Bab 3 - Kita Nikah

Romance Completed 35552

HULURAN salam Sofea Jane disambut dengan pelukan daripada ayahnya. Sangat jarang dan setahunya pelukan kali terakhir daripada ayahnya adalah ketika mamanya meninggal dunia. Perlahan pelukan itu dilepaskan oleh ayahnya dan mereka bergambar bersama.

Tangan yang meletakkan pada belakang badannya membuatkan dia terus menoleh pada lelaki itu yang kini sudah menjadi suaminya. Ya, hari ini adalah hari perkahwinan yang dilakukan secara tertutup.

“Congrats Kak Sofea,” sapa adik tirinya yang paling sulung.

Mereka berlaga pipi walau mereka tidaklah rapat. “Thanks.”

“Untunglah. Mula-mula kata tak nak tiba-tiba nak pulak. Mesti sebab dia kaya kan?” tanya Fira sambil tersenyum sinis.

Sama perangai dengan emak dialah perempuan ni. “Bukan masalah kau.”

“Lepas ni, bolehlah Zafran bagi duit poket kat adik-adik ipar Zafran ni. Dorang dua ni belajar lagi,” kata Cik Mazni tersimpul senyum malu. Walau hatinya sakit juga melihat Sofea Jane yang dapat lelaki kacak dan kaya ini. Sangkanya perempuan ini takkan berkahwin dengan mana-mana lelaki.

Ingatkan feminist.

Tersengih Ben Zafran sambil mengangguk. “InsyaAllah boleh. Kena belajar rajin-rajinlah. Tolong mami dengan apak kat rumah.”

Tergedik-gedik dua beradik itu tersenyum. Sukalah hati mereka bila dapat abang ipar yang kaya raya dan kacak.

“Nanti Fikri nak praktikal tempat abang boleh ke?” tanya Fikir adik tiri Sofea Jane yang bongsu.

Ben Zafran tersenyum. “Apa-apa bagitahulah.”

Terus saja Sofea Jane buat muka menyampah dengan mereka semua dan menarik Ben Zafran berlalu dari situ. Mereka bernikah di pejabat agama dan ditemani oleh keluarga dan sahabat baik mereka saja.

Alasan mereka untuk buat kecil-kecilan adalah untuk mengambil yang wajib dan mahu kekalkan privasi kerana Ben Zafran sekarang ini semakin menaik dan mahu kekalkan kehidupan yang tidak mengetengahkan privasi.

Mereka berpimpinan tangan sehingga masuk ke dalam kereta milik Ben Zafran.

“Hi, wifey.”

Sofea Jane menjeling geram. “Macam ni rupanya jadi pengantin terpaksa.”

“Terpaksa tapi rela, kan?”

“Eh, kau jangan nak baik sangat dengan family tiri aku tu. Aku warning kau awal-awal ni. So, kita dah kahwin esok kita jumpa kat office kau okey?” Sofea Jane sudah tidak sabar untuk bekerja di tempat baru. Dia mahu menunjukkan dia berjaya.

Ben Zafran mengangguk. “So, no first night?”

“Kau ni kan… kata nak bagi masa. Buat satu per satu. Biarlah aku ambil step dulu. Aku balik nak tidur ni sebab berapa lama aku tak boleh tidur memikirkan tak ada kerja. Kau hantar aku kat rumah tau. Lepas tu kau baliklah,” kata Sofea Jane begitu saja.

Lama Ben Zafran diam. “Kau ingatkan apa aku cakap perkahwinan kita?”

“Ya, Zafran. Kan aku kata bagi masa. Kau jangan risau, aku akan buat semua tu. Cuma bagi aku masa untuk selesaikan hal-hal aku,” kata Sofea Jane dengan mata yang penuh pengharapan.

Sebaik saja menghantar Sofea Jane ke rumahnya, Ben Zafran tidak terus balik dia memberhentikan kereta di satu lorong dan mengekori Sofea Jane yang memandu keluar dengan keretanya seperti menuju ke satu tempat.

Berhati-hati Ben Zafran memandu dan akhirnya dia terkejut kerana dia tahu ke mana destinasi Sofea Jane.

“Betullah…”

Lama Ben Zafran memandang papan tanda Rumah Anak Yatim Dhuha. “Sebab tu aku nak kahwin dengan kau, Sofea.”

“PERSONAL secretary?”

Ben Zafran tidak terus menjawab. Dia hanya duduk tenang, satu tangan memegang pen, memutarnya perlahan seolah-olah sedang menimbang pilihan di mindanya yang tersusun rapi. Tatapannya lurus menelusuri wajah Sofea Jane seperti membaca graf pasaran saham yang naik-turun tapi tetap menarik untuk dilaburkan.

Akhirnya, dengan suara rendah yang tidak memerlukan sebarang kesan dramatik, dia berkata, “You’ll be my personal secretary.”

Senyap seketika. Alis Sofea Jane terangkat tinggi. Matanya terbuka luas bukan kerana marah atau tidak suka, tapi kerana tidak percaya.

Ben Zafran mengangguk sekali penuh keyakinan.

Sofea Jane menarik nafas panjang. “Ben Zafran… aku ni background account and finance. Celah mana aku nak jadi secretary kau? Huru-hara hidup kau nanti.”

Ben Zafran tidak menjawab. Tapi wajahnya jelas menunjukkan dia tidak kisah dan sudah memuktamadkan dengan apa yang dia katakan.

“Kenapa jawatan tu? Don’t tell me you just want me sitting next to you because I look good.”

Ben Zafran mengerutkan bibirnya sedikit hampir seperti senyuman yang tidak jadi lahir. Lalu dia menjawab, “Because I need someone I can trust. Someone fast, sharp, and not the type to act sweet in front of clients. And because you…” Dia menatap tajam, “never stay quiet when something’s wrong. I need that. My world needs that.”

Sofea Jane terdiam. Tidak disangka ini yang dipandang oleh Ben Zafran. Dia sedang menimbang lagi di fikirannya. Tawaran gaji semua cukup dan sebenarnya dia tidak boleh membangkang setiap kata-kata Ben Zafran lagi.

Dia menyilangkan kaki, satu alisnya terangkat cantik.

“I just wanna make sure of one thing,” katanya perlahan, nadanya tajam tapi tenang.

“You sure this job doesn’t come with office drama package? Like, one day some random girl shows up and demands I get fired just because my lips better than her?”

Ben Zafran mengangkat pandangannya dari skrin, menatapnya lurus. Tiada senyuman, tiada kerutan hanya tenang, seperti lelaki yang sudah biasa menguruskan perempuan seperti di hadapannya ini.

“I don’t have a girlfriend. I just have a wife,” katanya datar.

Sofea Jane terdiam.

“Relationships are messy,” sambungnya. “They mess with schedules, drain energy, and make you think about someone’s feelings every five minutes. I don’t have time for that.”

Sofea Jane ketawa kecil. “Kejap. Kenapa kita dah macam lain ya?”

“Okay, I nak jelaskan semuanya. Kita dua kena tukar panggilan nama dan you kena panggil I Ben. Dan, kekalkan profesionalisme sebab ramai staf yang sedang mencari rezeki di sini. I hate gossip. So, kita dua kena kekal macam profesional depan orang dan romantic bila berdua,” kata Ben Zafran dengan wajah serius.

Sofea Jane berdiri, membetulkan beg di bahunya, lalu bersandar sedikit ke belakang hanya cukup untuk menyampaikan keyakinan tanpa provokasi.

“I’ll take the job,” katanya ringan. “But don’t blame me if people start saying your secretary’s way more charming than the CEO.”

Ben Zafran tidak tersenyum. Tapi matanya… berkata lain.

Dan Sofea Jane tahu permainan baru sahaja bermula.

Dia kemudian memicingkan mata, senyum menggoda tapi terkawal.
“I accept,” katanya sekali lagi. “But careful, okay?”

Ben Zafran mengangkat kening. “Careful of what?”

Sofea Jane mengangguk perlahan, menatapnya lurus, dengan senyum separuh terukir di bibir.
“Don’t lose focus. I’m here to work, not to make my boss distracted.”

Nada suaranya ringan, tapi ada hormat di hujungnya.

Ben Zafran tetap tenang, wajahnya mendatar. Dia bangun, mencapai telefon dan jaketnya. “Jom lunch.”

Sofea Jane mengangkat kening. “Baru duduk, dah ajak lunch? Is this recruitment or a date, Mr. CEO?”

Ben Zafran menoleh sebentar. “I’m hungry. You coming or not?”

Tanpa banyak soal, dia melangkah keluar. Sofea Jane mengekori.

Sebaik pintu terbuka, beberapa karyawan berhenti menaip. Mata-mata tajam memerhati, bibir mungkin diam, tapi pandangan mereka sesuatu sangat.

Ben Zafran berjalan seperti biasa, tenang, fokus, tidak peduli. Sementara Sofea Jane? Mengatur langkah dengan yakin dan seksinya. Kan dia selalu menjadi pusat perhatian orang ramai. Kini, lagilah kerana bergandingan dengan lelaki terhangat di pasaran.

Tak lama kemudian, mereka tiba di restoran yang hanya satu bangunan dari pejabat. Jendela besar, kerusi empuk, muzik piano lembut. Semuanya tampak seperti suasana yang mahal dan tenang.

Pelayan datang tanpa dipanggil. Mereka memesan makanan. Suasana kaku.

“You’ve changed,” katanya perlahan, antara kagum dan nostalgia. “Dulu masa kita sekolah. Kau biasa je. Tak tahu pulak kau boleh berjaya samapai macam ni. Tiba-tiba one day kau datang kat aku and cakap suka kat aku.”

Ben Zafran menatapnya tanpa ekspresi. “Apa I pesan tadi?”

Sofea Jane ketawa kecil. “Okay, sorry.”

Mereka diam seketika. Diam yang hangat, yang terasa seperti masa lalu diputar semula, cuma kali ini keadaan sangat berlainan. Di mana dulunya Ben Zafran mengejar Sofea Jane. Tapi kini Sofea Jane terpaksa beralah dan mengejar Ben Zafran.

Dalam hati, Sofea Jane tahu yang lelaki ini akan mudah jatuh cinta dengannya. Tetapi, bukan dia. Dia hanya seorang yang nakal. Dan, akan membuat lelaki ini senang dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience