Bab 1

Others Series 572

Selesai sahaja sesi pembelajaran, para pelajar berpusu-pusu keluar dari pintu kelas. Sementara itu, ada juga pelajar lain yang masih tenang mengemas buku dan tidak tergopoh-gapah. Antaranya...

"Atin, kau nak pergi mana lepas ni?" tanya Sufi sambil memasukkan segala alat tulis miliknya ke dalam bekas pensel.

"Aku rasa aku naik perpustakaan sekejap lah. Tak ada mood nak makan. Lagi satu, aku nak cari bahan untuk siapkan assignment." terang Fatin. Awning tudung dibetulkan sedikit sebelum mula membuka langkah diikuti dengan Sufi. Sufi mengangguk faham.

Tiba-tiba, retina matanya tertangkap pada satu sosok tubuh lelaki yang tidak jauh dari mereka. Kelihatan dia sedang leka bergelak-tawa bersama pelajar lelaki yang lain.

Itu Muiz.

Dia kenal lelaki itu sejak alam sekolah menengah lagi. Kebetulan, kali ini mereka diberi rezeki untuk berada dalam aliran pembelajaran yang sama. Entah benar itu rezeki atau bala?

Tetapi, ada satu rahsia mengenai Muiz yang dia baru tahu beberapa hari yang lepas.

"Atin, kau kenal Muiz?" tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul daripada mulut sufi. Fatin memandangnya hairan.

"Course apa?" tanya Fatin. Sufi meraup wajah sambil tersenyum hambar. Memang dah agak, itulah jawapannya. Soalam pasti dibalas soalan. Fatin memang jenis yang langsung tidak mengambil tahu tentang pelajar lelaki, walaupun perihal rakan sekelas sendiri.

"Account juga, like us." jawab Sufi.

"Oh.. Tak kenal kut." kata Fatin endah tak endah.

"Memanglah kau tak kenal. Kau mana pernah nak ambil tahu pasal lelaki dalam dunia ni." Sufi menjegilkan mata, geram. Nak ajak berborak tentang lelaki pun susah.

Fatin tersenyum bak kerang busuk. "Ikhtilat, you." itu sahaja yang mampu Fatin tuturkan untuk membela dirinya.

"Ya, tahu ikhtilat. Tapi tak suruh kau bercinta pun. Atleast, kenal nama? Ini muka Amir pun kau tak pandang semalam, kan?" teka Sufi. Dia perasan saja tindak-tanduk si Fatin semalam. Tiba-tiba jadi mayat hidup apabila ditegur Amir. Bukan lelaki tu nak makan kau pun!

"Kenapa kau tanya ni?" soal Fatin keliru. Sudah tahu yang dia memang tidak kenal pelajar lelaki, mengapa masih bertanya lagi? Tiba-tiba terlintas sesuatu di dalam fikiran Fatin.

"Kau minat dia, ye?" Fatin tersenyum sinis. Matanya mengerling tajam. Amboi, Sufi. Muda lagi dah bercinta!

"Ish, tak minat lah aku dengan lelaki macam tu. Ni aku nak bagitau kau something, pasal Muiz." Sufi Mendekatkan mulutnya pada telinga Fatin. Dia berdehem bagi memberi keselesaan pada anak tekak sebelum berbisik.

"Muiz suka kau."

Serentak dengan itu, Fatin terus menjauhkan kepalanya. Rasa susah pula nak telan air liur. Masa seolah-olah tak bergerak. Fatin cuba memproses maksud yang tersirat dari ayat Sufi tadi. Tetapi, masih adakah perkara yang masih tersirat disitu?

"Kau merepek apa ni, Fifi. Tak baik lah fitnah orang macam tu." Fatin berpura-pura tenang. Saat ini, mereka sudah jauh dari pintu masuk dewan. Kelibat Muiz juga pasti sudah tidak kelihatan lagi.

"Aku tak mengarut, Atin. Benda memang serius." mulut Sufi langsung tidak mengoyak senyum. Tanda bahawa dia sedang tidak bergurau. Walau begitu, sukar untuk Fatin percaya akan kata-katanya.

"Muiz mana ni? Aku tak kenal." Fatin memandang tepat ke arah anak mata Sufi, mencari kebenaran.

"Alaa.. kalau aku describe sini pun, bukan kau boleh kenal." Sufi menoleh ke belakang buat seketika. Mana tahu ada orang lain yang mengekori mereka, risau juga. Riak wajah Fatin kini tidak dapat ditafsirkan melalui kata-kata. Antara percaya atau tidak percaya, antara terkejut atau gembira, antara sedih atau gelisah. Semua perasaan bercampur-baur menjadi satu.

"Ha, cuba kau cari dekat fac. Mungkin ada gambar dia." cadang Sufi. Tanpa lengah Fatin terus menyelukkan tangannya ke dalam poket baju kurung..

Eh, baju ni mana ada poket!

"Fify, phone aku tertinggal atas meja!" tempik Fatin. Terhinjut bahu Sufi akibat suara Fatin yang naik dua oktaf secara mengejut. Tak sempat dia menoleh, Fatin sudah berlari kencang menuju pintu masuk dewan tadi.

GEDEBUKK!!

"Aduhh.. Siapa pula jalan tak pakai mata ni..?!" kedengaran suara seorang lelaki mendengus.

"Maaf, tak.. Tak sengaja!" Fatin meminta maaf sambil mengurut kepalanya. Ah, terhantuk pada dada bidang seorang lelaki lebih sakit daripada hati yang patah akibat jatuh cinta.

Sufi datang menghampiri mereka sambil menekup mulut. Baru disebut tadi, lelaki ini sudah muncul di depan mata.

"Muiz, phone kau!" teriak Sufi apabila pandangannya jatuh pada sebuah telefon pintar yang melekat di atas jalan tar. Ia kelihatan.. Rosak teruk! Skrin telefon sudah retak habis dan ada juga bahagian yang sumbing. Kamera belakangnya juga calar-balar.

Fatin terkedu. Muiz? Pandangannya terus diangkat, mencari wajah Muiz.

Kelihatan lelaki yang berkacamata sedang merenung telefon pintar yang kini kemas di dalam genggamannya. Wajahnya membatu, seolah-olah tidak percaya akan apa yang dilihatnya.

'Alamak.. Kena ganti lah ni jawabnya!'

Masing-masing bangkit dari duduk. Wajah Fatin berubah pucat. Dilihat daripada jumlah kamera di belakang, sukar nak diagak berapa ratus ribu yang perlu dikeluarkan bagi mengganti telefon itu.

"Phone.. Phone kau okay ke?" Pertanyaan bodoh juga yang dia suakan kepada Muiz. Jujur, ini pertama kalinya dia membuka mulut di hadapan pelajar lelaki.

Muiz cuba menekan punat kecil di tepi telefon. Skrin menyala! Nasib baik tak teruk.

"Okay aje ni. Kau ada sakit mana-mana tak?" giliran Muiz pula yang bertanya. Lekas Fatin menggeleng.

"A.. Aku tak penting. Handphone tu.. Duit tu. Ada masa nanti aku bayar." jawab Fatin gugup. Terselit rasa tanggungjawab di dalam lubuk hatinya.

"ehh... Tak payah ganti lah. Phone ni memang dah nazak, tunggu masa nak rosak aje." jujur Muiz.

"Betul?" soal Fatin menginginkan kepastian. Muiz mengangguk beberapa kali tanda yakin. Kemudian, dia segera membuka langkah pergi. Fatin sekadar menghantarnya melalui pandangan mata.

... Baiknya dia.


***

Sirap bandung ais disedut bagi menghilangkan rasa dahaga. Entah kenapa, perutnya langsung tidak mahu menerima apa-apa makanan untuk masa sekarang. Fikirannya jauh melayang mengingati kemalangan tadi.

"Okay aje ni. Kau ada sakit mana-mana tak?"

Pertanyaan Muiz sebentar tadi masih berlegar-legaran di dalam kepala Fatin.

'Dia caring lah.' puji Fatin di dalam hati. Tanpa sedar, mulutnya mengukir senyum.

"Amboi, senyum aje dari tadi! Fikir pasal siapa?" sengaja Sufi mengusik. Terus pecah lamunan Fatin mendengar suara Sufi. Senyumannya kendur serta-merta.

"Tak ada pasal sesiapa pun." Fatin mengelak pandangannya daripada ditikam oleh Sufi. Sufi pula sekadar mengukir sengihan nakal.

'Ye ye la tu.'

"Kau tak nak try kenal Muiz?" Sufi membuka topik. Dia menongkat dagu sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Fatin memberi jelingan maut.

"Tak penting." ringkas jawapan Fatin. Tangannya lantas mencapai cawan plastik lalu menyedut air dengan rakus.

"Hm? Betul tak nak tahu pasal dia?" Sufi masih cuba memancing. Fatin pula sekadar membiarkan pertanyaan Sufi berlalu sepi. Buat apa nak membazir masa fikir pasal lelaki?

.. Kan?

"Sebenarnya, Muiz tu minat kau sejak tahun lepas lagi. Terkejut, kan?" nada suara Sufi kini seperti bisikan. Fatin terdiam.

"Mana kau tahu?" Fatin bertanya curiga. Sufi menahan senyum. Benarlah kata pepatah, sepandai-pandai Fatin melompat, akhirnya jatuh ke dalam hati Muiz juga. Haha!

"Mulut orang." selamba jawapan Sufi. Fatin memandangnya sambil berkerut.

"Maksud aku, mulut classmate dia." Sufi batuk membetulkan anak tekak.

"Then, kau percaya?" tanya Fatin dalam nada kecewa. Sufi hanya menjongketkan bahu sebagai jawapan sebelum bersandar pada kerusi.

"Tapi, masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin?" tanya Sufi. Atau, ianya lebih kepada pernyataan ringkas.

Benarlah kata pepatah. Sepandai-pandai Fatin melompat, akhirnya jatuh ke dalam hati Muiz juga. Haha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience