"Abang, sakit bang..,"
Rintihannya tidak dihiraukan, malah makin kuat rambutnya digenggam dan diheret membawa ke arah ruang tamu.
Terasa seperti rambutnya digumpal dan bakal ditarik hingga tercabut dari kepalanya, sakitnya yang amat!
Namun segala rintihan dan tangisan yang dia keluarkan langsung tidak dihiraukan oleh lelaki yang bergelar suami itu.
"Abang...tolonglah, sakit," Jelita merintih lagi, tangannya memegang tangan Hisyam pada rambutnya.
Namun tangannya ditepis kasar, lalu kepalanya dihayungkan pada kayu sofa dan terhantuk kuat.
"Ini akibatnya bila Kau berasmara dana dengan jantan lain masa Aku tak ada dekat rumah!" Lantang suaranya menjerit kepada Jelita, dia masih belum puas menghentak kepala Jelita, tangannya pula naik mencengkam kasar pada leher Jelita.
"Kau ni memang jenis bohsia dari dulu kan? tak cukup Kau main cinta dengan budak bawah umur, sekarang dah kahwin and jadi bini Aku pun Kau masih buat perangai?! Apa nak jadi dengan Kau ni? Kalau Aku tak kutip Kau! Agaknya Kau merempat lah tepi jalan tu!" Jerkahan lantangnya disembur tepat pada wajah Jelita.
Air mata meleleh jatuh ke pipi mulus Jelita, kepalanya di geleng menidakkan segala sangkaan buruk Hisyam terhadapnya.
Ini semua salah faham.
"Abang... sumpah demi Allah, Jelita tak curang, lelaki yang Abang nampak tadi tu cuma penghantar barang, demi Allah bang..." suaranya separuh merayu.
"Heh perempuan, Kau jangan nak guna nama tuhan untuk tutup perangai busuk Kau tu! kalau betul dia tu penghantar barang, apasal dia pegang Kau tadi?" muka berangnya masih tidak kendur walaupun sedikit, malah semakin bengis.
"Tu sebab Jelita hampir pengsan, percayalah cakap Jelita bang..." tangannya memegang lengan Hisyam.
"Kau tak payah pegang Aku lah! jijik! alasan!" tangan dia angkat tinggi sebelum diayunkan hinggap ke pipi Jelita sehingga terteleng kepalanya.
"Ibu!" suara kecil milik anak mereka menjerit kuat saat melihat adegan itu didepan matanya.
"Qama..." suara Jelita perlahan, sungguh dia lemah selepas mendapat tamparan kuat itu.
Qamara melepaskan beg sekolahnya jatuh ke atas lantai dan berlari mendapatkan ibunya yang sudah tersandar lemah pada sofa.
"Apa Ayah buat dekat Ibu hah!" Qamara memeluk tubuh Jelita, wajah Jelita yang sudah mula muncul lebam-lebam dia sentuh perlahan.
"Eh Kau dengan Mak Kau ni sama je! dua-dua menyusahkan hidup Aku!" kepala Qamara dia tunjal sebelum berlalu pergi begitu sahaja.
"Qama...Qama tak patut tinggi suara macam tu dekat Ayah..." sempat Jelita menegur dengan suara perlahan.
Qamara menggeleng kepala, bibirnya mengucup dahi Jelita dengan muka cebik menahan tangis. Sakitnya hati seorang anak apabila melihat si ibu dipukul depan matanya sendiri.
"Ibu, kenapa Ibu selalu biar Ayah pukul Ibu? Qama kesian dekat Ibu,.." suaranya serak.
Jelita menghela nafas kecil, senyuman kecil terbit dibibirnya, setidaknya dia mempunyai Qamara sebagai sumber kekuatannya.
Qamara gadis kecil yang berani, disebabkan situasi begini yang sering dilihat anaknya, membuat Qamara menjadi matang dan selalu memberi kata-kata semangat untuk Jelita.
Jelita bersyukur kerana tuhan mengizinkan supaya Qamara menjadi anak yang paling bertuah buat dirinya.
"Ibu kena patuh dekat Ayah, Ayah kan suami Ibu, Qama jangan risau ya? Ayah mungkin ada masalah dekat tempat kerja, lepastu tak sengaja terpukul Ibu," Jelita membelai kepala Qamara dengan penuh kasih.
Qamara mengeluh lemah, ibunya sering seperti ini, baik tidak mengenal tempat! Rambut Ibunya yang kusut masai itu Qamara kemaskan dengan tangan kecilnya.
"Tak sengaja? macam ni tak sengaja? Ibu, walaupun Qama baru 12 tahun, Qama tahu ni bukan 'tak sengaja', kalau stress sekalipun, takkan nak lepaskan marah dekat Ibu? ustazah Qama sendiri pun cakap, keganasan tidak mengubah apa-apa," ujar Qamara lembut.
Jelita hanya senyum, tubuh Qamara dia peluk erat cuba mencari ketenangan.
"Kita sabar selagi mampu okey? Allah ada dengan kita," pujuk Jelita mengusap belakang Qamara.
Qamara mengangguk pasrah pantas memeluk tubuh Jelita kembali.
....
Kakinya melangkah keluar dari lobi lapangan terbang.
Dia menghirup segara aroma angin tanah air, sudah sekian lama dia berhijrah untuk merawat hati yang luka kini dia pulang bersama semangat yang baru.
Saat dia mahu mendepakan tangan untuk menghirup angin sedalam-dalamnya dia dikejutkan oleh bunyi hon kereta yang kuat di depannya.
"Haish..." decit Aden perlahan saat melihat kereta berjenama Honda Civic berwarna putih muncul didepannya dengan pemandu yang membuka cermin mata dengan lagak.
"Oi Cik Abang manis! tak payah nak buat drama hindustan dekat tengah-tengah lobi ni! poyonya alahai!" sergahnya sebaik sahaja wajahnya terjengul dibalik tingkap kereta itu.
Aden membongkokkan sedikit badannya untuk menghendap si pemilik suara yang amat dikenalinya.
Melihat wajah yang menjengkelkan itu buat dia menjeling.
Tidak lain tidak bukan, itu adalah Khalis Haikal merangkap kawan baiknya sejak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.
"Kot ye pun, tolong lah Aku masukkan barang dalam bonet ni brother!" dua buah bagasi miliknya yang berada disamping dia tepuk, isyarat kepada Khalis supaya turun membantunya.
"Banyak cekadak! letak ah sendiri, bonet Aku dah bukak tu," Khalis menutup kembali cermin kereta.
Aden tertawa sendiri, tawa jengkel!
"Poyo dia tak ubah dari dulu!" dengan penuh perasaan bebal dia masukkan sendiri bagasi ke dalak bonet kereta milik Khalis atau lebih tepatnya lagi, kereta miliknya sendiri.
....
Penyedut minuman itu di kacau untuk melarutkan air didalam gelas.
Dia termenung sendiri, memikirkan apa yang tiada di dalam fikirannya.
Khalis memetik jari di hadapan Aden.
"Kau apahal? ingat minah saleh cun mana-mana ke?" Khalis senyum nakal.
Aden menggeleng.
"Bukanlah, Aku pergi sana untuk belajar," balas Aden senada.
Khalis tertawa kecil.
"Sebelum Kau decide nak belajar niat Kau sebenarnya konon nak healing la sangat," perli Khalis, kepala di geleng perlahan bersama tawa kecil apabila mengingatkan hal lama.
"Diam lah Kau," otaknya mula mengimbas masa lalu.
Dimana mulanya detik permulaan baru yang dipanggil cinta yang tidak sepatutnya masuk kedalam kotak hidupnya.
....
(20+ tahun lalu)
"Jelita!"
Jelita yang baru mahu melangkah masuk ke dalam rumah terhenti apabila namanya di seru dari pemilik jiran sebelah rumahnya, Puan Anis.
Jelita menyarungkan selipar dan berjalan ke arah Puan Anis yang tersenyum kepadanya dari balik dinding yang memisahkan antara rumah mereka.
"Ye Cik Anis? apa khabar?" sopan Jelita memulakan bicara saat dia bertentang mata dengan wanita yang seusia dengan ibunya itu.
"Alhamdulillah sihat, Acik nak minta tolong sikit boleh?" melihat dari rupa dan gerak geri Puan Anis yang sedikit gusar dan kelam kabut itu hanya membuat Jelita mengangguk.
"InSha Allah boleh, kalau Jelita mampu, Jelita tolong, apa tu?"
Puan Anis mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya dan disuakan kepada Jelita.
Tanpa banyak bicara Jelita mengambilnya dan melihat, ada gambar wajah budak lelaki comel di dalam satu kepingan polaroid itu.
"Ni anak Acik, dia masih dekat tadika, Acik ada hal nak kena settel dekat hospital, jadi... boleh Acik minta tolong Jelita tolong jemput dan jaga Aden untuk hari ini tak? ayah dia pun sibuk harini, pengasuh dia tak dapat nak jaga dia atas alasan tertentu, jadi, Acik cuma harapkan Jelita je, sebab cuma keluarga Jelita Acik kenal dekat sini," terang wanita itu sungguh terperinci.
Jelita mengangguk faham, Puan Anis dan sekeluarga baru sahaja berpindah ke sini dua bulan yang lalu, melihat dari keadaan keluarga mereka yang agak 'berada', wajarlah mereka kurang berinteraksi dengan warga yang lain.
Jelita senyum.
"InSha Allah boleh, Acik jangan risau ya, Jelita akan tolong jemput dan tengokkan anak makcik, apa nama dia tadi?" soal Jelita.
Puan Anis mengeluh lega apabila dengar Jelita sudi membantunya, rasa resahnya makin berkurangan.
"Aden, Amad Aden,"
-
Jelita melilaukan matanya mencari kelibat budak lelaki berusia 5 tahun itu di dalam tadika itu.
Selepas 5 minit dia terjengul-jengul seperti seorang pencuri, dia didatangai oleh seseorang yang merupakan tenaga pelajar di situ.
"Ye dik? cari siapa ya?"
Jelita menunjukkan gambar yang diberikan oleh Puan Anis tadi kepda cikgu perempuan itu.
"Saya disuruh Puan Anis untuk jemput Amad Aden, dia ada dekat sini kan?" Jelita bertanya.
"Oh ya, Puan Anis ada inform tadi, adik ni Jelita kan?" guru itu bertanya semula.
"Ya, Saya Jelita,"
Sebaik sahaja guru itu mengesahkan hal itu, dia pamit untuk memanggil Aden.
Aden dipimpin tangan bersama Jelita, Aden yang pendek itu mendongak memandang Jelita.
"Akak ni siapa?" soal Aden dengan wajah polos.
Jelita senyum.
"Nama Akak Hana Jelita, Aden boleh panggil akak Hana ataupun Jelita, tapi kebanyakkan orang panggil Akak dengan panggilan Jelita," ujar Jelita dengan suara ceria.
"Jelita?"
"Yup, Jelita,"
Aden meletakkan hujung jari telunjuknya di bawah dagu, sedang berfikir.
"Jelita tu maksudnya cantik kan?" Aden bertanya lagi.
"Mungkin," Jelita membalas.
Aden memandang wajah Jelita lagi, kini sedikit lama, lalu dia tersengih sendiri, genggaman tangan kecilnya pada tangan Jelita dieratkan.
"Patutlah orang panggil Akak ni Jelita, sebab Akak memang jelita!" puji Aden dengan penuh semangat.
Jelita tertawa, hidung mancung milik Aden dia cuit perlahan, comel budak ni pandai berkata manis.
"Jom balik, Aden mesti lapar kan?" Jelita mengusap kepala budak kecil itu.
"Jom!" Aden menggoyangkan tangannya bersama Jelita dengan riak teruja.
Jelita tersenyum dengan telatah Aden yang terlihat comel di matanya.
CAK !
Share this novel
terbaik sis, penulisan yang mantap!