Bab 3

Drama Series 12145

Setiap hujung minggu, mereka akan berkumpul di villa milik Tengku Khalid untuk bertemu Huda dan Khaleq.

"Kenapa tak bawa baby?" Tanya Huda pada Aurora.

"Tadi nak bawak. Tapi Mak nak bawak dia jalan-jalan." Kata Aurora.

"Aurora tak boleh penat Lina. Dah ada isi lagi." Kata Mini.

"Eh, betul ke? Syukur lah.. Murah rezeki abang Dani." Kata Huda.

"Hermm, yelah rezeki dia murah. Aku juga yang kena bawa perut kesana ke sini." Kata Aurora.

"Okaylah." Kata Huda.

"Setahun sekali Huda. Dia tak bagi aku can untuk melawa semula. Otak dia sangat-sangat bergeliga." Kata Aurora.

"Okay apa setahun sekali. Dapat satu team bola sepak cukuplah." Kata Dani membalas.

"Aku juga yang melopong." Kata Bob.

"Eh, tak lama lagi kan majlis kau." Kata Huda.

"Majlis tak lama lagi. Tapi proses tu yang buat lama." Kata Bob.

"Kau jangan nak jadikan Adik aku kilang buat anak. Aku tumbuk kau." Kata Khalish.

"Banyak anak, murah rezeki. Banyak juga cucu abah dan Ibu." Kata Tengku Khalid.

"Amboii Abah. Cucu dah sorang ni masih belum cukup?" Tanya Khalish.

"Kalau boleh, Ibu nak cucu sedozen." Kata Tengku Melati.

"Apa Bu?? Sedozen??" Tanya Khalish dan Khayla serentak.

Yang lain semua ketawa mendengar kata-kata Tengku Melati termasuk Huda.

"Sayang tak boleh ketawa tau. Ibu mintak anak sedozen tu." Kata Khalish memeluk bahu isterinya.

"Eh, takde kena mengena dengan Huda tau." Kata Huda.

"Amboiii?? Kenapa pulak takde kena mengena? Habis siapa yang mengandung?" Tanya Khalish.

"Abanglah mengandung. Abang rasa lepas tu seksanya perempuan mengandung." Kata Huda.

"Dahhhh... Jangan diusik menantu Ibu tu. Nak ibu jentik ke?" Tanya Tengku Melati.

"Kalau pasal menantu dia, tak boleh nak di usik-usik. So kalau Ibu dapat menantu lelaki, Ibu buat sama juga ke?" Tanya Khalish.

"Of course.." Kata Tengku Melati sambil bermain dengan Khaleq.

"Mana aci.." Ucap Khayla dengan muncungnya.

"Apa pulak tak aci. Tengok macam Along, Along dah tak boleh manja-manja dengan Ibu, sebab dia dah ada tempat baru. Akak Huda kamu lah bermanja dengan Ibu." Kata Tengku Melati.

"Samalah nanti dengan Bob. Adik dah bermanja dengan dia. Jadi biar dia bermanja dan Ibu dan Abah. Tak salahkan." Kata Tengku Melati lagi.

"Salah tu tidak. Tapi tak betul." Kata Khayla.

Ketawa mereka bergema. Tak sangka dengan berkumpulnya mereka di villa itu membuatkan villa itu berseri dengan kebahagiaan.

Saat mereka semua membuat persiapan untuk makan di luar halaman, Huda duduk di kerusi rodanya menghadap lautan yang berada di belakang villa mertuanya.

"Aku suka laut. Namun, aku hanya mampu memandangnya dan melihatnya dari jauh. Nak dekat, namun masih tak berani untuk menyelam ke dasarnya." Ucap Huda pada dirinya.

"Sampai bila aku nak jadi macam ni? Hanya mampu duduk tanpa mampu berbuat apa-apa." Kata Huda sambil menoleh melihat temannya bersama Khalish yang berada 100 meter di belakangynya.

'Ni bukan diri kau Huda. Mana Huda Adlina yang dulu. Yang ditakuti oleh semua musuh.' Kata hatinya berbisik.

Perlahan-lahan Huda mencengkam kuat kiri dan kanan tempat pengangan tangannya di kerusi roda itu.

Kakinya yang tidak beralas di letakkan diatas tanah. Dia merasakan kakinya sedikit selesa.

"Aku kena kuat. Aku kena bangkit untuk balas semuanya." Kata Huda.

Setiap perbuatan Raeez dan Hanz masa itu semua bermain di layar fikirannya membuatkan dia berdendam pada keduanya.

"Allah memberikan aku kehidupan lagi untuk membalas semua yang kamu buat pada aku. Aku akan datang semula Raeez, Hanz." Kata Huda.

Perlahan-lahan dengan semangat dihati, dia cuba untuk berdiri. Namun kakinya terasa sakit dan kembali terduduk di atas kerusi itu semula.

Tengku Melati yang melihat terus menjerit kuat.

"Huda....." Jeritnya membuatkan semua berpaling menghadap kearah Huda.

"Aku kena kuat." Kata Huda lagi dan kembali mencuba untuk kali kedua.

Melihat itu, Khalish cepat-cepat berlari mendapatkan isterinya. Takut jika Huda terjatuh ke atas tanah.

"Sayang..." Kata Khalish cuba untuk menyambut Huda.

"Jangan dekat." Kata Huda.

"Jangan paksa nanti sayang jatuh." Kata Khalish.

"Sampai bila Huda nak duduk kat kerusi roda ni?" Tanya Huda.

"Ye Abang tahu. Tapi bukan macam ni, Abang boleh bantu sayang. Bawak sayang buat fisioterapi." Kata Khalish.

Huda menggeleng laju.

"Biar Huda berusaha sendiri Abang." Kata Huda.

Melihat Huda melepaskan pegangan pada kerusi roda, Khalish berdoa agar isterinya tidak kenapa kenapa.

Kaki yang sejak tadi terasa sakit dan sengal, perlahan-lahan dihayun melangkah ke hadapan.

Setapak.

Dua tapak.

Tiga tapak,

Khalish senyum melihat perlahan-lahan Huda mampu berjalan semula. Namun baru 10 langkah Huda terjelepuk di tanah.

Laju Khalish mendapatkannya lalu memeluknya dari sisi.

"Sayang berjaya juga berjalan semula. Ya Allah, terima kasih atas apa yang Kau berikan pada isteriku." Kata Khalish.

"Biar abang bantu sayang kali ni ye." Kata Khalish.

"Kesian mereka kat sana tu. Ibu tu mesti penat layan karenah Khaleq." Kata Huda.

"Takpe, abang bantu Sayang dulu." Kata Khalish.

Akhirnya Huda mengangguk kan kepalanya bersetuju. Tubuhnya perlahan-lahan berada didalam pelukan Khalish. Lalu dengan bantuan suaminya, Huda kembali berdiri semula.

Melihat adegan itu, Dani tahu Khalish akan membahagiakan Huda.

Selesai saja semuanya bersusun, Tengku Melati memanggil Huda dan Khalish untuk makan bersama.

Dalam sedang menjamu selera, Dani bertanya pada Huda apa yang akan dia buat bila dia sudah pulih nanti.

"Lepas ni Ina nak masuk kem semula?" Tanya Dani.

Huda menggelengkan kepalanya.

"Tak.." Balas Huda.

"Ina nak bersara dah ke?" Tanya Dani.

Daus, Samsul dan Rahmat melihat ke arahnya. Begitu juga dengan Mini.

"Takkan kau nak tinggalkan team kita macam tu saja?" Tanya Mini.

"Takkk.. Huda tak kan lupakan team Huda ni. Cuma buat masa sekarang, Huda taknak orang tahu tentang Huda." Kata Huda.

"Betul tu. Panglima Luqman pu  dah bagitahu aku beberapa minggu lepas. Dia taknak Ina masuk kem dulu." Kata Khalish.

"Betul juga. Semua dah anggap Huda Adlina dah meninggal." Kata Aurora.

"Ina nak tak tukar identit?" Tanya Dani.

"Tukar Identiti?" Tanya Huda.

"Tak maksud Abang, Ina ganti nama Ina. Dan Ina teruskan lah berhijab. Mesti mereka takkan perasan yang Ina ni adalah Ina." Kata Dani.

"Macam tu pun boleh. Kita boleh lihat siapa yang menjadi dalang dalam pembunuhan awak." Kata Samsul.

"Huda nak guna nama apa?" Tanya Huda.

"Takpe, biar kami yang fikirkan. Ina duduk makan bubur tu." Kata Joffry.

"Bu, bagi Khaleq pada Huda, Biar Huda yang pegang dia. Ibu dan Abah makan dulu." Kata Huda.

"Yelah. Dari tadi meragam nak minta kamu yang dukung." Kata Tengku Melati.

Tangannya menyerah kan Khaleq yang sudah tak sabar nak minta dukung pada Mamy nya dengan ketawa riang.

"Amboii, sukaaa dia." Ucap Khalish.

"Ibu dan Abah makan dulu dengan mereka. Huda nak masuk kejap nak susukan Khaleq." Ucap Huda.

"Abang tolak kerusi ke ruang tamu ye." Kata Khalish.

Melihat Huda sudah hilang dari pandangan akhirnya mereka berbincang akan nama yang akan digunakan Huda selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience