Kata Sean, malam ini mereka ada acara penting. Acara yang sangat bermakna buat mereka. Yang bakal tidak dilupakan seumur hidup.
Hairan.
Tak pernah-pernah Sean begini. Minggu lepas genap sebulan mereka sebagai suami isteri. Nak sambut ulang tahun perkahwinan, ada sebelas bulan lagi. Boleh lingkup kalau nak sambut ulang tahun perkahwinan setiap bulan.
“Makan dekat bandar kan senang? Abang tak rasa jauh sangat ke kita nak dinner?” Hawa bersuara setelah hampir dua puluh minit soal jawab sendiri.
“Bukan selalu.”
Jawapan ringkas Sean mengundang sesi perbalahan. Sebetulnya, sesi bantahan.
“Semalam abang drive jauh. Belum hilang penat, seharian abang menghadap kursus pula. Cadangan sayang, abang perlukan rehat.”
Jawapan balas Sean, sangat mudah. Tangan kanan Hawa diraih lalu digenggam erat.
“Abang dengar tak?” Geram bila Sean diam bila tercetusnya perbalahan.
“Kita dah nak sampai.”
Tanpa sedar Hawa mendengus perlahan. Yang perlahan itu juga sampai ke pendengaran Sean. Gara-gara kelakuan itulah dia perlu tadah telinga dengar tazkirah suaminya.
“Abang tak jual tiket ke neraka. Kalau tiket ke syurga banyak. Tak pernah sold out.”
“Memang lah. Tiket ke syurga mahal. Ingat senang nak dapat tiket tu? Ada diskaun pun belum tentu mampu.” Ekor mata Hawa nampak Sean kulum senyum.
“Jadi, elakkan perkara-perkara yang boleh menambahkan dosa. Yang kecil tu lah akan merebak dengan cepat.” Lembut nada suara Sean menasihat. Jari mengusap perlahan tangan Hawa. Bimbang isterinya terguris hati.
Tiada apa yang perlu Hawa nak marahkan. Ada betulnya kata Sean. Hal-hal kecil tak perlu dibesar-besarkan. Daripada satu masalah, boleh jadi empat, lima atau lebih masalah. Tentunya perkara tersebut tidak sihat untuk hubungan mereka yang masih baru.
“Apa saja untuk mu, imam Sean.”
Tergelak Sean dengar jawapan spontan Hawa.
Dulu Sean serius orangnya. Sejak-sejak berkahwin, suaminya mudah terhibur. Apa saja yang keluar dari mulut Hawa, boleh buat Sean ketawa. Inilah sisi baharu suaminya.
“Boleh sayang cakap sesuatu…Sesuatu yang jujur dari hati.”
Apa yang Hawa perasan, Sean kuatkan genggaman tangan. Mungkin seram nak dengar kejujuran dia. Boleh jadi kejujuran tersebut berita baik atau sebaliknya.
“Cakaplah, abang dengar.”
Kali ini, Sean bawa tangan Hawa rapat ke dada. Saja nak dia dengar detak jantung suaminya yang mula berubah rentak. Teruk benar penangan kejujuran dia.
“Janji jangan marah.” Tagih Hawa.
Penagihan Hawa menunjukkan perubahan kedua. Pemanduan Sean kian perlahan. Tidak selaju tadi. Hujung mata perasan dahi suaminya juga berkerut sedikit.
“Beritahu abang dulu, baru abang putuskan nak marah atau tak.”
“Jadi, lupakan.”
Perlahan-lahan Hawa cuba tarik tangannya semula. Niat untuk merajuk sedang dibanteras oleh orang sebelah. Usaha dia meleraikan genggaman juga gagal bila orang sebelah segera melancarkan toleransi berbaur pujukkan. Cuba mengambil hati dia semula.
“Cakap dengan abang…Abang janji tak marah.”
Bibir Hawa auto senyum. Rasa sayang pada Sean juga membiak dengan jayanya. Rasa itu diaduk dengan sebati. Maka terlahirlah rasa terharu.
“Sayang lapar.”
“What?” Naik sedikit suara Sean.
“Itu yang sayang nak jujur dengan abang. Sayang lapar sangat. Sangat-sangat.”
Sean ketawa perlahan. Tak percaya.
“Sure?” Tanya Sean ingin kepastian. Mana tahu kalau Hawa ada sembunyikan sesuatu.
“Ya.”
“Tu je?”
“Yes, Sean.”
“Lain?” Sean masih belum boleh terima kejujuran Hawa.
“Erm." Turun naik kepala Hawa. Itu saja. Memang Hawa tahan lapar selama satu jam. Hanya bertahan dengan minum sedikit air bancuhan kopi instant.
“Abang ingat sayang mengandung. Mungkin kembar tiga? Atau lebih?”
“Masih terlalu awal abang. Berhenti fikir tentang anak. Percaya pada rezeki.” Hawa cuba menyedarkan Sean. Lagipun, mereka baru sebulan mendirikan rumah tangga.
Ada keluhan. Keluhan yang terselit sedikit kekecewaan.
“Kita makan. Lepas tu kita pergi satu tempat. Abang nak sayang jumpa seseorang.”
Kening Hawa terjongket tinggi dengar acara mereka.
“Sayang kenal dia orang.” Kata Sean lagi.
Turun naik kepala Hawa. Orang itu pasti lebih dari seorang. Dan orang itu tentunya dalam kalangan kenalan mereka. Timbul rasa teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan orang tersebut.
“Siapa?” Tanya Hawa.
“Tunggu dan lihat nanti.”
Sepi. Tiada lagi soalan dari mulut Hawa selepas itu. Masing-masing diam mendengar suara di corong radio. Hanya sesekali saja dia bersuara. Itu pun gara-gara disakat oleh Sean.
Usai makan, seperti yang dijanjikan, Hawa dibawa ke hospital. Bibirnya mahu bertanya kepada Sean tujuan mereka ke sini. Namun dia diamkan saja. Menanti apa yang akan disajikan oleh pandangan mata dia kelak.
“Come.” Sean hulurkan tangan bila Hawa teragak melangkah masuk.
“Mak abang sakit ke?”
Sebagai jawapan, Sean tersenyum tipis.
“Betul mak sakit?” Soal Hawa lagi. Riak wajah dia tak usah disangkal. Mula menunjukkan tanda-tanda cemas.
“Taklah.”
“Habis tu? Ayah?” Kalau bukan emak mertua, pasti ayah mertuanya.
“Kita masuk dulu.” Kali ini Sean sendiri meraih tangan Hawa. Diheret masuk ke dalam biarpun langkah isterinya memberat.
Sejurus pintu terkuak, terdengar suara Sean memberi salam perlahan. Cukup menggamit susuk tubuh yang sedang duduk membelakangkan mereka menoleh. Terbata langkah Hawa. Mata dia gagal memgerdip. Bahkan kilang air mata dia sedang mula beroperasi biarpun kilang sudah lama ditutup.
“Pergilah…Dia orang dah lama nak jumpa sayang.” Bisik Sean di pinggir telinga Hawa yang masih kaku.
Sempat Hawa menoleh. Bukan main laju mata dia mengedip saat terbaca gerakkan bibir Sean menyuruh dia jangan menangis.
“Go…”
Tanpa sedar bibir Hawa tersenyum. Perlahan-lahan dia merapat. Langkah dia semakin deras bila susuk tubuh tidak jauh dari sini menghulurkan tangan.
“MasyaAllah Dila!” Gembira tak terkata Hawa saat terpandang Dila. Biarpun tubuh Dila sedikit susut, namun dia masih ingat raut wajahnya.
Dalam hati Hawa panjatkan syukur dapat bertemu semula dengan Dila. Boleh dikatakan setiap malam bibir dia berzikir nama Dila dan Paan. Siang malam itu juga dia tidak henti-henti kenangkan nasib mereka di sana.
Mana tahu Sean sedang tunaikan hasrat dia mahu berjumpa mereka berdua. Bezanya, ada satu jasad kaku yang penuhi dengan wayar di sisi Dila.
“Macam mana dengan Paan?”
Ekor mata Hawa perasan Dila mengesat hujung mata dengan jari.
“Macam ni lah…Dah tiga bulan dia koma.”
Bibir Hawa mengetap kuat. Niat bertanya punca Paan begini, dia kuburkan sementara. Bimbang hanya menambahkan kesedihan Dila.
“Kita orang dah bertunang.”
Lekas Hawa menoleh. Ada rasa gembira bertandang.
“Lepas Paan hantar kau, tanpa sengaja dia terserempak dengan konco-konco mereka. Separuh mati Paan dikerjakan.”
Tangan Hawa naik menekup mulut. Terkejut dengar cerita kejadian demi menyelamatkan dia seorang. Semua terkena tempiasnya.
“Sean lah yang tolong uruskan semuanya supaya Paan di pindah ke sini. Lebih selamat.”
Dalam diam Sean buat kerja tanpa pengetahuan Hawa. Bila dia menyebut nama mereka, suaminya tidak merespon. Diam. Seolah-olah tidak tahu apa yang menimpa mereka berdua.
“Kita orang sempat bertunang sebelum Paan koma. Bersaksikan Sean.”
Hawa tidak tahu memberi respon apa. Apa yang dia tahu, dia akan soal siasat Sean kelak. 24 jam tanpa henti!
“Dia janji nak kahwin dengan aku bila dia sedar.” Sedikit parau suara Dila.
Tangan Hawa naik menggosok perlahan belakanh tubuh Dila. Cuba menyalurkan sedikit semangat untuk Dila menempuh hari-hari mendatang.
“Untung Paan dapat kau Dila.”
Ketawa Dila meletus.
“Untung apa…Dia tak pandang aku langsung. Dia cuma nampak kau masa dekat sana.” Dila belum buta. Dia nampak bagaimana Paan memberi sepenuh perhatian pada Hawa ketika mereka menjadi tawanan.
“Sebab aku dah ada yang berpunya Dila. Perhatian aku dah jadi milik dia. Bukan Paan.” Jujur Hawa. Hanya Sean yang dia cari.
“Dan kita orang dah pun kahwin.” Hawa menoleh bila Sean mendekat. Bahkan dia tidak menolak bila Sean rangkul bahunya.
“Aku sayangkan suami aku.” Luah Hawa tanpa malu. Memang dia sayangkan Sean.
“Aku tahu, Hawa.”
Baguslah Dila tahu. Cerita lama tak perlu dikenangkan lagi. Cukup cerita dia sah milik Sean tersebar.
“Maaf tak datang majlis kau orang. Keadaan tak mengizinkan.” Dila kerling sekilas Paan. Mengharap secebis pengertian.
“Sean ada jemput aku juga.” Tak berhenti Dila bercerita.
“Aku faham. Keadaan Paan jauh lebih penting.” Lengan Dila disentuh bila melihat raut wajah serba salahnya.
“Jangan lupa jemput majlis kau orang. Aku pasti akan datang.”
Tipis senyuman Dila. Enggan menaruh harapan. Cukup Paan sedar, baru perkara tersebut akan dia fikir.
“Macam mana keadaan dia hari ni? Ada apa perubahan?” Sean memecah kesunyian. Enggan suasana hiba menguasaai. Apa lagi emosi isterinya baru saja pulih.
“Masih macam tu. Belum ada tanda positif.”
Hawa duduk di atas kerusi sebelah katil Paan. Bibir terus tersenyum biarpun Paan tak nampak. Sempat dia mengimbas kesan lebam dan luka lama yang kian membaik pada tubuh dan wajah Paan.
“Hei, Paan…Ingat aku? Dengar-dengar kau dah tunang.” Perlahan suara Hawa berborak. Seolah-olah Paan sedang celik mata, memandang dia.
“Bangun cepat…Nanti aku sendiri akan jadi orang kuat majlis kau.” Hawa menoleh pada Sean. Memohon persetujuan suaminya. Kerdipan Sean melebarkan senyuman dia.
“Cakap je kau nak tema apa? Warna apa? Nak yang simple atau grand? Aku boleh handle semua.” Riuh mulut Hawa bercerita. Berharap segala penceritaan dia sampai ke pendengaran Paan.
“Tapi jangan suruh masak-masak…Aku takut tetamu balik dapat hadiah beri-beri. Semua pakat buka hadiah dalam tandas.”
“Sayang!” Sean tahan gelak. Sempat bahu Hawa dicuit.
“Betul apa? Sayang belum lulus kelas memasak lagi.”
“Masak untuk seorang boleh lah…Untuk ramai, kita hire catering. Kawan Sean ramai. Boleh dapat diskaun.” Hawa masih berceloteh.
Sean garit kening. Sudah masanya mereka beredar. Takut semakin banyak isterinya menabur janji kosong.
Baru saja Hawa angkat punggung mahu beransur pulang, mata dia terhala pada jari kasar milik Paan.
“Abang…” Lengan Sean disambar. Kening Sean naik tinggi. Merenung dia penuh tanda tanya.
“Paan…”
Hawa pandang jari Paan dan Sean silih ganti sebelum suasana bertukar kecoh. Semuanya huru-hara. Tahu-tahu saja mereka semua diusir keluar buat sementara waktu.
Share this novel
besttt nak special chapter lgi. hehe