Udara lembap penghawa dingin membuatkan Fatin semakin betah untuk berada di situ. Dia mencapai sebuah buku yang menarik perhatiannya sebelum melabuh duduk di atas kerusi.
10 minit kemudian, suasana sunyi perpustakaan terpecahkan oleh bunyi pintu yang dikuak. Tidak terlalu kuat, tetapi juga tidak perlahan.
Muiz yang baru masuk mengatur langkah menuju rak buku yang berdekatan. Matanya melilau ke arah setiap pelajar yang berada di situ.
'Mana pula si Amir ni? Kata nak study dekat sini.' gumam Muiz di dalam hati. Matanya tertancap pula pada wajah ayu yang amat dikenalinya.
Fatin!!
Otaknya tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Gembira? Takut? Gementar?
Kejap.. Kenapa aku kena takut?
Muiz menggelengkan kepalanya beberapa kali. Pandangan nya terus beralih pada sosok tubuh lelaki di penjuru ruangan.
'Ah, itu mesti Amir.' Muiz menghembus nafas lega. Langkah diatur mendekati meja yang diduduki Amir.
"Weh, study apa?" sapa Muiz separuh berbisik. Dia tidak mahu mengganggu konsentrasi pelajar lain.
"Hah, lambat kau sampai." tegur Amir. Perhatiannya kini kembali pada skrin komputer riba yang masih menyala. Muiz pula melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah Amir. Hampir gugur imannya melihat wajah Fatin yang khusyuk membaca buku tidak jauh dari situ.
'Haih.. Baca buku pun cantik.' tutur Muiz dalam hati.
Nur Fatin Nazira, satu-satunya gadis remaja yang berjaya mencuri hatinya sejak pertengahan tahun pertama. Jujur, Muiz bukan jenis lelaki mata keranjang. Dia lebih memilih untuk menundukkan pandangan daripada terus-menerus memandang lawan jantina. Cuma, kali pertama dia melihat gadis itu di kafeteria membuatkan hatinya terus terpana pada riak wajah dan tutur bicaranya yang lemah lembut.
"Woi, pekak ke?" Amir menyiku lengan Muiz sehingga jatuh. Serta-merta Muiz tersedar daripada lamunannya lalu terus menoleh ke arah lelaki itu. Wajahnya bingung.
"Aku tanya, kenapa kau lambat tadi?..." Amir bertanya buat kali ketiga.
"Kau pandang siapa sampai tak dengar suara aku?" Amir memanjangkan leher, mencari kelibat yang mencurigakan.
"Tak ada apa lah. Phone aku jatuh tadi. Rosak teruk juga lah. Skrin tak boleh detect, itu yang aku pergi jumpa budak IT. Mana tahu boleh tolong." cerita Muiz.
Jawapan Muiz langsung tidak dihiraukan Amir. Dia sibuk mencari 'sesuatu' yang membuatkan temannya ini 'hilang'.
Terlihat saja kepala tudung Fatin, Amir mengangguk dan tersengih.
'Heh.. Padan lah...' bisik Amir di dalam hati. Bukan dia tidak tahu Muiz ada menyimpan perasaan yang istimewa terhadap Fatin. Satu fakulti pun tahu!
"Cantik lah si Fatin tu." Amir sengaja mengusik. Walaupun matanya masih melekat pada wajah gadis itu, dia dapat melihat dari sisi mata bahawa Muiz sedang menjeling tajam ke arahnya.
"Yer, tahu. Tak payah pandang lebih-lebih." Muiz menolak sedikit kepala Amir ke arah yang berlainan. Dia sendiri takut dan segan mahu memandang Fatin dalam jangka masa yang lama. Bukan takut bertemu mata, melainkan zina mata yang akhirnya menjauhkan dirinya darip tuhan. Cuma, ada masa dia tidak mampu untuk menandingi godaan dan bisikan syaitan. Itulah perkara yang amat dia kesali.
"Elehh, kau pandang dia boleh pula..." Amir memutarkan bebola mata.
"Eh, aku curious lah sebenarnya. Sejak bila kau pandai minat perempuan ni?" Suara Amir menjadi serius. Muiz mengerutkan dahi.
"Apa? Selama ni kau ingat aku gay ke?" tanya Muiz. Terus meledak tawa Amir mendengar pertanyaan itu. Tak jadi nak serius!
Muiz terkejut mendengar ledakan ketawa Amir. Dia perasan bahawa pelajar lain sudah memandang mereka dengan kerutan tak puas hati. Suara Amir menghilangkan konsentrasi mereka. Muiz menundukkan kepalanya sebagai tanda minta maaf kepada orang ramai. Tak sempat dia ingin menegur Amir, lelaki itu terlebih dulu membuka mulut.
"Maksud aku, kita dah kawan lama kot. Selama ni tak ada pula kau terjatuh hati dekat sesiapa. Yelah, terlalu menjaga pandangan sangat. Perempuan pun kau jarang pandang..." adu Amir sambil memutar bebola matanya.
".. Sampai ada juga yang ejek kau gay masa sekolah dulu, kan?" Amir mengingatkan kembali peristiwa lama mereka semasa zaman sekolah menengah. Pada umur sebegitu, tidak ramai remaja yang sanggup mengorbankan masa untuk menjaga mata dan hati masing-masing. Mereka juga mudah menerima hasutan syaitan dan mula terpengaruh dengan rakan sebaya dan suasana sekeliling. Muiz tersenyum hambar. Dia kembali mengangkat muka untuk memandang sosok tubuh gadis itu lagi, tetapi..
Eh, mana Fatin?
***
Mulut Sufi melopong memandang wajah di hadapannya ini. Bola ping pong berserta raketnya ditolak ke tepi meja. Aktiviti riadahnya tergendala sejak Fatin melangkah masuk ke dalam ruangan.
"Bukan kau kata nak study dekat perpustakaan ke? Awal balik." sindir Sufi. Fatin mengeluh nafas berat.
"Ada Muiz. Aku segan." perlahan Fatin mengadu. Teringat dia apabila mendengar suara langkah kaki seseorang melintasi mejanya. Bau haruman lelaki milik Muiz yang menusuk berjaya mencuri fokus Fatin daripada terus membaca buku. Dalam diam, Fatin seringkali mengerling ke arah meja Amir dan Muiz beberapa kali. Halaman yang sama dia baca langsung tidak melekat di dalam otak. Akhirnya, Fatin memutuskan untuk pergi kerana sedar bahawa tiada guna dia berada disitu jika hanya untuk berzina mata.
Sufi menepuk dahi. Hanya kerana kuwujudan seorang lelaki, terus si Fatin ini berputus asa untuk mengulang kaji pelajaran? Haih...
"Suka hati kau lah. Asalkan tak kacau aku practise." Sufi kembali mencapai raket di tepi. Bola kecil dibaling sehingga terkena pada dinding dan melantun kembali ke arahnya. Tangan sufi tangkas memukul bola itu kembali. Kakinya terkangkang akibat mengejar bola yang terlalu laju. Peluh yang menitis di dahi diabaikan. Fatin pula hanya diam di atas kerusi sambil menatap skrin telefon. Mood belajarnya betul-betul sudah habis!
Sedang dia sibuk melayari Fac, tangannya terhenti pada satu teks yang dihantar oleh salah seorang pelajar UIS.
'Guyss.. i nak tanya lah kalau dalam ni ada tak yang nak masuk pertandingan berlakon monolog hati? Tema dia simple je.
'Adab, akhlak dan ilmu'
Kempen kali ni tak dapat sambutan ramai lah. Ramai student taknak join. So, i nak tanya kalau ramai student luar nak join, i boleh minta pihak penganjur tarik orang luar. Boleh sekali kan dengan waktu hari terbuka juga.
Untuk student UIS pun, i hope you guys fikir masak-masak balik. Mana lah tahu kalau kau orang menang, pensyarah akan tambah score.
Goodluck guys. Love you alls.'
Ayat kedua terakhir membuatkan Fatin berfikir seketika. Tak salah rasanya mencuba. Kalau kalah, bukan tolak markah pun. Sekurang-kurangnya dapat pengalaman. Betul tak?
Fatin terus menoleh memandang Sufi.
"Fify. Kau rasa patut tak aku join pertandingan ni?" Fatin meminta pendapat.
"Pertandingan apa?" Laju Sufi menyoal kembali, sebagaimana lajunya bola ping pong itu melantun jauh ke tepi.
'Cis, terlepas lagi.' rungut Sufi di dalam hati. Longlai sahaja tubuhnya apabila ingin membongkok mencari bola di bawah meja.
"Pertandingan berlakon. Kau rasa aku layak tak?" tanya Fatin. Sufi mengesat peluh yang sudah sampai ke pipi sebelum merenung ke arah Fatin.
"Hm.. Boleh aje kut. Kau pandai buat memek muka,. Pura-pura nangis pun boleh. Tapi.. Sekejap." Sufi baru menyedari sesuatu.
"Kau nak berlakon?" tanya Sufi terkejut. Tiba-tiba saja genggamannya menjadi longgar dan raket di tangan terlepas dengan sendirinya.
***
Terbuntang mata Amir melihat senarai nama yang terpapar di atas skrin.
'PESERTA BAGI PERTANDINGAN LAKONAN SEMPENA PROGRAM ADAB, MAHKOTA ILMU
1. Taufiq Muammar
2. Fatin Nazira
Huhu.. Setakat ni baru dua orang pelajar UIS yang nak join. Guysss.. Join, please? Cikgu-cikgu semua harapkan aku untuk settle kan benda ni. Macam mana aku nak cakap kat diorang kalau program ni kurang mendapat sambutan? :'(
Apa-apa pun, thanks for Amar and Fatin sebab dah tolong support program UIS.'
"Muiz, kau tengok post ni." ucap Amir sambil menghalakan skrin komputer ribanya menghadap Muiz. Nada suaranya diperlahankan kerana mereka masih berada di dalam perpustakaan.
Sama seperti Amir, Muiz juga tak kurang terkejutnya apabila membaca nama penuh Fatin di bawah senarai peserta bagi pertandingan lakonan itu.
"Fatin berlakon? Kau biar betul?" tanya Muiz tidak percaya. Berkali-kali dia menggosok mata bagi memastikan bahawa dia tidak salah baca.
"Dia kan budak pendiam, macam mana dia boleh berani nak berlakon atas pentas?.. " tanya Amir.
".. Aku syak ada orang prank dia lah." tambahnya lagi.
"Eh, takkan lah. Dia budak baik kut, siapa nak buat jahat dekat dia?" nafi Muiz. Amir menjongketkan kedua-dua bahunya.
"Who knows? Mungkin dia kena buli?" teka Amir. Mereka berdua terdiam buat seketika, memikirkan kemungkinan yang menyebabkan Fatin menyertai pertandingan terbuka itu.
Muiz ada menyimpan perasaan yang istimewa terhadap Fatin. Satu fakulti pun tahu!
Share this novel