Series
3850
"HAI, abang..." seru Betrice seraya memeluk tubuh itu dari belakang.
"Eh, ya Allah! Apa ni, peluk-peluk? Bet tahu tak kan abang ni suami orang? Suami Kak Una!" Ehsan yang terkejut dengan pelukan mengejut itu bukan saja menepis sehingga gadis berambut perang itu terkebelakang. Malah memarahi.
"Ala, abang ni. Macamlah tak biasa peluk-peluk dengan Bet selama ini. Abang tau tak, Bet rin..dukan abang. Abang tak rindukan Bet ke? Mak Long pun rindu pada Bet tau..." ujar gadis berambut perang itu lagi.
Lagi sekali, dia mencuba nasib.
"Ish, Betrisyah! Dah tak ingat dosa ke, hah? Orang pergi sana belajar saja bukannya bawa perangai-perangai dari sana. Dengan tudung terbang. Baju entah apa-apa!"
"Ni stail lah, bang. Fashion terkini. Itulah bang, ada isteri tapi old fashion. Old school. Mekap pun tak pandai. Tudung labuh makcik bawang!"
"Betrisyah, yang adik hina tu isteri abang tahu tak?"
"Apa adik-adik, hah? Bet bukan adik abanglah. Bet kekasih abang. Dan tak lama lagi, mama nak jodohkan kita. Abang tak suka ke?" ujar Betrice seraya mengangkat bingkai gambar lelaki itu. Bila lelaki itu menunduk, dia mencebik bibir pada wajah wanita di sebelah lelaki itu dalam gambar.
"Astagfirullah! Bet are you out of your mind? Tahu tak apa yang Bet perkatakan ni? Bila masa pula abang kata nak ada bini lain?" sahut Ehsan terus mendongak.
"Gila? Abang kata, Bet gila? Tanyalah Mak Long," jawab Betrice meletakkan kembali bingkai tersebut atas meja sambil diperhatikan oleh Ehsan.
"No. Abang tak percaya dan jikalau betul sekalipun, ni mesti kerja Bet kan? Bet, berapa kali abang nak terangkan ya? Abang tak pernah anggap Bet lebih-lebih. Cinta abang hanya pada Kak Una seorang je," ujar Ehsan seraya menegakkan kedua belah tangannya ke meja lantas menentang renungan manja dua pupunya itu.
"Apa yang si Una ada, hah? Sampai abang langsung taknak pandang Bet? Nak kata lawa? Pandai bergaya? Bet lebih jauh ke depan. Pendidikan? Dia lulusan apa je? Bet ni bang A level. Master!"
"Sikap. Sikap Bet tak sama langsung dengan Kak Una kamu," jawab Ehsan sambil angkat bingkai tadi depan-depan, Betrice. Makin muncung bibir tebal kesan pembedahan aestetik itu.
"Ala, bang...entah-entah depan abang je dia tunjuk baik. Belakang siapa tahu? Entah-entah jauh lebih teruk dari Bet," balas Betrice.
"Cukup, Bet! Jaga sikit mulut tu!" Suara Ehsan naik satu oktaf, membuatkan Betrice tersentak sedikit. Namun, riak wajah gadis itu cepat berubah kembali kepada senyuman sinis.
Ehsan mengeluh berat. Dia memandang bingkai gambar Una di tangannya dengan penuh kasih sebelum meletakkannya kembali ke dalam laci meja kerja bukan kerana malu tetapi kerana dia tidak mahu wajah suci isterinya terus menjadi sasaran pandangan benci Betrice.
"Satu perkara yang Bet kena faham. Pelajaran tinggi tak menjamin kelas seseorang kalau adabnya ke laut. Master atau PhD sekalipun, kalau tak reti hormat hak orang, tak ada gunanya," tegas Ehsan.
Dia mencapai beg laptopnya, bersedia untuk keluar dari pejabat itu. Dia tidak mahu terus berdua-duaan dengan wanita yang seakan sudah hilang urat malunya ini.
Betrice melangkah setapak ke depan, menghalang laluan Ehsan. Wangian kuatnya menusuk hidung, sangat berbeza dengan bau lembut bedak sejuk yang sering dipakai Una di rumah.
"Abang nak lari? Pergi mana? Balik rumah? Jumpa perempuan 'pious' tu?" Betrice ketawa kecil, kedengaran sangat menjengkelkan.
"Abang ingat eh, Mak Long dah janji dengan mama. Lagipun, abang rasa Una tu sanggup ke bermadu kalau dia tahu betapa 'akrabnya' kita dulu masa kat London? Walaupun abang kata abang tak ada perasaan tapi kalau Bet 'reka' cerita sikit kat dia... agaknya dia masih nak pandang muka abang?"
Langkah Ehsan terhenti. Dia menoleh dengan pandangan yang tajam dan dingin.
"Bet cuba nak ugut abang?"
"Bukan ugut, bang. Cuma bagi pilihan. Abang kahwin dengan Bet atau abang tengok Una tinggalkan abang sebab dia ingat suaminya ni pengkhianat. Choose wisely, honey," bisik Betrice sambil jarinya cuba menyentuh kolar kemeja Ehsan namun pantas ditepis lelaki itu.
"Bet memang dah melampau. Kalau Bet rasa fitnah boleh hancurkan rumah tangga kami, Bet silap. Una kenal siapa abang. Dan abang... abang lebih kenal siapa Bet yang sebenarnya. Sekarang, keluar sebelum abang panggil pengawal keselamatan," tegas Ehsan semakin hilang sabar.
Betrice mengetap bibir. Wajahnya yang sarat mekap itu merona merah menahan geram. Dia menyambar beg tangan jenama mewahnya dari atas kerusi.
"Fine! Abang halau Bet? Kita tengok siapa yang melutut nanti. Cakap kat 'isteri kesayangan' abang tu... sedia untuk jadi janda atau sedia untuk dapat madu baru. See you at dinner tonight, abang sayang!"
Dengan hentakan kasut tumit tinggi yang kuat, Betrice melangkah keluar dari bilik pejabat itu, meninggalkan Ehsan yang meraup wajahnya berkali-kali.
Jantungnya berdegup kencang bukan kerana cinta tetapi kerana risau akan rancangan licik ibu saudaranya dan Betrice yang boleh meragut ketenangan Una.
"Kita lihat saja bang..." ujar Betrice tersenyum sambil berjalan ala-ala catwalk di pentas peragaan.
"Betul ke apa kata si Bet tu, ya? Takkan mak nak jodohkan aku lagi sedangkan selama ni, dia elok saja dengan Una? Tak boleh jadi ni," rungut Ehsan segera mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor Datin Hasnah.
Tut! Tut!
"Ish, ke mana pula orang tua ni pergi? Angkatlah kejap..." rungut Ehsan susah hati.
Tut! Tut!
"Helo..."
"Hah, mak..!"
"Kenapa ni? Kut iya pun dah tak reti bagi salam ke?" balas Datin Hasnah di talian.
"Assalamualaikum mak, orang nak tanya ni. Tadi Bet datang pejabat..." tutur Ehsan yang selesa menyebut dirinya sebagai 'orang' bila berbicara dengan si emak.
"Ha...eloklah tu. Bagi dia jawatan P.A..."
"Bukan tentang tugas yang orang nak tahu ni, mak. Tapi...apa yang dia cakapkan tu!" sahut Ehsan bernada tegas sedikit.
"Apa yang dia cakap?" tanya Datin Hasnah pura-pura tak tahu.
"Betul ke yang mak dan Mak Ngah nak jodohkan kami?" tanya Ehsan.
"Kalau betul pun apa yang salahnya?" jawab Datin Hasnah, tenang. Tapi bak hujan ribut di telinga, Ehsan.
"Mak, betul ke tak ni?" tukas Ehsan bagaikan tak percaya dengan apa yang dia dengar itu.
"Apa yang tak betulnya?"
"Ya Allah, mak! Isteri Ehsan nak letak mana? Selama ni, bukan ke mak bersetuju dengan perkahwinan kami. Mak kan baik dengan Una. Dah kenapa tiba-tiba berubah fikiran ni? Apa yang dah merasuk mak? Budak Bet tu ke?" Suara Ehsan naik lagi.
"Memanglah. Siapa kata mak membenci isteri kamu tu. Mak cuma kesiankan Bet. Sebab tu lah, mak bersetuju..."
"Ya Allah, mak! Kenapa tak bincang dulu dengan Ehsan? Mak tahu tak apa mak buat ni? Mak cuba robohkan masjid, tau tak!"
"Ya Allah, nak...sampai hati kamu tuduh mak macam itu. Mak sedikit pun takde niat nak robohkan masjid sesiapa pun..."
Share this novel