Completed
35552
“KAU memang kena jaga dialah. Sedar diri sikit. Kau tu memang bergantung dengan dia. Cukup baik dia bagi kau duduk asing dengan dia sebab nak elakkan gosip bercinta dengan setiausaha,” pesan Melisa.
Sofea Jane mengeluh kecil dan memandang siling ketika sedang berbaring. “Kau tahu kan kenapa aku terima?”
“Tahu.”
Sunyi.
“Kalau arwah mama masih ada mesti aku tak jadi macam ni. Hidup aku ada rumah tu je, rumah Sentosa tu je buat aku ni ada tujuan hidup dan walaupun aku suka jadi kaya, tapi ni impian aku dengan mama. Rumah tu perlukan aku dan aku nak balas jasa mama. Apa pun aku tahu aku kena jaga Ben Zafran ni dengan baik,” luah Sofea Jane dengan tenang.
Nama Sofea Jane ini sendiri diberikan oleh mamanya kerana mamanya suka dengan pelakon bernama Sofea Jane yang sangat cantik. Mungkin kerana itu dia menjadi sangat cantik tambahan mewarisi kecantikan mamanya, Puan Suri.
Melisa memandang Sofea Jane dengan kasihan. Sewaktu awal perkenalan dia dengan Sofea Jane, dia merasakan Sofea Jane seorang yang sombong dan suka tarik perhatian orang sedangkan perhatian yang pergi kepadanya. Malah, hidup perempuan ini sangat sunyi. Tidak seperti orang lain.
“Dia bukan teruk pun. Taklah sampai kau kena kahwin dengan orang tua pun, Sofea. Aku rasa mungkin kau boleh buka sikit hati kau dan bagi peluang. Dalam masa yang sama kumpullah pahala ngorat suami sendiri,” pesan Melisa cuba memberi nasihat kepada sahabatnya ini.
Diam.
“Semoga dia tak macam bapak aku. Dan, aku akan cuba. Kalau tak mendatangkan hasil mungkin aku ni hasil anak yang trauma dengan perkahwinan. Tapi, apapun aku cuma nak tolong rumah Sentosa.” Sofea Jane terus duduk dan memeriksa telefonnya. Risau jika suaminya menghantar mesej.
Melisa mengangguk dan memandang Sofea Jane yang tersenyum kecil. “Untunglah dapat beauty privilege.”
“Aku cuma guna apa yang Tuhan kurniakan.”
PAGI itu, matahari pun belum sempat meninggi, namun Sofea Jane sudah berdiri di depan cermin, memerhati dirinya sendiri dengan senyuman penuh yakin yang sukar disembunyikan.
Dia mengenakan blazer kerja berwarna krim, blazer ramping dengan potongan longgar dan seluar panjang yang membalut kaki panjangnya dengan cantik. Warna krim itu menonjol indah di kulitnya yang cerah.
Rambutnya diikat kemas dalam gaya low ponytail, menampilkan sisi matang dan berkeyakinan. Solekannya ringkas namun menawan. Dan tentu saja, kasut tumit tinggi berwarna nude yang mengeluarkan ketukan berirama setiap kali dia melangkah.
Sebaik saja langkahnya masuk ke lobi utama, banyak mata memandangnya lebih lagi bila dia menekan butang lif di lift priority.
Pintu lif terbuka. Ben Zafran muncul rambut hitam tersisir rapi, dan pandangan matanya tetap tajam seperti malam sebelumnya.
Sofea Jane segera berdiri. Sikapnya berubah penuh profesional, tapi masih mempesonakan.
“Selamat pagi, boss,” katanya sopan sambil sedikit tunduk. “What’s my first task for today?”
Ben Zafran memandangnya seketika. Ekspresinya datar tapi sarat makna.
“Buat kopi.”
Sofea Jane mengangguk tanpa ragu. “Sure, sir. Tak sangka hari pertama bos sambut sampai depan lif.”
Ben Zafran tidak menjawab. Tapi di hujung bibirnya ada sedikit gerakan, hampir seperti senyuman. Permainan pun rasmi bermula.
Langkah kaki Sofea Jane bergema lembut di atas marmar menuju pantri kecil di sebelah bilik bosnya. Pantri ini jelas bukan tempat bancuh kopi biasa. Ia lebih menyerupai mini bar hotel lima bintang, rak tersusun dengan biji kopi dari seluruh dunia, dari Sumatera hingga Colombia. Dan mesin kopinya? Jangan tanya.
“Duh, kalau macam ni... jadi setiausaha bukan kerja susah sangat pun,” gumamnya sambil mengeluarkan cawan seramik yang berkilau.
Dengan teliti, dia membancuh kopi dengan ukuran tepat dan hati-hati penuh perasaan. Dia tahu, ini bukan sekadar kopi. Ini adalah first impression dan ia mesti melekat di ingatan CEO.
Beberapa minit kemudian, dengan secawan kopi panas di tangan, Sofea Jane mengetuk pintu hitam besar itu.
“Masuk.” Suara Ben Zafran kedengaran dari dalam.
Sofea Jane melangkah masuk, mendekat, dan meletakkan cawan itu di atas meja kerja. “Here you go, sir. I can’t claim it’s the best coffee, but it’s made with full heart and steady hands.”
Ben Zafran mengangkat cawan itu dan menghirup perlahan. Tiada komen panjang, hanya satu anggukan kecil dan sepatah kata, “Boleh tahan.”
Sofea Jane tersenyum santai. “Wah, bagus juga I.”
Ben Zafran mengangkat kening tipisnya, lalu kembali pada laptopnya.
“Buat kopi sudah, sekarang kerja lain,” katanya tenang. Dia menolak selonggok fail yang tebal. “Study semua ni. Senarai klien, laporan kewangan, memo mesyuarat mingguan.”
Sofea Jane memandang fail-fail itu, kemudian mengangkat kening.
“Bos, this isn’t a task. This is a full-on life challenge.”
Ben Zafran mengangguk. “Kalau awak nak jadi tangan kanan saya, awak kena faham cara saya bekerja. Mulakan dari asas.”
Sofea Jane menarik nafas, lalu mengangguk tegas. “Okey.”
Dia pun melangkah keluar sambil mengendong fail-fail itu.
Dia duduk, membuka helaian pertama, dan mula membaca satu demi satu. Matanya menelusuri angka-angka dan istilah perniagaan yang membuat matanya naik turun. Tapi dia tetap fokus.
BEN ZAFRAN keluar dari biliknya untuk makan tengah hari, tetapi langkahnya terhenti apabila melihat Sofea Jane masih tunduk menyelak fail.
“Dia memang tak berubah,” gumamnya perlahan, seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Dia berjalan ke arah meja Sofea Jane.
“Tak keluar lunch?” Suaranya serak tetapi jelas.
Sofea Jane mendongak, matanya sedikit merah bukan kerana sedih, tapi terlalu fokus. “Lapar, but I tak boleh makan selagi tak settlekan yang ini.”
Ben Zafran memandangnya seketika. “Kerja bagus. Tapi jangan lupa badan pun perlukan tenaga. Pergi makan. Sekejap pun tak apa.”
Sofea Jane ketawa kecil. “Kalau itu arahan terus dari Mr. Ben Zafran... I’ll consider it.”
Ben Zafran mengangguk kecil. “Consider it fast. I’ll wait.”
Dia berbalik menuju lifnya.
Sofea Jane menatap belakang tubuh Ben Zafran sambil berbisik, “Boss yang satu ni... cold but caring. Dangerous combo.”
Dia pun berdiri, merapikan fail-fail di mejanya.
Makan tengah hari dengan bos? Mungkin bukan idea yang buruk sebab apa pun keluar dengan suami sendiri. Jangan lupa itu.
Di depan lif, Ben Zafran berdiri dengan tenang, satu tangan diseluk ke dalam poket seluarnya, satu lagi menekan butang logam sejuk bertanda angka.
Ting!
Pintui lif terbuka.
“Mr. Ben, tunggu…” jerit Sofea Jane yang separuh berlari menuju ke lif.
Secara refleks, Ben Zafran yang masuk dan menahan pintu lif yang hampir tertutup. Dan detik berikutnya sebelum sempat berkata apa-apa Sofea Jane yang menyangka tangan yang dihulur adalah mahu menyambutnya terus mencapai tangan BeN Zafran, dan dengan tidak disengajakan, tubuhnya terhumban ke dada Ben Zafran.
Tangan lelaki itu secara automatik memegang pinggang Sofea Jane agar dia tidak jatuh, tetapi akibatnya tubuhnya sendiri sedikit terdorong ke belakang, menhentam dinding lif.
Kedua-duanya terdiam. Mata bertentang mata. Nafas masih belum stabil. Dunia terasa sunyi beberapa detik, hanya diisi dengan degupan jantung.
“Handsome,” ujar Sofea Jane refleks, terlalu jujur, terlalu spontan, bahkan untuk dirinya sendiri.
Kening Ben Zafran sedikit terangkat. “Apa?”
Sofea Jane terdiam, wajahnya serta-merta panas. Otaknya mencari alasan, tetapi lidahnya tidak mahu bekerjasama. “A… apa? Saya tak kata apa-apa.”
“I tak pekak lagi, Sofea Jane.”
Sofea Jane memandang suaminya. “Kalau tak pekak, kenapa tanya lagi, Ben Zafran?”
Ben Zafran memandang tajam, tapi tidak membalas. Hujung bibirnya sempat terangkat sedikit, nyaris seperti senyuman.
Lif mula bergerak perlahan ke bawah. Sofea Jane yang masih berdiri terlalu dekat, melangkah setengah tapak ke belakang, namun masih dalam jangkauan. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan wajahnya yang masih panas.
“Ada orang pernah puji you handsome tak?” tanyanya, kali ini dengan nada selamba, seolah-olah insiden tadi tidak berlaku.
Ben Zafran menjeling sekilas. “Malas nak ambil tahu.”
“Berlagak.”
Ben Zafran diam. Dingin, tenang, tapi matanya seolah-olah menyimpan sesuatu yang tak diucapkan.
“I lebih suka yang jujur. Cakap depan,” balasnya pendek.
Sofea Jane bersandar santai ke dinding lif, menyilangkan tangan. “Kalau macam tu, anggap je tadi tu pujian jujur daripada I. Supaya adalah orang puji you depan-depan.”
“Tak diterima.”
“Sombongnya.”
Lif berhenti. Dan, pintu terbuka Ben Zafran memandang Sofea Jane dengan pandangan tajam. “Lain kali jangan berdiri terlalu rapat dengan I.”
Sofea Jane tersenyum manja. “Tapi you tak elak I pun tadi.”
Ben Zafran tidak menjawab. Langkahnya menjauh, tetapi Sofea Jane tahu, lelaki itu mendengarnya. Dan entah kenapa versi lelaki ini selepas 10 tahun lebih menyenangkan atau dia saja beranggapan begitu kerana terpaksa?
Share this novel