bab 3

Drama Series 3850

"KAMU ni kan! Meminta sangatkan! Hah! Kau tengok ni, apa kau dah buat pada barang aku!" tengking Farha sambil menunjal-nunjal dahi Syasya.
"Mama..! Kak Sya tak bersa..."
"Kau pi masuk! Kau masuk aku kata! Jangan dengan kau-kau nanti aku bantai!" Tengking Farha pada Irfan si anaknya pula.
"Unty, Sya tak buat pun kaki unty jadi macamni..." jawab Syasya. Dia perlu mempertahankan dirinya juga sudahlah Una masih belum pulang.
"Menjawab! Menjawab...saja kerjanya. Aku cabai mulut tu baru tau! Kau ni, kan memang nak kena dengan aku! Mana dia! Mana dia!" Bentak Farha kelam-kabut angkat satu per satu barang seolah mencari sesuatu.
"Ampunkan Sya, unty. Sya janji tak buat lagi. Jangan unty, sakit!" Syasya terpaksa berlari tatkala dia nampak wanita itu dah berjaya dapat sesuatu untuk dijadikan alat sebatan.
"Oh, tahu kamu lari ya. Nanti kamu. Aku mesti kerjakan kamu sekarang jugak! Anak setan! Mak dengan anak sama je! Mana kamu, Syasya!!!" bentak Farha berlari.
Syasya tersedu-sedan berlari ke arah dapur. Selalunya, Una ada letakkan telefonnya. Una memang sudah berpesan, sekiranya ada apa-apa hubungi dia.
"Sop! Sop!"
"Helo, Sya? Kenapa ni, Sya?"
"Mama...balik ma. Balik, Sya takut. Unty...unty nak pukul Sya. Bukan salah, Sya..." adu Syasya di telefon.
"Ya Allah! Yeker? Jap. Jap, mama balik sekarang...helo! Helo! Farha! Kamu jangan apa-apakan anak aku!'
Tut...
"Helo! Syasya! Farha!"
"Ya Allah!!!" Una kelam-kabut capai begnya. Dia yakin, tentu Farha nak lakukan sesuatu pada anaknya.

Sementara itu...

Pap! Pap!
"Sakit unty. Ampun unty. Sya janji tak buat lagi..." Walau jenuh Syasya merayu untuk tidak disebat lagi namun Farha menulikan telinganya.
Dipukul-pukulnya lagi tubuh terduduk, teresak-esak. Berbirat-birat merah lengan namun Farha seakan sengaja membutakan matanya. Tak sedikit pun ada rasa resah bila teringatkan perihal Una tadi.
Datin Hasnah pula hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Dia bukannya tidak mendengar jeritan penuh kesakitan itu. Malah dipegangnya tubuh Irfan, bila anak kecilnya itu mahu mendapatkan Kak Syasyanya.
"Sakit, unty..." Syasya merayu lagi. Farha semakin main gila.
"Farha!!!"
Barulah sebatan itu terhenti. Datin Hasnah nasiblah berada di balik langsir gerbang antara ruang makan dengan ruang tamu. Dia tetap mahu menjadi penonton slot Akasia itu.
"Mama..."
"Ya, Allah! Anak mama!" jerit Una meluru ke arah si anaknya yang berbirat-birat.
"Kamu ni dah kenapa, hah?"
"Kenapa akak tanya saya?. Ni, nampak ni apa yang anak akak dah buat!" balas Farha gementar juga dia. Niatnya mahu mengerjakan Syasya cukup-cukup juga terbantut. Dia memang sengaja, bukan sakit sangat pun.
"Sya tak buat..." Syasya memperjelaskan bila Una berkalih pada dirinya pula. Una yang tak tahu-menahu apa yang terjadi terus merenung kedua-duanya.
"Betul mama. Sya tak buat..." ujar Syasya sedaya-upaya membuat ibunya itu percaya.
"Hmmph..."
Pap!
"Ish, yang ni pun. Kamu pulak ke nak kena dengan Tok Ma? Diam jelah!" Marah Datin Hasnah mencubit-cubit bahu Irfan. Dia tak bagi Irfan masuk campur kerana dia juga suka Syasya kena pukul.
'Maafkan Fan, kak. Irfan nak tolong tapi tok ma tak kasi. Fan tahu, mama Fan yang bersalah!' gumam si hati kecil itu. Tiba-tiba, dia teringatkan Ehsan.
"Sudah! Biar aku saja yang pukul dia!" Bentak Una lalu menampar-nampar bahu anaknya itu. Dia terpaksa!
Makin sedihlah hati si anak kecil itu bila ibunya sendiri pun tak mempercayai dia.
"Sya, degil! Degil! Degil!!!" pekik Una. Sekarang ini, giliran dia pula membantai si anak. Farha mendongak dan seakan tercari-cari.
'Huh! Baru puas hati aku!' Gerutu Farha menenyeh-nenyeh telapak tangannya dekat kain kotor sebelum disepukkan saja ke lantai.
Tanpa mahu menghiraukan tangisan dua anak-beranak itu, Farha berjalan mendada dengan muka angkuhnya ke depan.
Farha tersenyum-senyum tanpa mahu memandang bawah. Datin Hasnah nampak yang kaki menantu kesayangannya itu bakal memijak permainan Irfan. Tapi sengaja dia hentikan langkahnya.
"Eh..!" Farha menjerit. Tangan terkapai-kapai umpama nak menarik apa saja yang sempat namun tak sempat juga akhirnya dia terlentang jua.
"Gubrakkk!"
​Bunyi dentuman kuat itu mematikan rentak tangan Una. Syasya yang sudah tersedu-sedan di lantai terus memeluk lutut, sementara Una kaku memandang ke arah ruang tamu.
​"Aduh! Sakitnya! Mak! Tolong, Farha sakit!" Raungan Farha memecah kesunyian rumah itu. Dia terlentang persis nangka busuk. Kakinya yang kononnya 'sakit' tadi kini benar-benar terpelecok gara-gara memijak kereta mainan besi milik Irfan yang tajam berbucu.
​Datin Hasnah yang tadi hanya menjadi pemerhati setia, meluru kaget.
"Ya Allah, Farha! Macam mana boleh jatuh ni?"
​"Sakit mak... pinggang Farha... kaki Farha..." Farha merintih, mukanya merah padam menahan perit. Air mata yang tadi dipalsukan untuk meraih simpati kini tumpah menyembah bumi secara realiti.
​Una melepaskan keluhan berat. Dia memandang Syasya yang masih menggigil, lalu beralih memandang Farha yang sedang mengerang. Perlahan-lahan, Una bangun. Hilang sudah lakonan marahnya tadi. Wajahnya kini dingin, sedingin ais.
​"Tulah orang tua-tua kata, Farha. Cash. Allah bayar tunai," ujar Una pendek sambil menarik Syasya masuk ke dalam pelukannya.
Dia tahu dia terpaksa berkasar dengan anaknya tadi hanya untuk 'menyelamatkan' Syasya daripada amukan Farha yang lebih luar biasa namun hatinya hancur melihat lebam di lengan anaknya.
​"Akak... akak jangan nak menyindir saya ya! Tolonglah saya!" Farha cuba bangun tapi setiap kali dia bergerak, tulang pinggangnya terasa bagai dicucuk jarum gergasi.
​Datin Hasnah memandang Una dengan wajah singa.
"Una! Kamu tengok apa lagi? Tolonglah angkat Farha ni! Kamu tak nampak ke dia tengah sakit?"
​Una tersenyum sinis.
"Maaf, ma. Tangan saya ni kotor, tadi habis kena 'celah' anak setan, kan? Takut nanti berjangkit pula kuman tu dekat menantu kesayangan mama ni. Lagipun, tadi mama kata mama suka tengok 'drama', kan? Teruskanlah menonton," ujar Una memulangkan paku buah kerasnya.
Una tahu, apa yang berlaku tadi adalah drama dua insan ini. Dia juga haruslah berpura-pura demi suaminya.
​"Mama... jom masuk bilik," bisik Syasya lemah.
​"Jom sayang. Kita ubat luka Sya."
Una memimpin Syasya tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Irfan yang tadi dipayungi ketakutan, perlahan-lahan mendekati ibunya yang terbaring. Dia melihat kereta mainannya yang menjadi punca Farha jatuh. Dengan berani, dia mengambil mainan itu dan memandang tepat ke mata ibunya.
​"Mama... mama selalu pesan, kalau kita jahat dengan orang, nanti Tuhan marah. Sekarang Tuhan dah marah mama ke?" soal Irfan polos namun setiap patah perkataannya menghiris ego Farha sedalam-dalamnya.
​"Kau... kau diam Irfan!" jerkah Farha dalam tangisan.
​Di dalam bilik, Una menyapu minyak gamat pada bilur-bilur merah di lengan Syasya. Tangannya menggigil.
"Maafkan mama, Sya. Mama terpaksa berlakon pukul Sya tadi... kalau tak, Unty Farha takkan berhenti. Mama tak nak dia nampak mama bela Sya, nanti dia makin gila."
​Syasya menggeleng perlahan, kepalanya disandarkan pada bahu ibunya.
"Sya tahu mama sayang Sya. Tapi mama... betul ke apa yang Sya buat ni? Sya tak buat pun barang Unty Farha tu."
​"Mama tahu anak mama macam mana. Biarlah dia dengan sakitnya. Sekarang, mama nak Sya kemas barang. Kita tak boleh duduk sini lagi. Cukuplah kita jadi punching bag dalam rumah ni."
​Tekad Una sudah bulat. Dia tidak akan membiarkan maruah dan fizikal anaknya diinjak-injak lagi demi menjaga hati mertua yang tidak pernah menganggapnya manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience