LENSA kamera yang berkelip tanpa henti buatkan Zahra rasa macam nak pitam. Kepadatan jadual bekerja buatkan dia langsung tidak dapat berehat. Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum majlis perkahwinan dia dengan Umar tapi dia? Masih sibuk bekerja. Pelbagai gaya dan jenis gerakan dia lakukan hari ini. Itu belum masuk bahagian baju, make up dan dandanan rambut. Boleh pengsan kalau tak biasa. Dari kejauhan, dia hanya memandang ke arah seseorang. Seorang lelaki penghantar kopi yang sudah berada di set selama tiga hari. Katanya Umar memesan trak kopi dari kafe mereka untuknya. Jadi tugas dia sekarang, tengah agihkan kopi kepada semua model dan ...