Prolog

Romance Completed 119516

"YOU dah ready ke?" Emir Hud berjalan merapati bakal isterinya sambil melakar senyuman nipis yang entah apa maksudnya.

Tidak mungkin itu senyuman teruja atau bahagia, kerana mereka masing-masing tahu pernikahan yang bakal berlangsung itu bukan atas dasar cinta, tetapi kerana kesepakatan mereka berdua atas dasar kepentingan masing-masing.

"I..." Hanis memandang sekilas wajahnya di cermin meja solek sebelum dia menunduk dan bermain dengan jari-jemarinya. "I tak pasti."

"Well... it's too late to regret now, Hanis." Emir Hud memandang pantulan diri mereka di cermin dengan lagak tenang. "Jangan pula you lari sebelum tok kadi nikahkan kita ya? See you in a few minutes," lanjutnya sebelum dia berpaling dan beredar keluar daripada bilik itu.

Hanis melepaskan keluhan berat yang kedengaran begitu berat sekali. Serasa dirinya begitu bodoh sekali kerana terpaksa mengorbankan hati dan perasaannya demi orang lain. Namun, dia tidak mampu lari daripada kenyataan bahawa sudah takdir jalan hidupnya begitu.

"Relaks, Nis, relaks. Kau sendiri yang buat keputusan macam ni, kan? Jadi, kau kena hadap semua ni dengan tenang." Dadanya diusap-usap sambil menarik hembus nafas beberapa kali untuk menenangkan dirinya yang sedang gemuruh.

Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik itu sekali lagi terkuak. Hanis tidak menoleh langsung. Dia hanya memandang pintu yang terkuak itu melalui cermin di depannya. Seorang wanita yang tidak dikenalinya hanya menjengahkan kepalanya sahaja ke dalam ruangan itu.

"Tok kadi dah sampai. Tuan suruh panggil pengantin."

Spontan Hanis menutup mata sambil mencengkam kuat kain di pahanya. Debaran di dada yang melanda sejak tadi terasa semakin kuat. Jiwanya meronta-ronta hendak melarikan diri dari tempat itu, namun, perkara itu amatlah mustahil untuk dia lakukan, kerana dia sedang berada di tingkat tingkat tiga vila mewah milik keluarga bakal suaminya pada ketika ini. Kalau dia terjun keluar sekalipun, bukannya dia akan berjaya melarikan diri, tetapi rohnya yang akan 'melarikan diri' daripada jasadnya.

"Sekejap." Hanis berdeham seraya berdiri. Dadanya disentuh sambil menarik hembus satu nafas panjang sebelum dia mengorak langkah menuju ke pintu.

Tiada sekelumit pun rasa gembira atau bahagia bertapak dalam hatinya dengan pernikahan yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi, tidak seperti pasangan lain yang berkahwin atas dasar rasa sayang dan cinta.

SAH!

Dengan satu kali lafaz, Hanis kini telah bergelar isteri kepada Emir Hud, iaitu lelaki yang pastinya bukanlah orang yang telah memiliki hatinya.

Nafasnya dihela berat. Serasa hendak menangis, namun dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa sedemikian. Terharu? Bahagia? Sudah tentu tidak. Mungkin juga dia berasa sedih dan sebak kerana majlis itu tidak dihadiri walau seorang pun ahli keluarganya atau mungkin juga dia berasa terkilan kerana perkahwinan itu tidak didasari dengan rasa cinta melainkan kerana desakan beban hidupnya.

"Senyum. Jangan bagi ketara sangat yang you tak happy."

Suara bisikan garau itu membuatkan Hanis tersentak sekali gus terkejut saat tangannya diraih, lalu cincin emas bertatahkan berlian disarungkan ke jari manis kirinya.

"Tengok kamera, lepas tu senyum." Sekali lagi Emir Hud berbisik sambil tersenyum memandang beberapa orang ahli keluarganya yang sedang menangkap gambar mereka.

Dengan rasa terpaksa, Hanis berusaha mengoyak senyuman manis semampu yang boleh. Sungguh lebar dan manis sekali senyumannya, seolah-olah dialah wanita yang paling gembira dan paling bahagia di muka bumi ini kerana telah bergelar seorang isteri kepada anak seorang jutawan, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Kali ini, mereka disuruh berdiri kerana ahli keluarga dan saudara mara yang hadir ingin mengambil foto bersama. Majlis tertutup yang ringkas itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat Emir Hud sahaja. Tiada kompang, tiada pelamin serta tiada makan beradab dan majlis itu diadakan pada waktu malam selepas isyak. Semua itu atas kemahuan Emir Hud sendiri.

"Dekat sikit," bisik Emir Hud seraya memeluk pinggang Hanis, lalu ditarik untuk merapatinya sehingga tiada jarak langsung di antara mereka.

Tindakan daripada lelaki itu membuatkan Hanis terkejut. Seluruh tubuhnya serta-merta terasa membahang. Malu, namun dia terus memaksa bibirnya untuk tersenyum di depan semua orang yang ada di situ.

Selepas beberapa minit, Hanis melirik lelaki yang masih memeluk pinggangnya itu menggunakan ekor mata dengan perasaan tidak selesa. Hisy! dia ni tak nak lepas ke ni? Ke dia saja nak ambil kesempatan? Dasar lelaki!

"I tahu you tak selesa. Tak lama pun majlis ni berlangsung. But, for now, please comfort yourself." Emir Hud bercakap dengan suara berbisik buat ke sekian kalinya bersama dengan senyuman dan mata yang tertumpu pada lensa kamera. Bukannya dia tidak mampu membaca riak wajah isterinya pada ketika ini.

Hanis melepaskan keluhan pasrah dengan bibir yang tetap tersenyum. Ya, pasrah. Apalagi yang mampu dia lakukan selain daripada itu? Jawapannya, tiada. Dia tiada pilihan dan pada masa yang sama, dia sebenarnya risau memikirkan tentang bagaimana kehidupannya selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience