REMOTE penghawa dingin dicapai sebelum ditekan perlahan. Yazid melangkah ke arah katil seraya mendekati lelaki yang sedang tidur sambil berbungkus itu.
"Ali, aku dah tutup aircond. Kau ni, dah tahu tak tahan sejuk kenapa pilih jugak nak lawan dekat sini? Ini kalau Datin tahu, mampus aku. Bangunlah, sini. Aku nak sapu ubat dekat muka dengan tangan kau," ujarnya sambil menggoncang badan lelaki itu.
Selimut ditarik ke bawah. Ali hanya memerhati lelaki itu sambil ketawa. Selimut masih menutupi separuh dari wajahnya yang sedang membengkak.
"Bangunlah. Kau lapar? Nak makan dulu?" Yazid tarik lelaki itu supaya bangun duduk.
Lambat-lambat Ali bangun dari pembaringan. Dia bersandar dikepala katil. Jaket tebal yang dipakai ditarik rapat ke leher, sejuk. Betullah apa yang Yazid cakap, dia memang tak tahan dengan cuaca sejuk.
"Nak makan tak?"
"Kenyang. Besoklah."
"Besok apa? Kau makan pun belum harini, besok apanya? Kalau kau sakit nanti, macam mana?"
"Aku takkan sakit."
Yazid geleng perlahan. Perlahan-lahan dia sapu ubat dikepala Ali. Kesan luka pada mukanya juga disapu. Tidak cukup dengan itu dia belek tangan Ali. Haih, nama je juara banyak luka dengan lebam sana-sini.
"Tak payahlah concern lebih sangat, aku ok." Ali tarik tangan sendiri.
Mukanya disentuh. Boleh tahan kebas, sakit lagi. Sebelah matanya sudah sepet, semua sebab kena tumbuk dalam gelanggang pagi tadi. Padu betul, nasib baik tak patah rahang dia.
"Lepasni kau boleh rehat sekejap. Datang gym untuk practice macam biasa. Perlawanan seterusnya lagi sebulan. Kau sure, nak join yang dekat Malaysia? Kau dah tahap international, kenapa nak join yang murahan macam tu?"
"Saja. Nak ambik pengalaman? Tinggi mana pun aku duduk, aku tetap kena merendah."
"Tak cukup lagi ke, kau nak buktikan dekat Dato' dengan Datin? Diorang dah cukup bangga dengan kau pun. You can rest now,"
Ali diam. Dia pandangan tangan sendiri. Nampak buruk pulak kalau dah bertumbuk tadi. Keluhan berat dilepaskan. Dia pandang ke luar tingkap. Gelap, sepi, mungkin macam hati dia jugak.
"Nah, makan. Aku beli tadi masa keluar. Makanlah, sikit pun tak apa. Sekurang-kurangnya kalau Datin text aku, aku boleh send gambar kau," Yazid hulur bekas makanan yang baru dibeli.
"Fried chicken?" Ali nampak teruja.
"Yeah, it's your. Tak perlu nak diet dah, makan."
Ali makan dengan perlahan. Boleh tahan sedap.
"Adik kau nak kahwin kan? Itu yang kau cakap kita kena balik segera?" tanya Yazid sambil membelek jadual di dalam iPad.
"Bulan depan dia kahwin." perlahan saja Ali menjawab.
"Bulan depan? Hari apa?"
"Sunday, 1st January."
"Weyh gila! Haritu kau baru habis game kut! Macam mana kau nak masuk dalam dewan kalau muka kau pecah?" Yazid nampak gelabah.
"Relax ah. Mask ada, nanti aku pakailah. Kalau aku tak ada, nanti mama bising. Aku tak nak buat mama aku sedih." ujarnya.
"Betul jugak. Tak apa, nanti aku temankan kau."
Yazid belek sesuatu lagi dalam artikel. Gambar adik Ali bersama seorang gadis.
"Bakal adik ipar kau tu... Al Zahra? Model terkenal tu? Fuyoo. Kau orang satu family ni memang ada darah keturunan dikenali ramai ke apa?" Yazid nampak teruja.
"Kau merepek apa? Aku tak pernah jumpa perempuan tu. Kan aku jarang balik rumah? Mana aku tahu, dia model ke apa?"
"Cakap jelah adik kau masih tak suka kau."
Ali tayang muka seposen.
"Katakan adik kau tak jadi kahwin, kau sanggup ke jadi pak sanggup?"
"Kau mulut...!" Ali lempar tulang ayam tepat ke dahi lelaki itu. Yazid hanya ketawa. Seronok dapat mengusiknya.
*****
"SEMUA persiapan dah cukup. Goodies, hantaran, baju kahwin, kasut, semua dah compete. Tinggal tunggu majlis je." Zahra senyum semasa buat check list.
"Alhamdulilah kalau semua dah cukup. Cuma ibu harap, Zahra kurangkan jumpa Umar dalam masa terdekat. Tak manis kalau orang nampak, sayang." teguran lembut Datin Aurelia kedengaran.
"Ibu..."
Zahra berjalan ke arah wanita itu sebelum duduk disisi. Kepalanya melentok lembut sebelum mencium pipi wanita itu.
"Ibu jangan risau ok? Semuanya ok! Lagipun Zahra tak boleh kalau tak jumpa Umar, rindu..."
"Rindu? Kamu dah nak kahwin pun. Bawaklah bersabar banyak-banyak."
"Ya, ibu. Zahra sabarlah ni. Ini Ada nak tambah apa-apa lagi?"
Datin Aurelia berfikir sejenak. Dia hanya tersenyum sebelum menggeleng kepala.
"Semua dah cukup, tak perlu tambah apa-apa. Cuma... Ra dah jumpa abang Umar? Kamu kan nak jadi adik ipar dia? Kenalah berkenalan dengan dia jugak," ujar Datin Aurelia.
"Kena ke?" Zahra muncungkan bibir.
"Of course, sayang ibu. Kita nak rapatkan ukhwah jadi silaturahim antara manusia tu penting. Apa saja masalah dalam keluarga Umar, itu masalah mereka. But not us. Kamu kena hormat abang dia jugak, Zahra."
"Zahra takutlah, ibu. Dia tu kan besar macam gergasi?"
Datin Aurelia ketawa perlahan.
"Gergasi apanya? Kamu jumpa dia pun belum, macam mana boleh cakap dia macam tu?"
Zahra jongket bahu sendiri. Dia berani cakap pun, sebab Umar yang bagitahu dia. Curious jugak sebenarnya dia macam mana.
"Nantilah, dia balik nanti jumpa."
"Ok, ibu."
Datin Aurelia pandang anak gadis. Dalam usianya yang masih muda, dia sudah berjaya membina karier sendiri. Penat lelah dan segala usaha yang membuahkan hasil. Tidak lama lagi anaknya akan berkahwin dan menjadi milik suaminya.
"Ibu, abang Umar tu... baik tak?" soalan spontan Zahra tanya.
Wanita itu kulum senyum manis.
"He's the nice young man I ever met. Dia baik sangat, cakap pun sopan, beradab dengan orang tua and the most important part is... dia tak pernah melawan cakap mama dia. Jadi dari sudut tulah ibu berani cakap yang dia lelaki baik." puji Datin Aurelia.
"Ibu dah pernah jumpa dia banyak kali ke? I mean, pernah sembang dengan dia?"
"Yeah, banyak kali. Kalau balik sini, Ali suka teman mama dia shopping, beli groceries and ikut apa saja yang mama dia suka. Ibu kan selalu jumpa Datin Deeja tu, mestilah kami dah pernah berbual dulu. Kalau ikut hati ibu, nak Zahra kahwin dengan Ali, bukan Umar."
"Ibu!!!"
Datin Aurelia ketawa perlahan. Seronok dapat mengusik anaknya. Dia kembali termenung. Pelukan Zahra terasa hangat. Dah berapa lama ya dia tak jumpa Ali?
*****
PINTU bilik ditolak perlahan. Datin Khadeeja berjalan masuk bersama secawan kopi panas. Dia hanya tersenyum sebelum duduk dihadapan suaminya yang sedang membuat beberapa kerja.
"Senyum-senyum ni, ada apa-apa ke? Awak nak beli apa pulak untuk anak kesayangan awak tu?" soalnya sebelum mencicip kopi panas.
Herm, sedap.
"Ali tak nak present. So... I just tukar katil dia. You tahukan dia suka tidur?"
"Sangat suka,"
Mereka berdua saling berbalas ketawa. Datin Khadeeja senyum lebar, tidak sabar menunggu anaknya pulang ke rumah.
"Persiapan kahwin Umar, dah settle?"
"Dah, I dah uruskan semua. Tinggal tunggu majlis je."
"Alright. Pesan dekat anak manja awak tu, jangan buat hal. Kalau dia berani buat perangai, siap dia."
"Ish you ni. Cubalah doa yang baik-baik?"
Dato' Khatab ketawa lagi. Dia geleng kepala perlahan. Matanya masih tertumpu pada skrin laptop. Dia hanya tersenyum sebelum menutup komputer riba itu dengan perlahan.
"Sayang. You rasa... kalau Umar tak suka dengan Zahra, boleh tak Ali jadi calon yang terbaik?" tiba-tiba saja Dato' Khatab bersuara begitu.
"I don't know, sayang. You kenal anak sulung you macam mana kan? Dia tu jarang bercakap dengan perempuan. Kalau ada pun, kawan baik dia je. Apa nama budak tu?"
"Yana, single mom."
"Haaaa, budak tu. Diorang kawan baik kan? Takkan you nak expect Ali sukakan Zahra? Yana yang janda pun cantik, dia buat tak tahu inikan pulak Al Zahra? Taste dia tu... I don't know. Kita semua tak tahu perempuan macam mana yang Ali suka."
Ada betulnya apa yang isterinya cakap. Dato' Khatab bersandar pada kerusi. Apa agaknya yang dia boleh buat supaya Ali membuka hatinya untuk membina kehidupan yang baru?
"Kita dua tak nak paksa dia kan? Kita dah janji dengan dia, takkan cakap soal kahwin ni." Datin Khadeeja senyum hambar.
"Sampai bila kita biarkan Ali terus macam tu? Dah dua tahun Eva meninggal." keluh Dato' Khatab.
"I don't know, sayang. Kita tak duduk dekat tempat dia. You pun tahu, Eva meninggal sehari sebelum majlis kahwin dia dulu? Ali Hayyan... he's trauma. Dia bukan tak percaya dengan cinta, dia bukan bencikan perempuan, cuma dia... masih terpuruk dengan luka lama." mereka berdua saling berpandangan.
"Ali Hayyan. He's a nice guys. Kita doakan anak kita jumpa perempuan baik yang boleh bantu dia hadap trauma dia tu."
"Insha Allah, sayang."
Share this novel