Rate

BAB 3

Romance Series 5782

"KAU tak tahu ke ayah dia owner syarikat penerbangan ni? Mak dia pun pensyarah? Dia tu memah dari kecik lahir dalam selimut emas, tapi masih sibuk nak kerja kuat!"

"Seriously? Kalau aku jadi dia baik aku goyang kaki je! Kerja dengan ayah aku, senang!"

"Kenapa dia tak jadi pilot je eh? Kan best tu, gaji tebal!"

"Kau tak tahu ke? Adik dia pilot! Captain Umar!"

"Yang nak kahwin dengan model Al Zahra tu eh?"

Ali Hayyan hanya diam menunggu dikerusi. Cermin mata hitam yang disangkut pada hidung tidak mengangguk fokusnya untuk mendengar perbualan mereka. Beanie dikepala dia betulkan.

Lambat. Sudah jam berapa sekarang? Kenapa orang yang sepatutnya jemput dia tak sampai-sampai lagi? Dahlah kena tadah telinga dengar gosip orang. Ah, dia tak suka.

Tak suka kalau orang asyik bandingkan dirinya dengan Umar. Dia tak apa, adik dialah. Nanti jadi isu lagi macam dulu. Asyik nak bergaduh je, sakit kepala mama.

"Sayang!!!" panggilan dari seseorang buatkan Ali bangun duduk menegak.

Senyumannya melebar melihat wanita itu berjalan dengan penuh elegant menghampiri dirinya. Tidak menunggu lama, Ali rangkul tubuh Datin Khadeeja dengan erat. Kedua pipi wanita itu dikucup lembut.

"I'm miss you so much, mama. Kenapa lambat." rungut Ali dengan manja.

"Sorry sayang mama. Kelas mama habis lewat, itu yang terlambat sampai. Lama ke sayang mama tunggu ni?" Datin Khadeeja belek muka anaknya.

"Lama lah jugak. Mama ni, kenapa tak suruh je driver ambik Ali? Tak adalah menyusahkan mama."

"Tak susah, sayang mama. Mama rindu anak mama, itu yang mama sendiri yang nak jemput Ali. Ali sihat? Lebam lagi muka?"

Ray-Ban jenama mahal ditolak ke atas. Datin Khadeeja geleng perlahan melihat anaknya tersengih. Patutlah pakai spec, muka dah pecah kena belasah. Nasib baik menang, kalau kalah? Dia yang sambung 'belasah' anak sendiri.

"Jum balik? Ali lapar tak?" soalnya sambil menarik luggage anak itu.

"I'm on diet, mama. Kita balik teruslah? Ali nak makan masakan mama," Ali peluk lengan wanita itu dengan mesra.

Luggage bertukar tangan. Dia hanya tersenyum sebelum menarik bagasi besar itu bersama.

"Mama belum masak, sayang. Class mama full harini. Kalau nak jugak, kena tunggulah. You okay with it?"

"Yes, mama."

Dua beranak itu saling tersenyum. Ali jalan seiringan dengan mamanya. Tidak sabar mahu pulang ke rumah. Dia hanya tersenyum.

*****

JAM loceng berbunyi kuat. Umar gosok matanya berkali-kali. Dah dua hari dia cuti, bolehlah dia berehat secukupnya. Anak bos kan? Anytime mintak cuti, dia dapat.

Pukul enam petang. Umar bangun menuju ke bilik sebelum keluar kembali. Perutnya terasa lapar, dia mahu makan. Langkah dibawa ke tingkat bawah. Mahu mencari mamanya, dia mahukan masakan wanita itu.

Suara orang sedang bergelak tawa menarik perhatiannya. Umar berhenti berjalan sebaik saja matanya melihat seseorang. Seorang lelaki berbadan tegap dengan kulitnya yang putih bersih.

Mereka berdua nampak mesra saling bergurau senda, langsung tak sedar yang dia tengah perhatikan mereka.

"Kau buat apa dekat situ? Sini, makan." panggil Ali.

Umar mencebik. Kakinya dihayun ke arah meja makan. Hidangan makan petang yang nampak menarik. Ah, dia sudah menduga. Kalau abangnya pulang ke rumah, pasti Datin Khadeeja akan memasak untuknya. Kalau dia? Ada saja alasan.

"Makan sayang mama. Bila start kerja?" tanya Datin Khadeeja sambil menyedok nasi putih ke dalam pinggan anaknya.

"Besok pagi. Bila gorilla ni balik?" sinis Umar menyoal.

Dia ambil lauk yang ada. Ayam bakar dengan air asam, tidak cukup dengan itu ada daging masak dendeng. Meriah.

"Baru tadi. Kenapa, kau rindu nak bergaduh dengan aku ke?" Ali senyum comel.

"Gorilla macam kau, layak kena belasah dalam gelanggang je. Macamlah kau tu hebat sangat!"

"Umar, enough. Cuba behave sikit? Tak reti nak hormatkan abang ke?" tegur Datin Khadeeja.

Anaknya cebik bibir. Dia pandang ke arah Ali yang baru sahaja selsai makan. Anak itu hanya tenang mencuci pinggan yang kotor sebelum kembali ke meja makan.

"Alhamdulilah kenyang, sedap sangat mama masak!" ucap Ali.

"Alhamdulilah. Ali, Umar, malam nanti ikut mama pergi masjid? Ada ceramah."

"Ok, mama."

Umar geleng kepala.

"I'm not going. Umar nak solat dekat rumah je. Bosan kalau pergi sana. Mama bawaklah anak kesayangan mama ni," sinis Umar membalas.

"It's fine, mama. Umar kan belum baligh? Dia tak faham tu." Ali senyum lagi.

"Kau...!"

"Umar, makan."

Suara tegas mamanya buatkan Umar berhenti bercakap. Tidak mahu mencari pasal lagi. Datin Khadeeja kalau marah, boleh tahan garang macam singa.

"Umar dah nak kahwin, kenapa tak nak ikut mama pergi masjid? Kan bagus tu. Boleh dapat banyak pahala dan ilmu."

"Malas. Umar nak rehat. Boleh tak sehari je, mama tak kacau hari cuti Umar? Ada je aktiviti! Tak sukalah!"

"Umar!"

Adiknya diam. Ali renung lelaki itu dengan tajam. Dah besar panjang, berani pulak tinggikan suara.

"Mama, it's fine. Kita pergi bertiga je dengan papa. Ali boleh temankan mama," Ali cium tangan wanita itu.

"Umar. Persiapan kahwin kau macam mana?"

"Yang kau sibuk kenapa?"

"Umar... tak boleh ke jawab baik-baik bila abang tanya?"

Umar diam.

"Kenapa bila abang balik, mama sibuk nak manjakan dia? Kenapa kalau Umar je, ada je tak kena dekat mata mama dengan papa? Kenapa..."

"Umar."

Dua beradik itu saling berpandangan. Umar diam, dia sambung makan dengan rakus. Kenapa dia tidak mampu melawan renungan lelaki itu? Ali, lelaki yang penuh dengan misteri.

"Kalau ada rasa tak puas hati dengan aku, cakap. Bukannya tunjuk protes dekat mama setiap kali aku balik." ujar Ali dengan tenang.

"Kau diamlah. Kau tak sedar ke mama selalu manjakan kau? Lebihkan kau?" Umar masih tak puas hati.

"Perangai budak-budak kau ni, jangan bawak sampai kahwin. Rugi isteri kau nak kena hadap perangai budak-budak kau nanti. Poor her,"

"Asal? Kau cemburu aku kahwin dengan Zahra?" Umar senyum sinis.

Ali ketawa. Dia duduk menompang dagu merenung adiknya. Rambut yang kusut, perangai budak-budak dan paling utama, panas baran. Kenapalah Al Zahra boleh terima adik dia?

"Kau pun tahu, antara Al Zahra dengan Eva, dia kalah. Eva lagi cantik daripada dia." Ali senyum lagi.

Lelaki itu diam membisu. Dia hanya mengigit bibir sendiri.

Muka lembut macam jambu, haih. Buat panas je kalau renung lama-lama.

"Mama, besok Ada nak ke mana-mana ke?" Ali tukar topik perbualan.

"Takda kut? Ali nak ke mana?" soal Datin Khadeeja.

"Nak tolong Yazid dekat kafe dia. Boleh tak?"

"Ali tak penat ke?"

"Nope, I'm bored. Boleh tak kalau Ali nak keluar besok tolong dia? Habis kerja Ali baliklah."

"Boleh, sayang."

"Thanks, ma."

Datin Khadeeja gosok kepala anaknya. Dia hanya tersenyum sebelum memerhati pada Umar yang sedang makan.

"Cubalah kamu ikut perangai abang kamu, Umar. Sejuk sikit perut umi. Ini tidak, hari-hari nak cari gaduh, nak melawan mama dengan papa."

"Kalau dah dia ni baik sangat kenapa tak suruh dia je dia duduk rumah? Bela biawak hidup ni!" Umar bangun dari kerusi.

Tangannya dicuci sebelum berjalan pergi. Nasi pun makan tak habis. Datin Khadeeja geleng kepala.

"Biarkan je dia, mama. Dia muda lagi, masih rasa tak puas dengan hidup bebas dia. Kalau boleh... Ali nak tanya sikit? Kenapa cepat sangat diorang nak kahwin? Kan baru setahun diorang kenal?" tanya Ali.

Datin Khadeeja mengeluh perlahan.

"Cinta, Ali. Budak-budak tu excited sangat nak kahwin. Mama dengan papa risau. Yalah, usung anak dara orang ke sana sini, kalau jadi apa-apa nanti? Tak susah? Itu yang kami berjumpa dengan Datuk Kamil dengan Datin Aurelia, diorang pun setuju." cerita Datin Khadeeja.

Ali angguk tanda faham. Dia tak nak soal apa-apa lagi.

*****

"ZAHRA! ZAHRA! Bangunlah!" Datin Aurelia tepuk pipi anaknya dengan perlahan.

Terpisat-pisat Zahra bangun dari tidur. Wanita itu menggeleng perlahan. Telekung yang dipakai oleh Zahra sudah senget. Itulah tidur tak ingat dunia.

"Ceramah baru nak mula ke ibu?" soalnya sambil menguap seluasnya.

"Dah habis pun. Zahra ni! Buat malu ibu je! Dah, pergi tunggu dekat kereta. Ibu nak jumpa isteri imam kejap,"

"Ok."

Zahra bangun perlahan sebelum berjalan ke arah luar. Suasana masjid yang masih ramai dengan orang ramai. Dia mengeliat sepuasnya. Mengantuk, nak balik tidur.

Matanya memandang ke arah selipar yang masih banyak. Eh? Bukan dia letak selipar dia dekat sini ke tadi? Zahra jalan pula ke arah kanan masjid sebelum berhenti ditepi tangga. Selipar merah jambu yang sedang menunggu dirinya.

Zahra duduk ditangan. Daripada tunggu dalam kereta, baik dia tunggu ibu dekat sini kan? Gadis itu duduk sambil memeluk lutut.

"Cik? Boleh bangun sekejap?" seorang lelaki bersuara dari arah sisi.

"Dekat masjid pun nak mengurat orang ke?" balas Zahra sambil menompang dagu.

"Excuse me? Saya cuma suruh cik bangun? Mana datangnya mengurat?"

"Lelaki, pantang nampak perempuan dahi licin mulalah menggatal!"

Serentak lelaki itu ketawa. Kuat dia ketawa sambil menekan perut sendiri.

Zahra gigit bibir sebelum menoleh ke arah sisi. Lelaki yang memakai baju melayu itu sedang memerhati padanya. Ditangannya ada sejadah.

"Cik ingat cik cantik sangat ke?" lelaki itu sambung ketawa.

Berapi telinga Zahra mendengar. Dia tak cantik?! How dare him!

"Saya nak ambil selipar saya je, yang cik perasan sangat kenapa? Aduh, perempuan macam ni pun ada eh?" lelaki itu masih dalam tawa.

Zahra tahan malu. Dia bangun berdiri sebelum memerhati ke bawah. Betul. Ada selipar besar yang dia jadikan alas punggung. Tidak menunggu, lelaki itu hanya menyarungkan selipar ke kaki.

"Lain kali jangan cepat sangat perasan. Kalau lelaki tu cuba dekati awak, bukan dia nak mengurat awak je. Mana tau dia nak bunuh awak pulak?" sindir lelaki itu seraya berjalan perlahan melintasi dirinya.

"Eyyy, annoying betul!!!" Zahra hentak kaki dengan kuat.

"Ali! Ali Hayyan!!!" panggilan dari Datin Aurelia buatkan lelaki itu berhenti berjalan.

Ali Hayyan? Don't tell me...

"Masha Allah! Tak sangka dapat jumpa kamu dekat sini! Bila Ali balik?" sapa wanita itu.

Lelaki yang bernama Ali itu hanya menunduk perlahan. Dia hanya menunggu. Wajahnya langsung tidak kelihatan disebalik mask yang dipakai.

"Petang tadi baru sampai. Aunty apa khabar?"

"Alhamdulilah khabar baik! Inilah anak aunty, Zahra. Kenalkan. Ra, inilah Ali. Abang Umar,"

Tak sempat Zahra nak senyum, lelaki itu pandang ke arah lain. Ceh! Ingat dia nak pandang sangat? Zahra juihkan bibir.

"Aunty ada banyak benda nak sembang dengan kamu. Mungkin lain kali? Kamu dah nak balik ke?"

"Ya, aunty. Nanti saya datang jumpa aunty."

Datin Aurelia senyum manis sebelum mengangguk perlahan. Dia hanya memandang lelaki muda itu berjalan pergi.

"Kenapa dia pakai mask, ibu?" tanya Zahra, ingin tahu.

"Mesti sebab muka dia cedera tu."

"Cedera kenapa?" Zahra blur, masih ngantuk.

"Al Zahra, abang ipar awak tu fighter. Mestilah muka dia cedera lepas perlawanan haritu. Apalah kamu ni! Dah, jum balik!" Datin Aurelia tarik anak gadisnya supaya berjalan pantas.

Zahra senyum kelat. Tak kisahlah siapa dia, fighter ke, apa ke, yang penting sekarang dia dah malukan diri sendiri.

Dahinya ditampar kuat. Malunya!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience