Rate

PROLOG

Romance Series 5782

PINTU bilik dihempas kuat. Rasa marah sudah merasuk ke dalam diri. Perancangan masa hadapan yang kononnya bahagia sudah hancur. Semuanya hancur!

Pertukaran yang berlaku buatkan dia tidak sanggup untuk menerima apa yang baru saja dia lakukan. Cincin dijari dipandang dengan penuh rasa jijik sebelum ditarik keluar. Pengantin perempuan itu lempar cincin bertakhta berlian tepat ke dinding.

Dia menjerit sekuat hati. Kesemua barang-barang di atas meja dilempar ke lantai. Amarahnya sudah tidak dapat dia tahan. Tergamak lelaki itu meninggalkan dirinya?!

Bunyi pintu dikuak dari arah luar. Pengantin lelaki yang sedang melangkah masuk hanya tenang duduk membungkuk, mencapai cincin mahal yang sudah pecah berderai. Dia ketawa sinis.

"Dah rosak, habislah duit bakal suami tak jadi kau tu. Kau tak sayang ke, main lempar je barang?" lelaki itu kutip satu persatu barang-barang yang berselerak di atas lantai.

"Peduli apa aku?! Keluarlah! Aku tak suka kau masuk bilik aku!!!"

"Kisah pulak aku? Kau tahu berapa ramai tetamu dekat luar tu? Kalau kau nak jaga aib family kau, buat betul-betul. Bukannya menjerit macam pontianak malam-malam!"

"Kau keluar. Keluar!!!"

Pengantin lelaki berjalan mendekat. Dia angkat gadis cantik yang memakai kebarung itu. Punggung isterinya diletakkan di atas meja solek, kedua tangannya mengepung isterinya supaya tidak larikan diri.

"Kalau terpaksa sangat, kenapa terima jugak? Kenapa setuju? Kau nak tunjuk protes, boleh. Tapi bukan sekarang. Melalak macam anjing tak dapat tulang!"

Pengantin perempuan diam membisu. Hanya airmata yang menitis ke pipi. Mata mereka saling merenung satu sama lain.

"Kau ni... Menangis pun cantik kan?" puji lelaki itu sambil ketawa.

Jemarinya cuba menyentuh bibir mungil yang tengah bergetar itu. Laju sahaja gadis itu menepis tangannya dengan kasar.

"Jangan sentuh akulah!" marahnya.

Lelaki itu ketawa lagi. Songkok dikepala dibuka. Tangannya mengepung isterinya sekali lagi.

"Kau jangan lupa. Ini... semua ni, dari hujung kepala sampai hujung kaki, aku yang punya. I can do anything I want, ini hak aku. Milik aku. Sekarang kau dah terikat dengan aku. Jangan mimpi nak lari. Kalau nak nak menangis sangat, meraung sepuas hati kau. But only for today. Sebab esok, aku dah tak nak tengok kau menangis sebab jantan lain."

"Kau... jahat! Jahat!!!"

Tangan kecil yang memukul dadanya berkali-kali disentuh. Pengantin lelaki itu menghela nafas perlahan.

"Kau menangis airmata darah sekalipun, dia takkan patah baliklah. Kalau betul dia sayang dan cintakan kau... dia takkan buat macam harini. Bukak mata kau tu, bukak sikit hati kau tu. Terima kenyataan yang lelaki yang kau sayang tu, yang kau cinta tu, dah khianat kepercayaan kau. Ini!!!" sehelai kertas dilempar tempat ke muka gadis itu.

Lambat-lambat pengantin perempuan membaca.

I'm sorry for what I did, sayang. I tak nak terikat dengan apa-apa komitmen sekarang. I'm going. Take care. - U

"How in the hell he's saying that? Tak nak terikat dengan apa-apa komitmen? Bullshit!" meja solek itu dihentak kuat.

"Lelaki yang kau konon percaya tu, dah tinggalkan kau!"

"Diam...!!!"

Tangisan pengantin perempuan itu semakin kuat. Teruk dia menangis, sampai merah mukanya.

"Look here. Kau... yang buat aku terikat dengan kau sekarang. Jadi sama ada kau suka atau tak, terima. Aku dah jadi suami kau. Kau perlu tengok muka aku ni hari-hari, makan dengan aku, tidur dengan aku, tinggal pun dengan aku. Jangan anggap kau sorang je mangsa keadaan. Aku pun mangsa. Kalau bukan sebab permintaan bodoh ni, aku takkan ada dekat sini." dahi isterinya ditolak perlahan.

"Kalau kau bencikan semua ni... kenapa kau terima?! Kenapa?!!!" jerit gadis itu lagi.

Lelaki itu berhenti berjalan. Dia berpusing pantas dengan mata yang tajam menikam.

"Sebab aku nak selamatkan maruah kau, bodoh! Orang bodoh macam kau mana faham! Kau tu selfish! Orang dah tolong tak reti nak berterima kasih!!!"

"Aku tak mintak kau tolong aku!!!"

"Diamlah. Tutup mulut bising kau. Itu aku cakap... orang bodoh macam kau, mana faham?" sinis dia ketawa.

Pintu bilik dihempas kuat. Lelaki itu sudah melangkah keluar dari biliknya. Pengantin perempuan itu menangis lagi, teresak-esak dia menangis. Kenapa suaminya harus ditukar???

say hello to our new baby

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience