bab 1

Inspirational Series 17

Bab 1: Suara Dari Asrama

Dulu, aku duduk di sebuah asrama tahfiz. Hari-hari aku dengar suara orang mengaji, suara ustaz beri tazkirah, suara azan lima kali sehari. Tapi dalam hati aku, kosong. Seolah-olah suara-suara itu cuma bunyi latar yang tak pernah sampai ke dalam jiwa aku.

Aku masih ingat, masa tu aku mula rasa jauh dari semua orang. Kawan-kawan sibuk dengan hafazan, tapi aku sibuk dengan telefon. Ya, aku tahu aku tak patut ada telefon — tapi aku ada. Diam-diam aku guna, dan dalam diam jugalah aku mula kenal dia. Seorang lelaki yang entah kenapa, buat aku rasa dihargai. Buat aku rasa penting. Rasa yang aku tak pernah betul-betul rasa pun di tempat yang sepatutnya suci tu.

Mula-mula hanya sekadar bertanya khabar, tanya pasal sekolah, pasal cita-cita. Tapi lama-lama, mesej kami jadi lebih dari itu. Dari “hai” jadi “rindu”. Dari “kawan” jadi harapan. Aku tahu benda ni salah, aku tahu aku sedang main api — tapi aku rasa selamat dengan dia. Walaupun semuanya hanya melalui skrin kecil dalam genggaman.

Hari-hari aku tunggu waktu semua orang tidur, semata-mata nak tengok mesej masuk. Aku ketagih. Bukan pada telefon, tapi pada perhatian. Pada rasa disayangi. Dalam dunia aku yang sunyi dan penuh tekanan, dia jadi ruang nafas.

Sampai satu hari, aku suruh dia datang. Bukan sebab aku nak buat benda tak elok — tapi sebab aku dah terlalu jauh. Aku dah tak peduli. Aku cuma nak lari dari semua ni.

Hari yang aku sepatutnya balik semula ke asrama selepas cuti raya… aku tak balik. Aku pilih untuk terus tinggal di rumah. Aku fikir, mungkin inilah caranya aku nak ‘bebas’. Dari semua tekanan, semua peraturan, semua benda yang aku sendiri tak faham kenapa aku kena ikut.

Aku mula fikir, mungkin hidup kat luar lebih mudah. Tak ada ustaz marah. Tak ada hafazan nak dikejar. Tak ada jadual yang ikat aku. Tapi aku silap.

Apa yang aku fikir sebagai kebebasan… sebenarnya pintu ke neraka dunia yang aku tak pernah bayang pun aku akan masuk.

Dan dari situ… bermula semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience