Bab 1 - Dia datang

Romance Completed 35552

“KENAPA?”

Lelaki di hadapannya ini tersenyum kemenangan dan sedang berdiri tegak dengan sempurna tidak semasa 10 tahun yang lepas kali terakhir dia melihat lelaki ini.

“Kau yang suruh aku datang jumpa mak bapak kau bila aku dah cukup segalanya. Sekarang aku tengah tuntut janji aku ni,” balas lelaki itu yakin sambil tersenyum bangga. Dia sudah lama mencari wanita yang buat dirinya benar-benar mahu berjaya sehingga ke tahap ini.

Walaupun sebenarnya dia ditolak agak kasar dengan perempuan ini dahulu, namun dia sememangnya mahukan wanita ini. Masih kuat ingatan dia tentang perihal 10 tahun yang lepas semasa mereka dibangku sekolah lagi. Tingkatan enam pada minggu peperiksaan besar mereka STPM.

Berkerut dahi Sofea Jane cuba mengingati, namun dia sebenarnya ingat tapi malas nak layan lelaki di hadapannya ini. “Sorry, tak kisahlah apa yang berlaku 10 tahun yang lepas. Aku pun dah rasa hidup aku sekarang ni lebih baik. Semua aku cari sendiri. Aku dah ada kereta sendiri, menyewa sendiri kat kondo yang aku suka, kerja yang sangat bagus dan company yang kukuh. Life aku ni macam tak perlukan lelaki pun ada.”

“Yakin?”

“Yakin apa?”

“Yakin tak perlukan lelaki?” tanya Ben Zafran.

Sofea Jane pura-pura tak pandang Ben Zafran yang sedang memandangnya dengan yakin. Dulu nak bertentang mata pun segan-segan. “Eh, dahlah. Apak aku tu garanglah. Aku malas nanti dia syak bukan-bukan kat aku. Dah, okey? Lupakan hal yang lama. Kita move on. Kau pun cakap dah kaya kan? Kau carilah perempuan lain okey?”

Lama Ben Zafran memandang Sofea Jane dengan wajah yang tersirat satu perasaan. Terus saja langkah dia masuk ke dalam dan bersalaman dengan Pak Karim sambil berbisik sesuatu yang tidak Sofea Jane dengari.

“Ehem.”

Terkejut Sofea Jane sambil memandang Ben Zafran.

“Aku balik dulu. Jangan menyesal kemudian hari,” pesan Ben Zafran sambil berlalu pergi dan meninggalkan bauan wangi yang biasa Sofea Jane bau jika bersama dengan golongan korporat di pejabatnya.

“Fake punyalah kut,” kata Sofea Jane sambil masuk ke dalam rumah dan melihat ayahnya tiada di ruang tamu. Mungkin sudah masuk ke dalam bilik.

Baru saja dia mahu mengambil cawan dan minum, satu suara menegurnya. “Kahwin pun susah ke?”

Terkejut, tapi Sofea Jane meneruskan minumannya dengan wajah yang ketat.

“Kau nak bapak kau tu jaga kau sampai bila lagi ni?” kata Cik Mazni iaitu emak tirinya yang berkahwin dengan ayahnya 15 tahun yang lepas selepas kematian mamanya.

“Selama ni saya jaga diri saya sendiri. Tak perlu susah nak risau. Cakap jelah tak sabar nak halau saya kan?” tanya Sofea Jane sambil memandang emak tirinya itu. Hubungannya dengan ibu tirinya tidak pernah baik hanya sekadar bertegur dan bergaduh mulut saja.

Cik Mazni mahu saja menampar perempuan di hadapannya ini. Mentang-mentang makin berjaya.

“HAH?” Kuat suara Sofea Jane ketika ini dengan mata yang membulat. Jantungnya berdebar laju sambil memandang bosnya yang sangat baik. Melayannya seperti adik dan selalu memberi kerjasama yang baik ketika bekerja.

Lelaki berbadan sedikit gempal itu mengangguk. Dia bersandar cuba bertenang dengan berita yang dia sampaikan kepada salah seorang staf terbaiknya.

“Kenapa? I antara the best staf kat sini. Semua kerja I buat dengan sepenuh hati dan kalau toreh tangan I memang darah company ni yang keluar. Tapi, apa alasan kukuh company ni nak pecat saya, boss?” kata Sofea Jane dengan kecewa. Tidak sangka benda ini akan terjadi kepadanya.

Syed Amir menggaru sisi kepalanya, dia juga merasa serba salah. Namun, dia kena bertindak jika tidak dia yang akan hancur. “Sofea, you memang staf yang terbaik kat sini. You sangat baik menjaga nama syarikat. Tapi, tulah… ada masalah lain.”

“Nyatakan sebab dia, sekarang.” Sofea Jane sudah mula hilang sabar.

“I kenal you dah lama dan I suka kerja dengan you tapi you tahu kan ini adalah company family wife I dan wife I tak suka you ada kat sini. Bukan wife I je mak I dan mak mertua I pun. So, you memang kena pergi. Company akan berikan pampasan kepada you,” jelas Syed Amir dengan tenang.

Sofea Jane mengangguk dia menghela nafas. “Tapi I nak tahu sebab apa? I tak pernah kacau husband orang kat sini dan I tak pernah nak kacau you pun boss. I respect you.”

“Sebab… I kantoi stalk you punya social media…”

“What? And?” Sofea Jane kerutkan wajah lagi.

“Sebab you lawa sangat dan wife I insecure. Dia cakap perempuan cantik macam you sanggup je buat apa saja untuk kukuhkan kedudukan you dan you boleh datangkan bahaya bukan kat I je pun, tapi staf lelaki yang lain juga,” kata Syed Amir dengan serba salah.

Sakit kepala Sofea Jane mahu menghadam sebab dan punca dia diberhentikan. “Jadi I diberhentikan sebab… I cantik dan isteri-isteri orang ni insecure?”

Alasan bodoh apakah ini?

“Ya, lepas tu wife I dah tambah CCTV kat office ni. Terutama kat area department you menghala ke pantri. Entahlah,” keluh Syed Amira. Salahnya juga kerana dia tersalah langkah khayal melihat semua gambar-gambar Sofea Jane di Instagram.

Tergeleng kepala Sofea Jane. Tidak sangka begini saja berakhirnya kariernya di syarikat ini. “Diberhentikan bukan sebab kerja tapi sebab cantik.”

“Benda memang macam mengarut. Tapi, rumah tangga I lebih penting daripada semua ni. I sayangkan wife I. Lagipun, I terpaksa jujur. Sorry, you memang buat I tak tenteram sebab you memang… sexy and beautiful Sofea Jane,” ucap Syed Amir dengan penuh perasaan.

Geli pulak Sofea Jane sekarang ini. Terus saja dia berdiri, semua ini telah muktamad. “Okay, I terima. Semoga semua isteri you dan isteri-isteri kepada husband kat company ni bolehlah bertenang ya. Terima kasih sebab ambil I kerja dulu.”

Syed Amir mengangguk walau dia juga merasa serba salah. Dan, dengan ini hilanglah wanita paling cantik di syarikatnya.

Sofea Jane berjalan menuju ke mejanya dan mengemas semua barang-barangnya. Mata-mata staf yang ada di situ memandangnya penuh dengan tanda tanya. Malas Sofea Jane mahu memberi reaksi. Selepas dua kali menghantar barang ke dalam keretanya, akhirnya dia menuju ke CCTV yang baru dipasang oleh isteri Syed Amir.

Lama dia memandang kamera itu dan terus saja jari tengah ditunjukkan ke arah kamera itu. Lalu, dia berlalu pergi dengan langkah modelnya itu.

p/s: Hai, jumpa lagi kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience