Raff mendapatkan Panglima Luqman untuk mengetahui sesuatu.
Dia merasakan ada yang tidak kena lepas pengkebumian Huda.
"Ada apa?" Tanya Panglima Luqman.
"Tak, aku nak tahu something. Betul ke Huda dah meninggal? Ke dia masih hidup?" Tanya Raff.
"Kau sendiri ada saat pengkebumian tu kan?" Tanya Panglima Luqman.
"Ye aku tahu yang tu. Tapi, aku macam dapat rasakan yang Huda masih hidup." Kata Raff.
"Jangan nak mengarut Raff. Aku sendiri ada saat dia dikafankan dan dimasukkan kedalam keranda." Kata Panglima Luqman.
"Tapi, aku boleh nampak semua macam biasa je." Kata Raff.
"Raff semuanya berlaku setahun lalu. Sampai bila mereka nak meratapi pemergian Huda?" Tanya Panglima Luqman.
"Menangis airmata darah sekalipun, Huda takkan kembali hidup dan ada disisi mereka."Ucap Panglima Luqman lagi.
Malas nak berdebat, Panglima Luqman terus meninggalkan Raff disana sendirian.
"Kenapa dia nak tahu sangat soal Huda ni?" Tanya Panglima Luqman pelik.
"Aku kena cari tahu, mungkin dia ada kaitan dengan pemergian Huda." Kata Panglima lagi.
Dia terus berjalan menuju ke keretanya kerana dijemput oleh Dani kerumah keluarga Khalish untuk meraikan majlis pernikahan Huda dan Khalish beberapa minggu lalu.
Namun, dia taknak mengambil risiko takut di ikuti oleh Raff, dia mengambil keputusan untuk tidak pergi kesana.
Dia menghantar pesanan pada Dani dan memberitahu apa yang berlaku.
-Maafkan saya. Saya tak boleh datang kesana.- Panglima Luqman.
-Sepertinya Raff dapat menghidu kegiatan kita menyembunyikan Huda.- Panglima Luqman.
-So korang makan je lah. Bagitahu Huda dan Khalish, saya minta maaf dan saya doakan perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah.- Panglima Luqman.
Dia terus melakukan keretanya pulang ke rumahnya untuk makan tengahari bersama sang isteri.
Selang beberapa minit, pesanannya dibalas oleh Dani.
-Nanti saya hantarkan makanan buat Tuan dan family Tuan.- Dani.
-Ina mengucapkan terima kasih atas doanya.- Dani.
-Macam mana Tuan Raff boleh terhidu semua ni? Kita mesti berhati-hati mulai sekarang.- Dani.
-Kita kena pastikan tiada siapa tahu akan kewujudan Huda.- Panglima Luqman.
-Don't worry Tuan. Kami dah ada cara kami sendiri.- Dani.
Melihat pesanan itu, dia pasti mereka tahu apa yang akan dilakukan dari sekarang.
Dani menunjukkan pesanan daripada Panglima Luqman kepada Huda apabila Huda kembali join mereka lepas menyusukan Khaleq.
"Macam mana dia boleh tahu?" Tanya Huda.
"Abang pun tak tahu. Panglima pun macam terkejut bila jadi macam ni." Kata Dani.
"Huda sebut siapa tadi?" Tanya Tengku Khalid.
"Tuan Raff? Abah kenal ke?" Tanya Huda.
"Tengku Raffique?" Tanya Tengku Melati.
"Ye. Tengku Raffique kalau kami tak silap." Kata Daus.
"Yang ni ke?" Tanya Khalish menunjukkan gambar lelaki itu.
"Betullah. Tuan Raff." Kata Samsul.
"Dia yang berikan kami misi ke kampung dulu untuk selamatkan Anak Dato Hamdan." Kata Daus.
"Kan Lina?" Tanya Mini.
"Haah.. Ibu kenal ke? Abang?" Tanya Huda memandang Khalish dan Tengku Melati silih ganti.
"Dia Abang kepada Ibu dan Tengku Mawar." Kata Tengku Khalid.
"Jap jap jap... Saya tak faham kat sini." Kata Dani.
"Tengku Raffique, Abang sulung Ibu. Ummi Thariq anak kedua dan Ibu anak ketiga, bongsu." Kata Khalish.
"Raeez bin Raffique." Kata Huda.
"Raeez adalah anak Uncle Raff." Kata Khalish.
Mendengar itu Huda tersengih pahit.
"Sepupu abang?" Tanya Huda.
"Ye." Balas Khalish.
"Pusing pusing pun, masih juga sepupu kan? Thariq pun sepupu abang? Raeez ou sepupu abang?" Tanya Huda menahan rasa sakit hatinya.
Jantungnya mula merasakan kesakitan bekas tikaman itu.
"Dan Hanz... Kembar awak kan?" Tanya Huda memandang Samsul.
"Ye." Balas Samsul.
"Kenapa Ina? Apa yang awak sorokkan?" Tanya Mini.
"Saya tak sorokkan apa-apa. Hanya saya sedang mengingati apa yang berlaku pada saya setahun lepas. Saya cuba untuk mendapatkan maklumat apa yang saya langsung tak ingat." Kata Huda.
"So?? Betullah, mereka ada terlibat dengan apa yang berlaku pada sayang masa kat Labuan?" Tanya Khalish.
"Cukup terlibat." Kata Huda.
"Maksud Huda?" Tanya Tengku Khalid.
"Raeez yang tikam Huda. Masa tu Huda sedang melawan kontraksi nak bersalin. Mungkin Allah berkehendak macam tu, supaya Huda tahu siapa racun dan siapa penawar." Kata Huda.
"Tapi, Huda taknak bertindak sekarang Abah. Huda nak biarkan mereka dengan kebahagiaan mereka dahulu." Kata Huda.
"Hanya satu Sul, jangan salahkan aku jika aku bertindak luar dari batasan." Kata Huda.
"Kau nak tamatkan riwayat dia ke Lina?" Tanya Samsul.
"Entah. Aku tengah fikir." Kata Huda.
"Sudahlah Ina. Jangan diperbesarkan lagi masalah yang dah lama. Dah setahun kan." Kata Dani.
Khalish hanya diam. Namun dalam hatinya Allah saja yang tahu. Rupanya Sangkaan dia tepat, Raeez ada kaitan dengan apa yang berlaku pada Huda.
"Bagi Abang Dani, senang untuk dilupakan, sebab tak kena pada Abang. Huda yang menanggung. Mungkin kalau la masa tu takde siapa yang jumpa Huda, mungkin Huda dah bertemu Mama dan Babah kat sana." Kata Huda.
"Kalau kami, kami taknak masuk campur. Nyawa dibalas nyawa dan darah dibalas darah." Ucap Tengku Melati.
"Huda bukan nak bunuh mereka, tapi Huda nak mereka rasa apa yang Huda rasakan masa tu." Kata Huda.
"Akak, kami dah ada nama yang sesuai untuk Akak." Kata Khayla me gubah topik perbualan yang kian panas.
"Apa dia?" Tanya Huda.
"Tania." Balas Joffry.
"Ingat kan korang nak guna nama cik Pingu." Kata Huda tersenyum.
"Ehhh, mana boleh. Cik Pingu tu hanya untuk kitorang je tak boleh diguna pakai oleh orang luar." Kata Joffry.
"Okey tak Tania?" Tanya Bob.
"Lain?" Tanya Huda.
"Laila Isabella." Kata Bob.
"Nama pun tak logik. Nama tu jangan lah jauh dari nama saya sekarang." Kata Huda.
"Kenapa pulak?" Tanya Bob.
"Dah biasa dengan panggilan tu." Kata Huda.
"Dalina." Kata Daus.
Huda menggeleng.
"Huda ada nama." Kata Huda.
"Apa dia?" Tanya Khalish.
"Aura Khalina." Balas Huda.
"Khalina? Gabungan nama Khalish dan Adlina." Kata Alfred.
"100 point untuk awak." Kata Huda.
"Okey. Setuju." Balas Khalish bangga kerana Huda memilih gabungan nama anatara namanya dan Nama akhir Huda.
Mereka akhirnya bersetuju dengan nama pilihan Huda itu termasuk Tengku Melati dan Tengku Khalid juga bersetuju.
Share this novel