Gelak tawa Aden tadi berubah menjadi tangisan semasa Jelita meninggalkan budak itu sekejap untuk solat zohor.
Dengan gelabah Jelita berlari mendapatkan Aden yang sedang menangis sambil memegang tangan sendiri.
Darah.
"Ya Allah, Aden...kenapa ni? Aden main apa sampai berdarah macam ni? sini ikut akak," tangan Aden dia tarik lembut membawa ke arah dapur.
Aden makin tersedu sedan apabila mendengar suara lembut Jelita bertanya kepadanya.
"Ku...kucing akak, cakar tangan Aden...Aden nak pegang je..." mulut Aden memuncung ke depan, wajahnya basah dengan air mata.
Jelita geleng kepala perlahan, muka Aden dia lap menggunakan tisu yang sedia ada.
"Alahai, takpe, biar akak letak minyak ye? Aden kuatkan?" pujuk Jelita sambil meletakkan sedikit demi sedikit minyak ke atas luka di tangan kecil Aden.
Aden mengelap air matanya sendiri dan mengangguk.
Jelita senyum dan kemudian meletakkan plaster bercorak kucing di atas luka Aden.
"Okey dah, kesian Aden ye..." wajah kecil itu dia usap menghilangkan air mata yang masih berbekas di pipi tembam itu.
Aden masih ada sisa tersedu sedan dari tangisan yang esak tadi.
"Dengar apa akak cakap, kucing cakar tu biasa, sebab dia belum kenal Aden, kalau Aden dah biasa datang rumah akak dan main dengan dia, dia akan kenal Aden, and takkan cakar Aden lagi, Aden kan lelaki, kena lah kuat," bahu Aden dipegang.
"Berapa umur Aden sekarang?" soal Jelita.
"Em...enam,"
Suara comel itu membuat Jelita senyum kecil.
Secara tidak sedar, si kecil ini sering bertandang ke rumahnya sudah selama tahun namun tidak kerap.
Aden akan datang bila pengasuh yang menjaganya ada hal penting dan tidak dapat menjaga Aden sahaja.
Namun, hubungan mereka berdua tetap rapat kerana layanan mesra yang diberikan oleh Jelita kepada Aden.
"See, awak dah besar, nanti nak masuk darjah 1, jadi, awak kena kuat ya!" bahu kecil itu ditepuk perlahan.
Aden tiba-tiba menjadi semangat.
"Baik! Aden akan pujuk meow meow untuk main dengan Aden! Amad Aden tidak akan mengalah!" Aden berkata tegas dengan suara comelnya dan terkedek-kedek berlari ke ruang tamu semula mencar kucingnya yang berwarna kelabu itu.
Jelita hanya tertawa dengan telatah lucu Aden.
...
Bahunya ditepuk kuat dari belakang.
Aden tersentak.
Khalis bertindak tidak bersalah apabila melihat sahabatnya itu sudah terkejut 'beruk'.
Jelingan tajam yang diberikan oleh Aden dia abaikan dan melabuhkan punggungnya disebelah Aden di atas sofa.
"Kau sejak balik dari Englans ni asyik termenung, Kau ni dah kenapa? minah saleh mana pulak dah lukakan Kau ni?" segelas air coklat buatannya yang dibawa bersama tadi dia sisip perlahan.
Aden merenggangkan ototnya dan memandang semula laptop yang dibiarkan terbuka dari tadi.
"Tak ada minah saleh mana-mana lah, penyibuk," jarinya sambung menari di atas keyboard itu dengan tekun.
Khalis hanya mengeluh, gelas air coklat panas itu dia letak di atas meja.
"Kau masih fikirkan pasal perempuan tu ke?" Khalis berhati-hati dalam bertanya, mana tahu soalan itu mungkin membuat luka lama terbuka kembali.
"Perempuan mana pulak Kau ni?" Aden tidak memandang Khalis, matanya difokuskan pada skrin laptop.
"Buat-buat tak tahu pulak, perempuan yang Kau tergila-gilakan tu la, yang buat Kau lari dari Malaysia ni,"
Aden berhenti menaip, wajah Khalis dia pandang.
"Perempuan tu ada nama, Kau respect sikit boleh?" apabila isu ini dibuka dia menjadi dingin, kalau boleh dia tidak mahu lagi mengingatkan wanita itu.
"Okay Sorry, Kak Hana, or Kau panggil dia Kak Jelita, kan?" teka Khalis.
Aden memejam mata dan menarik nafas panjang sebelum menghembus nafasnya perlahan.
"Kau kena move on, lagipun dah lebih 15 tahun Kau hilangkan diri tanpa balik ke sini disebabkan dia tau, ni baru sehari sampai Malaysia, terus otak Kau ingatkan dia, meh sini Aku ingatkan Kau, Jelita dah kahwin, dia isteri orang," ujar Khalis menekankan ayat terakhirnya bagi menjelaskan segala butir bicaranya.
"Aku tahu Khalis, Aku cuma ingatkan memori lama, bukannya Aku plan nak jumpa dia pun, Aku dah moveon pun, teringat, terimbau itu biasalah, dia cinta pertama Aku Khas, mustahil Aku dapat hilangkan dia dalam diri Aku, sebabtu, Aku sibukkan diri Aku dengan belajar, sebab tu jugak Aku pilih Korea untuk Aku belajar," balas Aden sedikit tegas.
"Walau apa pun yang akan terjadi, Aku harap, Kau tak jumpa dia lagi, yang lama biarlah berlalu pergi, dia pun dah bahagia dengan suami dan anak dia," Khalis memberikan tepukan perlahan ke atas bahu Aden.
"Anak?"
Khalis mengangguk dan membuka telefonnya.
"Ni anak Kak Jelita, Aku terserempak dengan dia haritu, anak dia comel sangat Hanah Qamara nama dia, sebab tu Aku ambil gambar," Khalis menunjukkan gambar yang berada di dalam telefonnya itu kepada Aden.
Aden tersenyum saat melihat gambar gadis kecil yang tersembunyi riang bersama ais krim di tangannya, kelibat Jelita hanya menampakkan tangan.
"Aku bahagia kalau Kak Jelita bahagia, semoga dia sentiasa bahagia, dia layak bahagia selepas semua yang jadi," Ujar Aden masih menatap tangan milik Jelita.
Aden cuba senyum walaupun hakikatnya di dalam hati ini masih tersimpan rindu.
...
Pintu bilik ibunya dibuka perlahan, kepalanya menjengul sedikit melihat ke dalam, apakah ada ibunya di sini?
"Ibu?" suaranya memanggil Jelita perlahan.
Sejak ibunya pamit meminta untuk naik solat asar tadi, hingga hampir sejam ibunya masih tidak menunjukkan diri.
Pintu bilik dibuka luas, senyuman kecil Qamara terbit dibibir saat melihat ibunya terbaring di atas sejadah bersama telekung yang masih belum dibuka.
Qamara menghampiri Jelita, bahu Jelita dia goncang.
"Ibu...Qama lapar, jom kita masak sama-sama," panggil Qamara.
Namun ibunya tidak menjawab ataupun menunjukkan sebarang reaksi saat Qamara menggoncang Jelita.
"Ibu, Ibu tidur ke?" Qamara memandang wajah Jelita yang masih menutup mata.
Jari Qamara diletakkan di bawah rongga hidung Jelita untuk memastikan ibunya masih bernafas, sebagai saksi segala perilaku Ayahnya terhadap ibunya membuatkan dia risau.
"Alhamdulillah... Ibu tidur," Qamara bernafas lega.
Tubuh Jelita di goncang lagi, namun Jelita masih tidak menyedarkan diri.
Qamara sudah tidak senang duduk, kenapa ibunya bernafas tapi tidak sedarkan diri?
Qamaea berfikir sendirian dan otaknya pantas membuat spekulasi, pengsan!
Ibunya pengsan!
Qamara segera bangun dan mencari keberadaan telefon milik Jelita.
Apabila dia menjumpai telefon pintar milik Jelita yang terletak di atas meja, kunci layar utama dibuka dan nama ayahnya dicari.
Panggilan di buat, namun tiada jawapan.
"Angkat lah Ayah...Ibu pengsan ni..." Qamara mencuba lagi.
Kali ni, panggilannya di angkat, namun seperti biasa suara ayahnya tidak mesra seperti selalu.
"Kau nak apa ni, Aku sibuk lah,"
"Ayah!" Qamara memegang bahu Jelita dan bersuara cemas.
'Ha, nak apa? mak Kau mana? merewang dengan jantan lain dekat internet?' tuduhan terus dilemparkan.
Qamara menahan sabar, pesanan Ibunya masih tersimpan di dalam fikiran.
"Ayah, tolong Ibu, Ibu pengsan..."
Hisyam hanya mengeluh di hujung talian, malas mahu melayan.
'Pengsan je, bukannya mati, kejap lagi sedar la tu, Kau tak payah gelabah sangat, kejap nanti Ibu kesayangan Kau tu hidup balik lah tu, eh Kau jangan call Aku sebab hal remeh ni boleh? Aku dekat kedai ni banyak hal nak buat, bukan macam korang, kerja habiskan duit hasil titik peluh Aku!' panggilan terus ditamatkan selepas bebelan tidak munasabah itu.
Qamara menggengam telefon itu ketat, geram!
Sepatutnya dia boleh mengagak reaksi ayahnya itu.
Qamara mencari nombor orang lain, tiada siapa lagi yang boleh diharapkan, kenalan Jelita juga hanya 5 orang.
Ayah, nenek, atuk, dan dua lagi kawan lama yang sudah lama tidak boleh dihubungi.
Ibunya sentiasa bersendirian, kalau Qamara tiada, dengan siapakah Ibunya akan meluah rasa?
Qamara menangis perlahan, kasihan Ibunya.
Matanya dikesat, jika tiada siapa yang sudi membantu ibunya, dia sendiri akan membawa Ibunya ke hospital!
"Ibu, Qamara akan jadi pengubat sakit Ibu!"
....
Jelita mencelikkan matanya perlahan-lahan, suasana asing memenuhi ruang pandangannya.
Hospital?
Macam mana?
"Abang!" Jelita hampir tersenyum apabila mengingatkan suaminya itu masih pedulikan keadaannya.
"Ibu dah sedar?" Qamara muncul dari bilik air.
Jelita senyum kecil apabila melihat anaknya muncul, tangan didepakan supaya dia dapat mendakap tubuh Qamara.
Qamara terus menghampiri Ibunya dan melingkarkan tangan ke tubuh Jelita, dagunya diletakkan atas bahu Jelita.
"Qama risau pasal Ibu...nasib baik ada orang sudi tolong Qama bawa Ibu ke hospital..." ujar Qamara seraya meleraikan pelukan itu apabila mengingatkan seseorang yang membantunya tadi.
"Siapa? Ayah mana?" soal Jelita memegang wajah Qamara.
"Ayah sibuk, kejap, Qama panggil pakcik tu," Qamara berlalu sekejap untuk memanggil seseorang dari luar.
"Pakcik, Ibu Saya nak jumpa pakcik," Baju lelaki yang membantunya tadi dia tarik perlahan untuk menarik perhatian lelaki itu kepadanya.
"Ibu Awak dah sedar?"
Qamara mengangguk.
"Jom lah, jumpa Ibu Qama, pakcik dah tolong Qama bawak Ibu ke hospital, kalau pakcik tak datang, entah apa jadi dekat Ibu," ujar Qamara dengan muka sayu.
Lelaki itu tersenyum dan bercangkung depan Qamara untuk menyamakan ketinggian mereka.
"Ibu Qama okey, jangan risau, tapi pakcik ada hal lepas ni, Alhamdulillah lega hati pakcik dengar Ibu Qama dah sedar, kirim salam Ibu ye, lain kali ada rezeki kita jumpa lagi ya Qama? pakcik minta maaf," rambut Qama dia usap.
"Jadi, Ibu tak dapat jumpa pakcik la ni?"
Lelaki itu geleng bersama senyuman.
"Anything call pakcik okey? ni nombor pakcik, simpan, no yang tadi kawan pakcik, dia tak dapat datang jadi wakilkan pakcik untuk datang, but if anything happens again, call terus nombor ni," Kad itu di letakkan ke atas tangan Qamara.
Qamara mengangguk.
"Terima kasih, pakcik," ucap Qamara saat bersalaman dengan lelaki baik itu.
"Qama jaga diri dan Ibu Qama baik-baik ya," kepala Qamara dia tepuk perlahan sebelum berlalu pergi.
"Bye pakcik!" lambai Qamara, lalu dia membawa tulisan di bawah kad itu.
"Doktor...A,"
"Qamara!!" terdengar suara Ibunya memanggil.
Qamara terus menyimpan kad pemberian lelaki itu ke dalam kocek seluarnya dan bergegas masuk semula ke dalam bilik rawatan untuk mendapatkan Ibunya.
happy reading, maaf kalau ad kekurangan. terima kasih!
Share this novel
menarik menarik, tak sabar next chapter