lalu menuangkan air suam untuk diberikan pada Huda.

"Awak minum dulu ye." Kata Khalish.

Perlahan-lahan belakang Huda di tolak kedepan agar senang untuknya meneguk air.

Melihat Huda minum, Khalish mengingatkan Huda agar minum secara perlahan.

"Perlahan-lahan minum tu." Kata Khalish.

Beberapa saat kemudian, Huda menolak perlahan gelas itu.

"Dah???" Tanya Khalish.

Huda mengangguk perlahan.

"Apa jadi pada saya? Kenapa saya ada dekat apartment awak?" Tanya Huda.

Khalish membantu Huda kembali berbaring.

"Awak tak ingat langsung apa yang jadi pada awak?" Tanya Khalish.

"Takkk.." Jawabnya laju.

"Awak masih ingat last awak berada sebelum ni dimana?" Tanya Khalish.

Huda berfikir lama. Berkerut dahinya mengingatkan dimana dia berada kali terakhir.

Hinggalah dia ingat lalu menyentuh dadanya disebelah kiri yang tiba-tiba berdenyut sakit.

Khalish panik melihat Huda memegang dadanya dengan wajah sedikit pucat.

"Awak okey tak?" Tanya Khalish dengan nada risau..

"Saya Okey. Cuma bila saya ingatkan apa yang berlaku dulu, dada saya tiba-tiba sakit." Kata Huda.

"Saya call Doktor ye." Balas Khalish.

Huda mengangguk lemah. Dan matanya tertumpu pada bayi lelaki yang berusia dalam lingkungan 3 bulan.

"Khal..." Panggilnya.

Khal yang baru saja menghubungi Doktor yang merawat Huda selama dia ditidurkan, menoleh dan memberi isyarat agar Huda menunggu sekejap.

Selang beberapa minit, Khalish yng sudah selesai berbicara, melangkah kearah katil lalu duduk disisi Huda.

"Awak nak tanya apa tadi?" Tanya Khalish apabila melihat Huda sedang mengacau Khaleq yang sedang tertidur pulas disisinya.

"Baby ni??" Tanya Huda.

"Baby boy, anak Awak." Kata Khalish.

Huda memandang lekat ke anak mata Khalish. Tak percaya yang bayi dikandungnya masa tu, sihat dan tidak terjadi apa-apa pada nya.

"Ni anak Huda??" Tanya Huda lagi dengan genangan airmata.

"Ye. anak Ina yang Ina kandung dulu." Kata Khaliah.

Tubuh kecil itu diangkat oleh Khalish lu diletakkannya diatas dada Huda.

Airmata yang tadi ditahannya kini merembes keluar dari kelopak mata.

"Ya Allah, terima kasih Kau masih menyayangi aku dan tidak mengambil anakku." Ucapnya dalam esakan.

"Kesiannya Anak Mumy..." Kata Huda lagi.

"Jangan menangis.. Khaleq mesti tak suka tengok Mumy dia nangis." Ucap Khalish mengesat airmata yang keluar dari kelopak mata Huda.

"Khaleq?" Tanya Huda.

"Sorry... Sayaetak nama dia tanpa persetujuan awak." Kata Khalish.

"Tak.. Saya bersyukur awak masih menjaga saya dan baby dalam keadaan saya tidak mampu." Kata Huda.

"Awak bagi nama dia apa?" Tanya Huda.

"Tengku Hud Khaleq Bin Tengku Thariq Al-Haq." Kata Khalish.

Mendengar kata-kata Khalish Huda melihat lagi ke arahnya.

"Mm..macam mana awak tahu?" Tanya Huda.

Khalish hanya membalas dengan senyuman. Dia taknak membebankan fikiran Huda.

Dia takut jika Huda sakit semula. Biarlah dia bagitahu bila Huda dah sembuh semula.

.....

“Jauh menung??“ Tanya Khalish yang sudah masuk kedalam biliknya yang kini menjadi biliknya dan Huda.

"Khaleq dah tidur?" Tanya Khalish melihat anak Huda yang tidur di pangkuan Huda.

"Dahh.." Balas Huda.

"Meh sini. Biar abang letakkan dalam katil dia." Ucap Khalish lalu mengangkat tubuh kecil itu.

Manakala Huda menolak kedua roda wheelchair itu menuju ke meja bulat yang ada di dalam ruangan itu menanti Khalish.

Khalish menyelimuti Khaleq agar tidak kesejukan kerana diluar sedang hujan.

Dia kembali mendapatkan Isterinya yang baru saja dinikahinya tadi siang.

"Sayang..." Panggil nya.

Huda menoleh ke arah Khalish.

"Kenapa ni?" Tanya Khalish melihat wajah isterinya yang tidak ceria sejak tadi lagi.

"Ina taknak jadi isteri Khal ke?" Tanya Khalish.

Huda menggeleng laju. Bukan itu yang menyerabutkan kepalanya kini melainkan banyak hal yang belum lagi selesai.

"Habis tu muka sayang tak ceria sejak sayang lafaz akad tadi." Kata Khalish.

"Huda takut." Kata Huda.

"Kenapa?" Tanya Khalish menarik kerusi yang diduduki Huda itu agar menghadapnya.

Kaki Huda diangkat naik keatas pangkuannya lalu diurut lembut agar isterinya itu mampu berjalan semula.

"Kenapa sayang takut? Tell me why?" Tanya Khalish.

"Huda takut, tak mampu membahagiakan Awak. Apa yang berlaku pada perkahwinan..." Kata Huda terputus apabila Khalish membidas.

"Jangan samakan Abang dengan Thariq. Abang takkan sakiti sayang. Abang akan bahagiakan sayang, dan menjadi Daddy terbaik buat Khaleq dan anak-anak kita." Kata Khalish.

"Siapa Thariq pada Aa..abang sebenarnya?" Tanya Huda.

Senyum terukir dibibirnya mendengar Huda memanggil nya dengan panggilan abang.

"Abang cerita lah. Siapa Thariq pada family Abang." Kata Khalish.

"Thariq adalah sepupu Abang. Ummi Thariq adalah Kakak kepada Ibu. Ada seorang lagi Abang yang sulung kepada Ibu dan Ummi." Kata Khalish.

"Ummi dan Daddy Raff selalu tak puas hati pada family Abang. Ada je yang tak kena. Sampailah sekarang." Kata Khalish.

"So, Duit yang sayang masukkan semula dalam akaun Ibu tu, adalah dari akaun Ummi. Tengku Mawar." Kata Khalish.

"Abang tak tahu macam mana cara sayang dapatkan semula duit dengan jumlah yang bukan sedikit." Kata Khalish.

Huda tersenyum. Tapi dia taknak bagitahu Khalish dahulu. Biarlah menjadi rahsianya.

"Kita tidur ye." Kata Khalish.

"Mak aii?? Awalnya. Baru jam 8.30 Abang oii.." Kata Huda.

"Abang penat." Kata Khalish berterus terang sambil mengernyitkan mata kirinya memberi isyarat.

"Ni bukan penat. Tapi,  gatal." Balas Huda.

Khalish meletakkan kaki Huda kebawah semula. Dia bangun dari duduknya lalu mengendong tubuh isterinya itu.

"Abangg...." Kata Huda sedikit malu dengan perbuatan suaminya itu.

Tok... Tok... Tok....

Kedua mereka berpandangan saat mendengar ketukan dari pintu bilik membuatkan muncung Khalish panjang sedepa kedepan.

Huda ketawa melihat suaminya menarik wajah apabila ada yang mengganggu mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience