Rate

BAB 1

Romance Series 5782

ZAHRA pandang skrin telefon berkali-kali. Ya, dia sudah tiba awal daripada masa yang sepatutnya. Dah sepuluh minit, takkan kapal terbang yang sepatutnya tiba pada jam satu sudah terlambat? Tak mungkin. Dari tadi dia tunggu, langsung tidak ada pengumuman apa-apa.

Sedang dia menunggu, matanya terarah pada pasangan suami isteri yang sedang ketawa bersama anak mereka. Bayi comel yang memakai gaun kembang berwarna merah, cantik sekali.

Bibirnya mengukir senyum. Tidak lama lagi, dia juga akan merasakan semua itu. Kehidupan rumahtangga bersama Umar, kekasih hati yang sedang menunggu hari bahagia itu tiba. Berapa lama agaknya? Ah, lagi sebulan. Dia yang tidak sabar.

"Excuse me? You ni... Al Zahra kan? Model terkenal tu?" seorang gadis kecil molek menyapa dirinya yang sedang termenung.

Zahra angguk kepala. Tangannya membuka topeng muka yang dia pakai seraya tersenyum manis.

"Ya Allah! Tak sangka dapat jumpa you dekat sini! I ada collection semua majalah you! Boleh tak I nak bergambar? Please..." gadis itu nampak teruja.

"Boleh. Come here, ajak kawan-kawan you sekali." Zahra berdiri.

Sekali lagi gadis itu teruja, matanya berair menahan sebak. Tidak sangka, ditempat begini dia dapat berjumpa dengan model terkenal Al Zahra.

"Thank you, Al Zahra! I doakan you sukses selalu! Cantik betul you ni kalau jumpa depan-depan! I tak sabar nak tunjuk dekat my parents!"

"Most welcome, dear. Thanks jugak sebab selalu support I." Zahra peluk gadis itu dengan erat.

Sebaik saja mereka semua berjalan pergi, dia melepaskan keluhan. Hari minggu begini pun, dia masih tidak dapat mengelak dari orang ramai. Haihh.

"Excuse me? Can I take a picture with you?" suara lelaki yang cukup dia kenali buatkan Zahra menoleh.

Umar hanya tersenyum sambil melambaikan tangan. Kedua tangannya memeluk gadis cantik itu dengan erat.

"I miss you, sayang." ucap Umar sebaik pelukan dileraikan.

"I miss you more,B. Kenapa lambat harini?" Zahra muncungkan bibir.

"I'm sorry sayang. Tadi I jumpa papa sekejap, dia datang sini."

"Papa you datang sini? Wah, mesti semua orang excited kan nak jumpa dia?"

Umar jongket bahu. Siapa yang tidak kenal dengan Dato' Khatab? Lelaki itu memiliki syarikat penerbangan yang sangat besar dan maju. Kekayaan yang mencecah hampir puluhan juta sebulan. Dan dihadapan dia adalah anaknya, Umar. Bakal suami yang akan berkahwin dengan dia tidak lama lagi.

"You datang sini sorang? Mana PA you?"

"Dia cuti, I bagi cuti. Lusa I ada kerja dah. Itu yang I saja datang jemput you. Kenapa? You takut scandal you nampak ke?"

Umar ketawa perlahan.

"Mana ada scandal? You ni, sayang. Kita nak kahwin lagi sebulan je, kenapa you suka sangat overthinking?" Umar picit pipi gadis itu.

"Lelaki, macam-macam boleh buat belakang kita. Manalah tahu nanti you ada plan lain? I risau!" Zahra berpeluk tubuh.

"Janganlah cakap macam tu. Cuba you doa baik-baik? I tak sabar nak jadi suami you tau?" Umar kenyitkan mata.

"Ok sayang. Jomlah pergi makan? Lepasni I busy, you busy. Lagilah tak ada masa." Zahra rangkul lengan lelaki itu dengan mesra.

"Boleh tapi I nak singgah rumah kejap. Nak hantar barang mama kirim, boleh?"

"Anything for you captain Umar!"

Lelaki itu ketawa lagi. Mereka berdua berjalan seiringan keluar dari pintu utama. Zahra menarik topeng muka sekali lagi. Risau juga kalau ada wartawan yang curi-curi mengekori dirinya. Nanti gossip murahan keluar, ish... tak suka!

*****

SORAKAN riuh kedengaran kuat dari barisan penonton. Pertarungan sengit antara juara-juara sedang berlangsung dengan riuh. Dari sudut kanan gelanggang, lelaki itu sedang memberikan sepenuh tumpuan dan tenaga kepada pihak lawan. Harini, dia tidak mahu kalah. Dia perlu pulang ke rumah dengan kemenangan.

"Reigning light heavyweight championship of MFC international mixed martial arts tournament! The ref is jumping in, trying to intervene but Ali isn't having it! This is getting dangerous for Ali's opponent!"

Ting. Ting. Ting.

Bunyi loceng kemenangan kedengaran kuat. Sorokan dan kemarahan penonton semakin kuat, menambahkan rasa tegang dalam pertarungan kali ini. Ali hanya ketawa, wajahnya yang dipenuhi darah langsung tidak dihiraukan.

Tangannya naik meninggi sebaik sahaja diumumkan juara. Seperti biasa, lelaki itu berdiri tegak dengan penuh rasa bangga.

"Oh my god! My son! He's the champion! He's the one!!!" Datin Khadeeja bersorak gembira.

Terlompat-lompat wanita itu bersorak untuk anaknya. Skrin televisyen dicium berkali-kali. Tidak pernah menghampakan, Ali Hayyan memang terbaik.

"D... Datin! Bertenang, jangan lompat terjun dari sofa. Risau kalau jatuh nanti," tegur Didi, pembantu rumah yang sentiasa ada dengannya.

"You nampak tak, Didi? Anak I juara! Juara lagi!!!" badan gadis itu digoncang kuat.

"Ya, Datin. Saya nampak. Alhamdulilah tuan Ali menang lagi." jawabnya dengan sengihan.

"I'm going to text Dato'! I'm going to share with him. This is happiness!" Datin Khadeeja bersorak gembira.

"Should we make party for him, Datin? Yalah, nanti mesti tuan Ali balik kan? Dia mesti nak kita raikan kemenangan dia." cadang Didi.

"Nope, Didi. Nampaknya you belum kenal anak I. Ali, dia tak suka benda-benda macam tu. Umar maybe suka but not him. Dia cuma akan balik untuk tidur je. Trust me." wanita itu senyum bangga.

Didi angguk kepala. Ada betulnya apa yang Datin Khadeeja cakap. Ali Hayyan memang berbeza dengan adiknya. Dia jarang bercakap atau bercampur dengan orang lain bila dirumah. Hanya berkurung dalam bilik Dan keluar bila perlu.

"Jadi... I nak belikan katil besar baru untuk dia! OMG, I'm so excited!!!" bersinar-sinar anak mata Datin Khadeeja.

"Katil? Macam simple sangat tu?" Didi senyum janggal.

Datin Khadeeja tekan skrin telefon dengan pantas. Tidak sabar rasanya menunggu anak itu pulang ke rumah. Matanya masih memandang ke dalam skrin TV. Ali Hayyan, anak lelaki sulung yang berdiri tegak dengan penuh keyakinan. Senyumannya melebar, dia masih teruja.

"That's it, dear. You did what you want, I'm proud of you." Datin Khadeeja senyum manis.

*****

MESEJ yang baru tiba dibaca sekilas lalu. Umar sambung makan spaghetti dengan perlahan. Niatnya hendak pulang ke rumah dahulu dibatalkan. Bukan apa, hari ini adalah hari dimana wanita itu tidak mahu diganggu.

"Mesej dari siapa? You nampak stress je?" tanya Zahra.

"Mama. Macam biasa, abang I menang lagi. She's so proud of it. Itu yang asyik spam mesej dekat I." balasnya.

"I see. That's why you tak jadi balik rumah dulu tadikan? Pasal abang you. You selalu cakap, dia jarang balik rumah and both of you tak rapat langsung. You hate him?"

"No, I'm not."

"Then why you always looking like that? You selalu nampak stress kalau mention pasal abang you."

Umar mengeluh. Dia teguk jus oren dalam gelas. Mood yang sepatutnya happy sudah bertukar.

"I tak rapat dengan my brother. Dia tu selalu pentingkan diri. Kalau dia ada... both of my parents akan focus dekat dia sorang, I don't like it." luah Umar.

"Kesian you. Tak apalah I ada! Lepas kita kahwin, I akan bagi sepenuh perhatian dekat you!" Zahra senyum comel.

"Thank you sayang." Umar usap pipi gadis itu.

Skrin telefon masih menyala. Umar hanya tenang sebelum membaca mesej-mesej yang baru tiba. Gambar abangnya sedang tersenyum dipandang tanpa kelip. Senyuman yang penuh dengan rasa bangga.

Bangga ke...? Dia ketawa.

"Sayang? Abang you... umur berapa? I tanya sebab I tak pernah jumpa dia sepanjang kita kenal."

"Muda lagi. Dia baru dua puluh empat, rezeki dia besar. Umur muda tapi dah dapat jadi juara dunia."

"Muda betul dia eh? Maknanya dia cuma beza setahun dari you? Wow. You pun apa kurangnya? Jadi captain di usia muda!"

Lelaki itu senyum kelat. Rasa pahit dengan tiba-tiba. Zahra hanya makan dengan tenang. Abang Umar, macam mana rupa dia agaknya? Kalau Dato' Khatab dah handsome walaupun berumur, Umar pun kacak, abang dia? Mestilah kacak jugak kan?

"You don't have to meet him, Ra. He's not interested in what I do. I nak kahwin pun, dia tak ambik kisah. Rasanya dia tahu pun, sebab mama yang bagitahu dia. So, kalau you jumpa dia, just ignore him. Tak penting pun untuk berkenalan dengan dia." pesan Umar dengan serius.

"Okay sayang, I dengar cakap you. You plan nak balik rumah terus ke?" soalnya.

"Tadi yes but now, maybe no. You nak pergi mana-mana?"

"Ada. I nak ambik barang-barang pihak sponsor bagi. You boleh tolong I tak?"

"Sure, let's go."

Umar senyum melihat gadis itu sudah menepuk tangan. Al Zahra, model terkenal yang semakin menempah nama diserata Asia. Memiliki wajah yang cantik dan tubuh yang menawan, sudah pasti dia antara orang-orang yang beruntung kerana memiliki gadis itu.

I'm the real winner, not Ali. Mama should proud of me more, desisnya dalam hati.

*****

"PERGI MANA, Umar? Tengah malam baru balik? Kamu sepatutnya sampai dekat rumah tengahari tadi! Where have you been?" suara tegas Dato' Khatab kedengaran sebaik saja Umar melangkah masuk ke dalam rumah.

"Outing, papa." jawabnya acuh tak acuh.

"Outing? Outing ke dating? Jangan nak tipu, papa. Kamu keluar dengan Zahra kan? Kenapa degil sangat? Kenapa tak boleh dengar cakap papa? Lagi sebulan je nak kahwin, cubalah kawal diri tu!" marah Dato' Khatab.

"Boleh tak kalau setiap kali Umar balik, papa tak marah-marah? Tadi tengahari pun papa marah, now sekali lagi? Papa ingat Umar ni patung ke tak ada perasaan?!" Umar hilang sabar.

"Whoa, look at you. Dah berani melawan papa sekarang? Sampai tak boleh kena tegur?" meninggi nada suara lelaki itu.

Umar ketawa sinis. Dia pandang bapanya yang sedang duduk di sofa.

"Kalau Umar, semua tak kena. Kalau abang? Buat apa pun tak apa! Macamlah dia buat benda yang membanggakan!" Umar terus melangkah pergi.

"Papa belum habis cakap lagi! Umar!!!"

Malas mahu membahas lagi. Ada sahaja tak kena. Badannya sudah penat, dia mahu berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience