TIGA

Drama Series 2024

Pintu wad itu dibuka perlahan, kepalanya terjengul melihat ke dalam.

Helaan nafas lega dia lepaskan apabila mahu melangkah masuk ke dalam bilik rawatan itu.

Terlihat Qamara sudah tertidur di samping Jelita yang juga turut tertidur.

Dia menguntumkan senyuman kecil dibalik pelitup muka itu apabila melihat keadaan keluarga kecil itu walaupun hanya mereka berdua.

Dia menarik nafas sebelum tangannya mengetuk pintu itu untuk menarik perhatian Jelita.

Jelita tersedar sebaik sahaja mendengar ketukan itu dan melihat satu figura lelaki yang memakai kot pakaian seperti seorang doktor berdiri di hadapan pintu wad tersebut.

"Izinkan saya masuk dan periksa keadaan tekanan darah puan ya," ujarnya sedikit garau.

Jelita hanya mengangguk dan membiarkan doktor lelaki itu memulakan kerjanya.

"Puan kurang tidur kebelakangan ni?" dia memulakan kerjanya.

"Agak kurang, sebab tu ke saya pengsan?" Jelita bertanya.

"Ya, dan puan pengsan akibat kekurangan air dan tenaga, pastikan lepas keluar dari wad ni, puan jaga kesihatan diri puan dan kandungan puan ya," ujarnya lagi sambil mencatat tekanan darah Jelita yang normal.

"Kandungan?" Jelita memandang doktor lelaki yang nampak muda itu.

"Ya, tahniah puan hamil 3 bulan," Ucap doktor lelaki itu dengan nada ceria.

"Saya...mengandung?" Jelita menyentuh perutnya.

"Ya, berdasarkan hasil pemeriksaan air kecil puan yang pembantu saya ambil tadi, kami mendapati puan memang mengandung, dan disebabkan puan kekurangan tenaga dan air itulah membuatkan badan puan lemah, jadi selepas ini pastikan puan jaga kandungan puan ya," terangnya agak lebar.

Jelita senyum dan mengangguk, dia tidak sabar mahu mengkhabarkan berita ini kepada Hisyam, mungkin hal ini boleh membuat hati suaminya lembut semula.

Seperti mana waktu dia mula mengandungkan Qamara, reaksi Hisyam begitu gembira.

"Baik, terima kasih doktor," ucap Jelita menundukkan sedikit kepalanya.

Jelita mengusap kepala Qamara dan tersenyum.

"Qama akan jadi kakak," ujarnya perlahan namun masih dapat membangunkan Qamara yang selesa tidur disebelahnya.

"Ibu cakap apa?" suaranya terdengar mamai sambil menggosok matanya.

"Qama akan dapat adik, ibu pregnant," Jelita berkata ceria.

Qamara tersedar sepenuhnya dan wajahnya berubah ceria.

"Betul ke?" Qamara bertanya seraya mendongak memandang doktor yang masih ada bersama mereka.

"Yup, ibu awak mengandung, tahniah," ujar doktor itu tersenyum.

Qamara meneliti doktor itu dan dia mendapati itu lelaki yang membantu mereka tadi.

"Eh! pakcik ni doktor ke?" Qamara sedikit terkejut apabila dia dapat mengecam lelaki itu.

Lelaki itu tertawa kecil dan mengangguk.

"Ibu, ni lah pakcik yang tolong kita tadi, pakcik Khalis," ujar Qamara sambil mengoncangkan tangan Jelita.

"Eh, awak Khalis ke? kenapa nampak lain je ni?" Jelita melihat lelaki itu atas dan bawah, ya amat lain, Khalis sedikit sado tapi yang ini...agak kurus sedikit.

"Sebab saya bukan Khalis, tapi saya..." Dia membuka pelitup mukanya dan mempamirkan wajahnya kepada Jelita.

"Doktor Amad Aden!" Qamara menyampuk sambil membaca nama yang tertera di coat baju itu yang sama persis dengan kad yang ada di tangannya.

"Ya, Saya,"

Jelita tercengang saat mendengar nama itu.

"Amad Aden?" sebut Jelita sambil memandang lelaki yang menggelarkan nama dirinya sebagai Amad Aden itu.

"Hi akak, long time no see," senyum Aden sambil melambai kecil.

Jelita turut tersenyum, alahai budak lelaki kecil ini sudah banyak berubah, malah semakin comel di matanya.

"Bila Aden balik Malaysia ni?" Jelita membuat isyarat agar Aden duduk dikerusi.

Aden menolak sopan.

"Bulan lepas akak, Aden pun baru lapor diri dekat hospital ni minggu lepas," Aden tersengih.

Jelita mengangguk.

Qamara hanya memandang mereka berdua silih berganti, Ibunya kenal ke pakcik ni?

"Ibu kenal ke?"

"Qama, kenalkan dia adik angkat Ibu, pakcik Aden, salam cepat," arah Jelita membuat Qamara menyalam tangan besar Aden.

"Comel anak akak, yang bakal datang pun mesti comel macam kakak dia," Aden memuji sambil mencubit perlahan pipi Qamara sambil tertawa kecil.

"Alhamdulillah, Aden sihat ke? lama tak jumpa banyak betul dah berubah ye, dulu kecik ni sekarang agaknya dah tinggi dari akak tak?" Jelita tertawa lucu apabila mengingatkan hal lama.

"Sebab tu Aden dah pesan, akak jangan bangga sangat bila tinggi dari Aden tau, now Aden dah buktikan yang Aden lagi tinggi dari akak," mereka berdua tertawa sama sendiri dan banyak berbual sebelum Aden meminta diri untuk pergi melawat pesakit lain.

Qamara tersenyum apabila melihat ibunya tertawa dengan pakcik Aden, sudah sekian lama dia tidak tengok ibunya ketawa begitu apabila berbual.

....

"Mana ayah ni Ibu? cakap dah nak datang, tapi dah sejam kita tunggu dekat depan hospital ayah masih tak sampai," Qamara merungut.

Jelita mengusap bahu Qamara dan tersenyum kecil, dia juga resah apabila Hisyam masih tidak muncul.
Adakah suaminya baik-baik sahaja?

"Sabar eh, kejap lagi pasti ayah datang," Jelita memujuk Qamara yang sudah muncung sedepa, merajuk.


Aden yang sudah habis shift pagi melangkah keluar dari lobi hospital dan ternampak Jelita bersama Qamara masih menunggu seseorang, mungkin suaminya.


Aden mengubah arah menuju ke arah Jelita.

"Eh Akak? tak balik lagi? bukan dah keluar dari dua jam lepas ke? dah lewat ni," Aden menegur, jam ditangan dia kerling sebentar untuk melihat masa yang sedang berdetik sekarang.

Jelita menoleh apabila mendengar suara itu menegur, Jelita tersenyum kecil melihat Aden yang menegurnya.

"Suami akak trap dalam jammed kot, sebab tu lambat," Jelita mencipta alasan sendiri, padahal suaminya langsung tidak memberitahunya apa-apa kenapa terlambat.

"Takkan sampai lambat macam ni? dah pukul berapa ni," Aden menggelengkan kepalanya, entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.


Jelita hanya senyum.

"Ayah memang selalu macam ni, asyik sibuk sampai..." bahu Qamara ditepuk oleh Jelita, Jelita menggeleng kepala agar menyuruh Qamara berhenti bercakap.


Aden hanya diam dan berdehem kecil.


"Aden hantarkan je lah, lagipun kalau ikutkan waktu sekarang, jalan memang akan jammed, kalau akak tunggu suami akak agaknya pukul 8 baru sampai, sekarang dah nak masuk pukul 7 ni, kesian Qamara nampak penat," Aden memang Qamara dengan simpati, budak itu sudah melekat pada Jelita dengan muka cemberut.


"Kita dah lama tak jumpa, baru jumpa je akak dah susahkan Aden, akak ke hospital pun dengan bantuan Aden," Jelita menyuarakan dengan susah hati apabila terlalu menyusahkan adiknya yang satu ini.

"Itu kebetulan akak, Khalis yang minta Aden tolong sebab masa Qamara call tu Khalis tengah sibuk, so mujur Aden ada masa free tadi...lagipun, Aden tak pernah rasa susah bila nak tolong akak, kita dah lama tak jumpa and borak macam dulu, izinkan Aden menabur bakti, boleh?" Aden berkata lembut.

Jelita menjadi lembut hati mendengar kata-kata Aden, lelaki ini dia sudah menganggap seperti adiknya sendiri kerana dia anak tunggal.


"Tapi, biar akak call suami akak dulu, minta izin boleh?" minta Jelita mahu mengeluarkan telefon untuk menghubungi Hisyam.

"Ibu! tu ayah!" Qamara bersuara sambil menunjukkan ke arah kereta berjenama Bezza yang amat dikenali itu muncul memarkir tidak jauh diseberang jalan.

Hisyam keluar dari kereta dan berjalan ke arah mereka.

Mukanya yang tadi bengis berubah menjadi manis apabila melihat anak dan isterinya.

"Sorry sayang, abang lambat, lama ke tunggu?" suara Hisyam berubah menjadi prihatin.


Belum sempat Jelita mahu menjawab Qamara terlebih dahulu menyampuk dengan muka masam.


"Mestilah lama, kesian ibu penat dah la dalam perut ibu ada baby, kenapa ayah lambat?"

Hisyam menjadi terkejut dan wajahnya terus menunjukkan riak teruja selepas mendengar berita itu dari mulut anaknya.

"Sayang pregnant? betul ke?" bahu Jelita dia rangkul mesra sambil tersenyum kepada Aden yang berdiri bersama mereka, dia meneliti lelaki itu atas bawah.


Jelita mengangguk dan berdehem kekok.

"Abang, kenalkan ni Aden, adik angkat Jelita," ujar Jelita memperkenalkan Aden kepada Hisyam.

Hisyam dan Aden bersalaman.

"Hisyam, SUAMI Jelita, seingat aku...kau lah budak sekolah yang rapat dengan bini aku dulu kan?" Hisyam berkata dengan nada sedikit sinis namun senyuman manis masih ada dibibirnya.

"Ya, saya" Aden terus senyum kekok.

"Akak, saya minta izin dulu ye, Assalamualaikum," Aden menunduk sedikit tanda hormat sebelum berlalu pergi.

Sebaik sahaja Aden menghilang dari pandangan, senyuman Hisyam yang lagi melebar bagai nak robek mulut mulai pudar.

Tangannya yang masih merangkul bahu Jelita berubah menjadi cubitan pada lengan wanita itu dan bertanya dengan nada perlahan.


"Berani kau bermain mata dengan kekasih lama kau masa aku tak ada?" bisik Hisyam sambil membawa Jelita dan Qamara ke arah kereta.

"Ya Allah abang, kitaorang cuma tanya khabar, dia tu adik saya, mana datangnya kekasih lama? saya dengan dia setakat adik dengan kakak," balas Jelita menahan sakit apabila merasa lengannya dicubit bagitu keras.

"Kau jangan tipu Aku, balik ni, Kau tahu lah nasib Kau, masuk sekarang," dia lepaskan Jelita kasar dan mengarahkan masuk ke dalam kereta.

"Ayah, jangan buat macam tu dekat ibu," sampuk Qamara apabila menyedari layanan kasar ayahnya terhadap ibunya, Jelita.

Hisyam meraup wajah, pintu belakang dia buka dan mendorong tubuh Qamara masuk ke dalam kereta secara paksa.

"Kau jangan menyampuk, sebelum tangan ni hinggap dekat muka kau, baik kau tutup mata, tutup mulut, faham?" gertak Hisyam menghempas pintu kereta itu buat Qamara terdiam.

"Abang...dengan anak janganlah kasar, dia anak awak," tegur Jelita.

"Kau pun masuklah, tak payah nak tegur aku, nak jadi bini derhaka?"

Jelita geleng dan terus memboloskan diri ke dalam kereta setelah di ugut begitu.


Hisyam turut masuk ke dalam kereta dan meluncur pergi.

Dari jauh Aden hanya memerhati gerak laku suami Jelita, dahinya berkerut.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keluarga wanita itu.

happy reading, maaf klau ad typo n kesalahan yg honey tak perasan ;))

Share this novel

Cik Nurul
2025-02-03 20:59:52 

Bestnya sis! lepasni update lagi hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience