Aden mengeluh sendiri apabila fikirannya tidak dapat menghilangkan apa yang dia lihat seminggu yang lalu.
Betul kah wanita itu bahagia bersama lelaki pilihannya?
Ataupun sebaliknya? namun kandungan Jelita yang terbaharu pula membuktikan cinta antara mereka suami isteri.
Aden menyisir rambutnya ke belakang dan bersandar pada sofa bersama satu keluhan berat yang panjang.
"Jelita...masih cantik walaupun makin berusia," ujarnya perlahan namun Khalis yang kebetulan lalu di ruang tamu dari dapur terhenti langkahnya apabila mendengar kata sahabatnya itu.
"Kau dah gila ke ingatkan bini orang?" sampuk Khalis menolak kepala Aden, tidak terlalu kasar.
"Eh kau ni, main tolak kepala apahal, otak kita sebagai manusia ni aset mahal tahu tak?" Aden berdecit matanya sempat menjeling tajam ke arah Khalis yang mengambil tempat duduk di atas sofa sambin memandang ke arah Aden yang sedang duduk di lantai bersama laptop yang terbuka.
"Menyesal aku suruh kau pergi tolong Qamara, kalau aku tahu kau ni belum move on memang tak lah aku send location and suruh kau pergi bawa mak dia pergi hospital," Khalis mula membebel.
"Tapi kau, dah seminggu aku tengok kau ni kadang termenung jauh macam orang ada masalah besar, kadang tersenyum, tersengih sorang-sorang macam orang tak betul! aduhai! menyesalnya aku, Ya Allah maaflah kawan aku yang sorang ni kerana dia sedang menaruh hati kepada isteri orang Ya Allah," nada Khalis penuh dramatik.
Paha Khalis dicubit agak keras hingga membuatkan jejaka itu menjerit sakit.
"Kau ni, aku ni waras lagi lah, tak ada nya aku suka dekat akak Jelita lagi, aku dah move on lah," balas Aden teragak-agak, dia sendiri tidak pasti akan perasaannya sendiri.
"Eleh, yang kau duduk termenung jauh tu kenapa? bila aku nak tanya je ingin membantu menjalankan tugas aku sebagai seorang doktor psikologi, kau asyik mengelak nak jawab," tangan disilangkan dengan muka dibuat menyampah dengan sikap Aden.
Aden memusingkan badannya memandang Khalis.
Lantai kosong di sebelahnya ditepuk-tepuk agar Khalis turun dan duduk di sebelahnya.
Khalis hanya menurut sahaja.
"Kau selalu jumpa ke Jelita dengan Qamara?" Aden memulakan sesi soal siasatnya.
"Tak selalu, Jelita pun jarang nak cari aku, bukan setakat jarang memang langsung tak pernah nak call aku, tiap kali jumpa or terserempak mesti aku akan pesan cari aku bila ada masalah, tapi tak ada langsung berita, padahal dulu kita pun duduk satu lorong taman dengan dia," balas Khalis.
"Kecuali minggu lepas, itupun sebab Qamara yang call, aku tak sampai hati nak tolak sebab budak tu dah menangis teresak-esak cakap ibu pengsan, ayah dia pulak sibuk, sebab tu aku minta tolong kau," sambungnya lagi.
Aden mengangguk faham.
"Suami dia, kau kenal ke? pernah sembang-sembang?" tanya Aden lagi.
"Uish, laki dia tu peramah! baik sungguh, kadang tu aku pergi melawat sekali sekala, baik dia layan aku tau, Jelita pun dia tak bagi buat kerja, dia yang ke hulu ke hilir hidang air, hidang makanan ringan," jawab Khalis membuat Aden diam.
Namun ada betulnya juga, Hisyam juga baik padanya tempoh hari, mesra dan murah senyum.
Mungkin matanya tersilap pandang, Aden mengeluh lega.
"Kenapa?" Khalis bertanya apabila melihat Aden sudah tersenyum sendiri.
"Tak ada apa, dah lah, aku nak kena siapkan fail meeting pesakit esok, dah jangan kacau aku, shuh shuh," Khalis dia halau seperti kucing.
"Amboi! kau shuh shuh kan aku serupa kucing noh!" bantal kecil itu dia gapai dan dilayangkan pada kepala Aden sebelum melangkah pergi.
Aden hanya tertawa kecil.
...
Jelita menarik lengan bajunya menutup kesan lebam pada tangannya dari pandangan Qamara.
"Ibu okey tak?" Qamara bertanya apabila melihat kelakuan pelik Ibunya.
Jelita hanya senyum dan mengangguk.
"Panggil ayah turun makan ya Qama, ibu nak bancuh air untuk makan malam kita," arah Jelita berlalu ke dapur untuk membuat air untuk mereka sekeluarga.
Qamara menurut perintah ibunya dan berjalan menaiki anak tangga menuju ke arah bilik ibu dan ayahnya.
Qamara memandang ke arah pintu bilik yang terbuka sedikit itu.
Dia mengendap ke dalam melihat ayahnya sedang tersengih sambil menatap telefon.
Jari Hisyam menari laju di atas skrin telefon mungkin sedang menaip sesuatu, kemudian tawa kecil ayahnya terdengar.
Qamara mengecilkan mata, apa yang seronok ayahnya buat sendiri? seronok lepas pukul Ibu?
Qamara mengambil nafas sebelum tangannya mengetuk pintu bilik itu perlahan.
Hisyam sedikit gelabah menyimpan telefon dan berdehem.
"Ayah, ibu dah panggil turun makan," ujar Qamara senada.
"Okay, nanti ayah turun ya, sayang," lembut pula nada Hisyam.
Qamara mengangguk dan berlalu pergi.
Suasana di meja makan sedikit sunyi.
Jelita melayan perasaan sendiri manakala Hisyam pula hanya menatap telefon sambil makan.
Qamara memandang wajah kedua ibu bapanya silih berganti dan bermuram.
"Qama okey? ke masakan ibu tak sedap?" tegur Jelita sambil tersenyum menyentuh tangan Qamara.
Qamara pantas menggelengkan kepalanya.
"Tak lah, masakan ibu sedap, tetap nombor satu di hati Qamara," ujar Qamara manis membuat Jelita tersenyum mendengarnya.
"Masin." komen Hisyam tiba-tiba.
"Apa dia abang?" Jelita memandang Hisyam yang sudah berhenti makan dan membasuh tangan menggunakan air yang disediakan.
"Aku cakap, masakan kau ni masin, kau ni letak garam berapa kilo?" perli Hisyam kasar sambil meneguk air kasar.
"Eh, Jelita letak garam macam selalu Jelita masaklah, mungkin lidah abang tu kot..." Jelita membalas dengan ada lembut.
"Kau nak complain pasal lidah aku? eh kau tu yang tak pandai masak, makin lama makin tak berguna kau ni, pasal anak dalam perut kau tu, gugurkan dia," sebaris ayat itu buat Jelita terus pekup telinga Qamara erat, supaya perbualan mereka tidak didengari oleh Qamara.
"Qama, pergi makan dekat depan boleh? ibu nak cakap dengan ayah kejap sayang..." bisik Jelita perlahan dan Qamara hanya mengeluh lalu menurut.
Sebaik sahaja kelibat Qamara sudah menjauh dari dapur Jelita terus memandang wajah Hisyam yang tidak merasa bersalah mengatakan perkataan yang tidak sepatutnya dihadapan Jelita.
"Kenapa abang cakap macam tu depan Qamara? gugurkan anak kita? tapi kenapa? ni anak abang, anak kita," Jelita menyentuh perutnya, tidak sampai hati dia mahu buat begitu.
"Ada kau dengan anak kau yang satu tu pun dah menyusahkan aku untuk nak sara, kau nak tambah lagi satu? aku bagi arahan untuk kau gugurkan budak tu, siapa suruh kau mengandung?" Hisyam mengangkat keningnya.
"Ini rezeki dari Allah abang...bukti cinta kita, kenapa abang sanggup suruh Jelita gugurkan anak kita, dah lama Jelita nakkan anak kedua, dan sekarang Allah dah bagi, takkan kita nak sia-siakan rezeki ni?" balas Jelita mempertahankan kandungannya.
Hisyam ketawa.
"Cinta? kau ingat aku buat demi cinta? eh, kau tu hak untuk aku sentuh pada bila-bila masa aku nak dan bila-bila masa aku boleh buat, tak yang sekarang ni, kau nak melawan arahan suami Kau ni kenapa? dah teringin sangat nak jadi bini derhaka? siapa patut kau patuh sebenarnya ni? aku ke tuhan?" soalan Hisyam buat Jelita istighfar panjang.
"Astaghfirullahalazim, walau abang tu suami Jelita, rezeki dari Allah tidak boleh kita tolak, gugurkan anak sama dengan kita membunuh dia, Jelita tak nak bunuh anak sendiri, ni anak kita," jawapan Jelita buat Hisyam mengepal tangannya geram.
"Aku cakap gugur, gugurkan jelah! ataupun aku sendiri yang akan bunuh budak dalam perut kau tu!" tangan dihempap ke atas meja dengan kuat.
"Kenapa? Jelita tak nak!"
"Sebab aku kena keluarkan duit untuk bela dia nanti! duit aku dah banyak habis sebab kau!" bentak Hisyam.
"Itu tanggungjawab abang sebagai seorang suami dan ayah, bukan tu yang abang janji masa kita kahwin dulu? mana janji abang untuk jadi lelaki yang bertanggungjawab? tapi mana janji tu! abang tipu!" Jelita berani membalas semula.
"Kau cakap sekali lagi, Jelita," Hisyam bangun dari kerusi.
"Abang penipu!"
Hisyam mengepal tangannya, amarahnya membuak-buak naik.
"Dasar isteri derhaka!" tangannya dilayangkan hinggap ke pipi Jelita.
"Kau sedar tak kau cakap siapa penipu? suami kau Jelita! aku ni suami kau!" sekali lagi pipi Jelita menerima tamparan dari Hisyam.
Tak cukup dengan tamparan kerusi tempat duduk Jelita dia tendang hingga Jelita jatuh bersama kerusi itu, tangannya melindungi perutnya.
"Kau memang meminta Jelita, aku minta kau gugurkan secara baik-baik kau melawan, sini, biar aku ajar kau," tali pinggang dia buka dan dilibas pada tubuh Jelita.
Jelita menjerit kesakitan.
"Ayah! Apa ayah buat dekat ibu ni, Ya Allah," Qamara berlari ke dapur sebaik mendengar jeritan ibunya dan terkejut saat melihat ibunya sudah meringkuk di atas lantai sambil dilibas oleh ayahnya.
"Kau jangan nak menyibuk! pergi masuk bilik sebelum tali pinggang ni hinggap dekat kau!" Jerkah Hisyam agak lantang membuat Qamara ketakutan melihat baran ayahnya yang sudah muncul.
"Ibu..." Qamara mengalirkan air mata melihat ibunya sedang berkerut menahan sakit.
"Masuk bilik Qama, ibu okey..." ujar Jelita perlahan.
"Okey kejadah kau! Hanah Qamara! masuk bilik sekarang!" tali pinggang itu dihempap pada lantai mengeluarkan bunyi yang kuat.
Qamara berlari dari dapur, dari sudut hatinya tidak sanggup membiarkan ibunya diseksa oleh ayahnya sendiri, jeritan dan rayuan ibunya masih terdengar.
Qamara meringkuk memeluk tubuh seraya membenamkan wajah ke lutut, tangisan dia hamburkan.
"Maafkan Qama ibu..." telinga dia pekup, dia tak sanggup dengar tangisan Ibunya yang cukup melukakan hatinya.
double update, happy reading n maaf klau bnyk kesalahan dan typo yang honey tak perasan yaa ;))
Share this novel