Special Chapter 1

Mystery & Detective Completed 15884

Tiada istilah bulan madu biarpun perkahwinan mereka menginjak usia sebulan. Gara-gara jadual kerja Sean yang terlalu padat. Belum lagi jadual kerja dirombak secara tiba-tiba. Segala rencana terpaksa dibatalkan saat-saat akhir atau ditunda.

“Sayang yakin? Belum terlambat nak tarik balik keputusan. Abang takut sayang bosan nanti.”

Benda pertama Hawa lakukan adalah melebarkan senyuman. Sean terlalu risaukan dirinya. Benarlah kata emak dan kak long. Suaminya melebihkan dia dalam segala hal sampai lupa diri.

“Kenapa nak bosan? Kursus 8 jam. Baki 16 jam tu abang ada dengan sayang. Siapa lebih untung?” Kening naik tinggi.

Daripada tersenyum, Hawa tergelak bila Sean cekak pinggang. Hujung bibir tersungging.

“Sayang lupa tolak 1 jam. Jadi 7 jam kursus, 1 jam abang balik bilik. Nak dapatkan lauk tengahari percuma.”

Kening Hawa hampir bercantum. Kurang faham. Kenapa Sean perlu balik bilik? Bilik yang bakal mereka inap bukannya ada perkakasan memasak pun. Setakat ada katil, bilik air dan ruangan tamu untuk dua orang saja. Dan tak mungkin pihak pengurusan kursus tidak sediakan makan tengahari.

“Sini…Sini…Sini…Perlukan lunch treat. Baru seminggu kursus ada semangat.” Jari Sean lincah menunjuk pipi kiri dan kanan. Kemudian jari telunjuk dia berakhir pada bibirnya.

“Gatal!” Satu jelingan maut Hawa hadiahkan sebelum dia cepat-cepat meloloskan diri dalam kereta. Sempat telinga menangkap suara orang ketawa.

“Tak luak pun. Abang dah dapat lebih dari tu. Lunch tu supplement untuk abang bertahan dari pagi sampai petang. Biar mata segar. Terbayang-bayangkan sayang, baru tak mengantuk.”

“Kalau sayang tahu abang liar macam ni, awal-awal sayang tinggalkan abang dekat KK Garden dulu. Biar jadi lauk dia orang.” Jelingan kedua menyusul. Geram bila habis modal nak menyerang. Sean sengaja guna taktik kotor supaya Hawa tak ada peluang nak melawan.

“Dan sayang nak lari dengan Paan? Macam tu? Jangan harap! Langkah mayat abang dulu.”

Hawa tahan senyum. Sangka dia, Sean bebas dari penyakit cemburu. Mana tahu suaminya sedang menunjuk gejala awal penyakit tersebut.

“Sayang betul…Paan pun boleh tahan jugak orangnya. Ada rupa. Friendly pulak tu.” Sengaja Hawa selit semangat bercampur rasa teruja yang luar biasa.

“Cakap tu tak pandang kanan ke?”

“Huh? Oh! Sayang ingat naik kereta kena pandang depan je. Tak tahu pulak kena pandang kanan.” Hawa pura-pura bingung. Pura-pura naif.

Bahang orang sebelah terasa kian mendekat. Bahang tersebut belum berjaya menjemput rasa gerun Hawa. Mungkin faktor penyaman udara di dalam kereta gagal menebarkan udara sejuk. Rosak mungkin. Tapi dia rasa elok saja. Tak ada rasa panas.

“Pandai dah loyar buruk. Belajar dari siapa?” Biar pun tenang, ada terselit sedikit rasa geram suara Sean.

“Bersepah. Novel ada, drama tv pun ada. Tinggal nak praktik je.”

Ada rengusan dari orang sebelah. Tanda tidak berpuas hati denga jawapan ala kadar Hawa. Jawapan yang budak darjah satu pun boleh jawab.

“Jadi, kurangkan membaca cerita fantasi. Elakkan tengok drama yang boleh jejaskan emosi dan bertentang dengan kehidupan sebenar Yang indah-indah tu semua lakonan semata.”

Amboi. Suami Hawa beri nasihat mengalahkan pakar motivasi. Macam pernah ada pengalaman ngeri sebelum ini dalam perhubungan.

“Arahan diterima.” Hawa pusing memberi tabik hormat pada Sean. Setuju dengan nasihat suaminya. Tak boleh jadi parti pembangkang lawan suami sendiri. Nanti berdosa.

“Salam abang. Tanda minta maaf sebab puji lelaki lain depan abang. Baru tenang abang nak bawa kereta jauh-jauh.” Sean hulur tangan kanan.

Kurang dua saat, kekura tangan Sean terasa hangat. Telinga menangkap suara lembut Hawa meminta maaf. Automatik hati dia kembang. Terasa hatinya panas sedang dijirus oleh suara Hawa. Tangan pun auto naik mengusap lembut kepala isterinya. Tanda permohonan maaf diterima.

“Nasib baik abang jenis tak percaya gosip murahan.”

Tadi elok Hawa tebarkan pandangan ke jalan raya, dia menoleh dengar suara suaminya. Dalam waktu yang sama, perlahan-lahan kereta mula meninggalkan perkarangan rumah.

“Pasal apa? Pasal artis tertangkap bercinta dalam diam? Atau kes artis naik mahkamah baru-baru ni?” Terlalu banyak gosip tersebar meluas. Kurang yakin gosip yang mana akan dibahas oleh Sean.

Hawa mengaduh kecil bila terasa satu cubitan manja hinggap di lengan. Laju dia menoleh. Wajah Sean yang bersahaja dipandang. Lagaknya tiada kejadian cubit-cubitan sebentar tadi.

“Hal kita pun belum habis fikir, ada hati nak fikirkan hal artis.” Sempat Sean menjeling sebelum dia tenang dan fokus pada pemanduan.

“Pasal Paan…”

“Oh!” Hanya itu respon Hawa. Ingatkan cerita Paan sudah tamat. Ada lagi rupanya.

“Abang tak percaya sayang ada hati dengan dia. Hanya abang di mata sayang dekat sana. Maklumlah, hero kan?” Ada riak pada ayat Sean. Ayat yang buat dia tersenyum bangga sambil jari mengetuk perlahan steering kereta.

“Cerita dengan sayang macam mana abang boleh selamat? Ramai tu! Paling teruk mesti bengkak muka. Luka sana sini…Tapi abang balik clean and clear.” Abaikan Paan. Ada banyak lagi yang Hawa ingin tahu.

Mulut Sean ringan bercerita. Dalam diam, Hawa mengakui kata-kata suaminya. Sepanjang jalan dia hanya pandang kanan. Bukannya ke jalan raya. Hanya sesekali dia bersuara bertanya itu dan ini. Selebihnya dia tekun mendengar setiap cerita suaminya. Senang cakap, seluruh tumpuan dia milik Sean.

“Thank you.” Hawa ditarik merapat, bibir dilabuh sekilas dahi isterinya.

“Sebab teman abang sepanjang jalan. Hilang rasa mengantuk.”

“Sayang cuma terima kasih yang didepositkan dalam hati. Bukan secara lisan.”

Sean picing mata.

“Kenapa?”

“Abang serius…Sayang makin handal loyar buruk. Azi cuma cakap sayang degil, suka memberontak…”

“Pokok pangkalnya, tak ada yang baik pun sampai ke telinga abang.” Sambung Sean.

Senget teruk bibir Hawa.

“Tu tandanya abang belum kenal Hawa siapa sebenarnya.” Hawa buka pintu kereta bila Sean tayang muka cemberut.

“Nak pergi mana? Sayang belum perkenalkan diri lagi. Baru abang tahu sayang macam mana.”

“Nak check in lah.” Pintu kereta ditutup kembali bila Sean menyambar pergelangan tangan.

“Malam boleh cerita.” Kata Hawa lagi.

“Malam kita sibuk.”

“Sibuk? Sibuk apa?” Ulang Hawa bingung.

“Nak siap sedia…Kemudiannya masuk ke sesi memanaskan badan. Mana ada masa nak bercerita nanti.”

“Sayang boleh tunggu abang balik gym.”

Sean hela nafas panjang sebelum dia menarik Hawa mendekat. Bibir dia mencari pinggir telinga Hawa. Bercakap dengan isterinya menggunakan sistem penapisan tidak membuahkan hasil.

“Malam kita sibuk jalan-jalan ke syurga. Nak cari anak pertama yang akan menghuni rahim sayang.” Bisik Sean.

Secara refleks, lima jari Hawa melekat ke mula Sean lalu ditolak menjauh.

“Miang!”

“Syurga konon! Entah layak ke tidak. Hanya tetamu vvip je boleh jejak syuga tu. Jadi, kita kena sedar diri.” Tempelak Hawa lagi. Geram.

“Cakap lah nak buat anak. Kan senang nak faham.” Omel Hawa perlahan.

Omel Hawa itu sampai juga ke pendengaran Sean sehingga dia gagal menahan ketawa. Seperkara yang dia kesan sejak menjadi suami, Hawa lurus percakapannya. Memang tak boleh nak belok-belok. Payah nak faham segala ayat yang ada unsur-unsur double meaning.

“Sayang.”

Baru sebelah kaki Hawa jejak tanah, dia menoleh.

“Jangan marah.”

“Mana ada.” Bidas Hawa laju.

“Tu…”

Jari Hawa automatik raba muka. Mencari mana cacat celanya sampaikan dia dikatakan sedang marah.

“Muncung je.” Sean mengetuk bibir sendiri.

“Senyum la sikit.” Pinta Sean bila Hawa masih mencuka. Niat nak bergurau saja. Mana tahu isterinya ambil serius.

“Okey.” Bibir Hawa merekah senyum sedikit cuma. Sekadarnya melaporkan kepada Sean bahawasanya dia tidak marah.

“Sayang turun dulu. Abang nak park kereta.”

Nampak gayanya, sesi panaskan badan bakal ditunda. Boleh jadi rajuk isterinya akan berlarutan sampai ke malam. Salah gaya memujuk, bakal berlarutan ke seminggu. Besar kemungkinan, Sean akan kemurungan jika itu yang terjadi.

“Sayang tunggu dekat lobi. Jangan lama.” Hawa turun dari kereta. Sebelum menutup rapat pintu, sempat jadi dia menaip sesuatu pada skrin telefonnya. Butang hantar ditekan.

- habis kursus, balik. Sharp! Jgn lambat. Kata nk pergi syurga kan…

Ketika itu, Hawa sedang berjalan di depan kereta milik Sean. Bunyi hon menggamit dia. Sehabis daya dia menahan diri dari tersenyum. Cepat-cepat dia pandang depan semula. Sengaja abaikan senyuman gatal Sean.

Terasa ada getaran di tangan kanan. Kepala terus menunduk, skirn telefon dileretkan.

+ On! Prinsip abg masih sama…tak ada limit.

Sean tak sudah-sudah dengan no limit dia itu.

+ Abg consider seramai padang bola.

Sean sudah masuk ke frasa merepek.

+ Jadi…Kita guna formula kekerapan untuk capai sasaran ramai tu.

Hawa sumbat telefon dalam beg. Langkah di buka besar-besar. Nak sorok muka yang sedang bahang teruk.

Korang punya pasal la ni...dah teracun nk sambung...hehehe...tapi sikit je, tak byk.. Typo tu mcm biasa, abaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience