PROLOG

Others Series 572

Sepasang kakinya melangkah dengan lebih cepat setelah melihat jam dinding yang hampir menunjukkan pukul lapan. Tidak jauh dari pintu, terdapat satu sosok tubuh wanita yang kelihatan cemas sambil bercekak pinggang.

"Atin, cepatlah sikit!"

"Sabarlah, buku aku hilang ni!" Fatin memanjangkan leher bagi mengintai ruangan atas almari.

"Aduh... Dah pukul lapan ni. Kejap lagi kelas nak start!" Sufi cemas.

"Weh, fifi. Apa kata kau tolong cari buku tu juga? Macam mana aku nak masuk kelas kalau tak ada buku?" cadang Fatin tanpa menoleh ke arah teman sebiliknya itu. Sufi menghembus nafas berat.

"kau pakai buku aku aje lah, nanti lambat masuk kelas. Kau sanggup ke nak lari tiga pusingan padang lagi?"

Fatin terdiam. Meremang bulu roma nya apabila teringat mereka pernah dipaksa untuk berlari tiga pusingan padang pada waktu hari panas terik sebagai denda lambat masuk ke dalam kelas. Sudahlah kedua-dua kakinya terasa sangat lenguh, ditambah lagi dengan malu apabila ramai pelajar daripada fakulti lain juga menertawakan mereka.

Tanpa berlengah, Fatin terus mencapai beg sandangnya lalu menuju ke pintu keluar.

"Fine, aku pinjam buku kau. Jom, cepat!" Fatin segera menyarung kasut di luar bilik. Hampir hilang keseimbangannya ketika ingin memperbetulkan bahagian belakang kasut menggunakan tangan. Sufi juga melakukan perkara yang sama setelah mengunci pintu. Langkah mereka diatur cepat menuju ke Blok B, tempat dimana kelas tersebut diadakan.

"Eh, kenapa kosong?" Sufi menyelak lengan bajunya yang menutupi jam tangan. Sudah hampir 8:15. Kelibat pelajar mahupun guru langsung tidak kelihatan.

"Kita salah hari ke?" giliran Fatin pula melihat jam di skrin telefon pintar. Betullah hari ni hari selasa.

Tiga minit bingung sendiri, bunyi derap langkah seseorang mencuri perhatian Fatin. Bayang-bayang seorang lelaki semakin jelas terlihat dari belakang sedang menuju ke arah mereka.

"Psst... Sufi." Fatin menyiku lengan Sufi sebelum tiba-tiba suara garau lelaki itu menyapa gegendang telinga mereka berdua.

"Kenapa kau orang ada dekat sini?" lelaki itu bertanya. Terhinjut sedikit bahu Sufi mendengar suara yang tidak asing baginya. Terus dia menoleh ke belakang.

"Amir! Terkejut aku. Mana semua orang? Bukan ada kelas ke harini?" tanya sufi hairan. Fatin pula hanya tunduk menekur lantai, tak berani untuk bertentang mata dengan lelaki.

"Lah, kau tak tahu ke kelas hari ni dah cancel?" Amir memeluk tubuh. Minah ni tak tahu atau buat-buat tak tahu?

Membuntang mata Sufi mendengar perkataan Amir. Cancel?

"Mana kau tahu?" tanya Sufi curiga.

"Ya Allah. Ini mesti kes tak baca mesej dalam group, kan?" Amir segera mengeluarkan telefon pintarnya dari saku seluar. Jarinya licik meluncur di atas skrin sebelum memberikannya kepada Sufi.

"Kelas ditangguhkan sehingga hari jumaat?!" Sufi menekup mulut apabila mendapati suaranya bergema seisi dewan. Amir hanya menggeleng kepala melihat kerenah Sufi. Sempat dia melirik ke arah gadis di sebelah Sufi yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi, melainkan hanya tunduk menekur lantai. Hidup lagi tak budak ni?

"Urghh.. Dahlah! Jom Atin, kita lepak cafe. Dah cantik-cantik, kelas cancel pula." Sufi menghulurkan kembali telefon pintar milik Amir itu kepada tuannya. Dia menarik lengan Fatin lalu segera membuka langkah untuk pergi dari situ.

"By the way, thanks for the information, amir. See you next time!' sempat Sufi melambaikan tangan kepada lelaki tadi sebelum meninggalkannya. Amir tidak pula membalas lambaiannya, malah hanya diam memandang satu sosok tubuh pemalu di sebelah Sufi.

'Atin.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience