"Cik Tamara, Encik Gabriel Angelini perlu pembedahan segera, pertama kerana tisu tumor di dalam otak Encik Angelini semakin hari semakin membesar. Dan yang kedua kerana saya perlu berlepas ke Penang Malaysia lusa untuk satu conference kesihatan Sedunia, saya hanya akan kembali pada bulan depan. Saya tak nak tisu tumor Encik Angelini semakin membesar Hari ke hari"ujar Doktor Norman.
"Doktor jangan risau, saya akan sediakan duit untuk pembedahan tu secepatnya.
"Puan Mila, saya setuju dengan tawaran daripada Encik Russell "kata Tamara melalui telefon.
"Tapi... saya cuma nak minta RM 180,000 sebagai pendahuluan."kata Tamara.
"Ya, cik boleh datang ke pejabat Russell Corporation esok pagi ya"balas Mila.
Mila memberikan kontrak perjanjian kepada Tamara. Tamara membaca kontrak itu dengan hati hati.
Kontrak Perjanjian Surrogasi
Antara: Herman Russell (Pihak Pertama)
Dan: Tamara Angelini (Pihak Kedua)
Artikel 1: Matlamat Perjanjian
1.1 Pihak Kedua bersetuju untuk menjadi ibu tumpang kepada anak biologikal Pihak Pertama.
1.2 Anak yang dilahirkan adalah hak mutlak Pihak Pertama, dan Pihak Kedua tidak akan menuntut sebarang hak penjagaan selepas kelahiran.
Artikel 2: Tempoh dan Pelaksanaan Perjanjian
2.1 Tempoh kontrak ini berkuat kuasa dari tarikh ditandatangani sehingga 30 hari selepas kelahiran bayi.
2.2 Pihak Kedua diwajibkan menjalani semua pemeriksaan kesihatan, rawatan, dan proses persenyawaan seperti yang dipilih Pihak Pertama.
Artikel 3: Bayaran dan Faedah
3.1 Pihak Pertama bersetuju membayar jumlah RM500,000 kepada Pihak Kedua sebagai pampasan.
3.2 Pembayaran akan dilakukan secara:
a) Deposit awal sebanyak RM250,000 setelah kontrak ini ditandatangani.
b) Baki akan dilangsaikan dalam dua kali ansuran, bergantung kepada perkembangan kehamilan.
Artikel 4: Tanggungjawab Pihak Kedua
4.1 Pihak Kedua tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti berbahaya yang boleh memudaratkan kandungan.
4.2 Sebarang perjanjian atau keputusan berkaitan dengan bayi perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Pertama.
4.3 Pihak Kedua tidak dibenarkan berkahwin atau melibatkan diri dalam hubungan romantik sepanjang tempoh perjanjian.
Artikel 5: Hak Pihak Pertama
5.1 Pihak Pertama berhak untuk mendapatkan maklumat penuh berkaitan perkembangan kehamilan pada bila-bila masa.
5.2 Pihak Pertama berhak menentukan nama dan masa depan bayi selepas kelahiran.
Artikel 6: Penamatan Perjanjian
6.1 Perjanjian ini akan terbatal jika:
a) Pihak Kedua gagal memenuhi syarat kesihatan untuk kehamilan.
b) Pihak Pertama memutuskan untuk membatalkan perjanjian sebelum proses persenyawaan dimulakan.
6.2 Sekiranya berlaku pembatalan, deposit awal tidak perlu dipulangkan,
Artikel 7: Kerahsiaan
7.1 Kedua-dua pihak dilarang mendedahkan butiran perjanjian ini kepada mana mana pihak ketiga tanpa persetujuan bersama secara bertulis.
Penafian
Pihak Kedua dengan ini mengakui telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung dalam perjanjian ini tanpa sebarang paksaan.
---
Tandatangan:
---
(Herman Russell, Pihak Pertama)
---
(Tamara Angelini, Pihak Kedua)
"Bila saya boleh dapat duit tu Puan Mila,maaf saya bukan menggesa tapi saya terpaksa"ujar Tamara.
"Turunkan tandatangan you di kontrak tu Dan ini akan jadi milik awak"Mila menghulurkan sekeping cheque.
"Terima kasih "Tamara mengambil cheque Itu Dan ingin segera pergi ke hospital.
"Tamara, Mila memanggil kembali, ini alamat rumah Encik Russell, awak mesti pindah masuk Hari ini juga", Kata Mila.
"Secepat itu?"omel Tamara.
"Ya, seperti Yang termaktub dalam perjanjian."balas Mila.
"Saya nak balik Kemas pakaian dulu"ujar Tamara.
"Semua Pakaian you sudah disediakan Di Russell Residence "Kata Mila.
"Puan, betul ke saya langsung tak Ada hak atas anak itu nanti?"soal Tamara.
"Encik Herman tidak mahukan komitmen, jika Dia nak mencari isteri, puteri kerajaan Petra bersedia untuk meninggalkan kerajaannya demi Herman Russell, namun Herman cuma mengharapkan Ada seorang pewaris untuk mewarisi perniagaan keluarga, Dan Dia tidak mahu untuk mengambil anak angkat juga, tapi apa saya boleh pesan you boleh Cuba melembutkan hati Encik Herman, tapi jangan memaksa.
'Boleh tak saya memohon jawatan sebagai babysitter anak itu Bila sudah lahir?"soal Tamara.
"Babysitter anak Encik Herman sudah pun dipilih Dan dihantar untuk belajar Cara yang betul menjaga baby Russell, so I tak nak berjanji yang tidak pasti, Dan tolong setia Di sisi encik Herman,jangan tinggalkan Dia.
"Baiklah saya faham, tapi izinkan saya balik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ibu saya terlebih dahulu.
"Ya, alamat saya sudah Beri, pastikan tiba Di rumah itu sebelum waktu makan malam ya"pesan Mila.
Tamara mengangguk faham.
Tamara: "Ibu, saya nak cakap sesuatu..."
Puan Tanisha: "Kenapa nada suara kamu macam ada benda besar nak diberitahu ni? Cakaplah, Tamara. Jangan buat ibu risau."
Tamara: "Sebenarnya... Saya dapat peluang kerja baru, bu. Tapi, saya kena tinggal di luar buat sementara waktu."
Puan Tanisha: (terkejut) "Tinggal di luar? Kerja apa sampai kena berjauhan? Kenapa tak bincang dengan ibu dulu?"
Tamara: (cuba tenang) "Ini kerja sementara saja, bu. Tak lama pun Gajinya bagus dan boleh bantu kita bayar hutang-hutang. Saya rasa ini peluang yang saya tak boleh lepaskan, kerja inilah Yang Beri Kita Wang Yang mencukupi untuk pembedahan ayah bu"
Puan Tanisha: (merenung Tamara dengan penuh kerisauan) "Tamara, kamu tak pernah jauh dari rumah. Ibu tak mahu kamu terlibat dengan benda-benda pelik. Kamu tahu, dunia luar tu bukan semuanya indah."
Tamara: "Saya tahu, bu. Tapi saya dah fikir masak masak. Ini untuk masa depan kita. Kalau tak saya, siapa lagi yang nak tolong keluarga kita?"
Puan Tanisha: "Kalau begitu, di mana kamu akan tinggal? Dengan siapa? Kerja apa yang kamu buat sebenarnya?"
Tamara: (mengelak dari terlalu terperinci) "Saya tinggal di rumah majikan. Mereka baik, bu. Kerjanya lebih kepada urusan pejabat, bukan berat pun. Ibu tak perlu risau."
Puan Tanisha: (menarik nafas panjang) "Kamu pasti ini selamat? Ibu hanya nak pastikan kamu tak ada apa-apa masalah nanti. Kalau susah, balik rumah terus, ya?"
Tamara: (tersenyum sambil memeluk ibunya) "Saya janji, bu. Tak ada apa yang akan berlaku. Saya akan telefon ibu selalu, jangan risau, ya?"
Puan Tanisha: (mengusap rambut Tamara) "Baiklah, kalau itu keputusan kamu. Ibu hanya nak kamu bahagia. Tapi ingat, apa-apa pun, keluarga tetap nombor satu."
Tamara: "Terima kasih, bu. Saya janji tak akan sia siakan kepercayaan ibu."
Tamara tiba di Russell Residence tepat pukul 7 petang, seperti yang telah dijanjikan. Sebaik teksi Yang dinaikinya berhenti di hadapan pintu pagar besar yang terbuat daripada besi tempa, dia memandang kagum ke arah kediaman mewah yang menjulang di hadapannya. Rumah itu bagaikan
Seorang pekerja rumah membuka pintu pagar secara automatik, membiarkan Tamara masuk. Kantungnya berdegup kencang. Seorang lelaki berpakaian rapi menyambutnya di pintu masuk, memperkenalkan dirinya sebagai Alfred, kepala pelayan di kediaman itu.
“Selamat datang, Miss Angelini. Tuan Herman telah menunggu di dalam,” katanya sopan sambil membukakan pintu besar yang diperbuat daripada kayu jati berukir halus.
Tamara melangkah masuk ke ruang tamu yang luas dan elegan. Lampu chandelier kristal bergemerlapan di siling tinggi, sementara lantai marmar putih memantulkan kilaunya. Perabot mewah yang tersusun rapi memberikan suasana yang hangat tetapi penuh dengan kelas.
Seorang pembantu rumah menghampirinya dengan senyuman manis, membawa segelas jus oren segar. “Selamat datang, Miss. Jika ada apa-apa yang anda perlukan, jangan segan-segan beritahu kami,” katanya dengan nada ramah.
Tamara tergamam. Dia tidak pernah membayangkan akan dilayan seperti ini. Baginya, semuanya terlalu luar biasa. Dia hanyalah seorang gadis sederhana, tetapi malam itu, dia terasa seperti seorang puteri yang melangkah ke dunia dongeng.
Herman muncul dari arah ruang makan dengan senyuman menawan. Dia mengenakan kemeja putih yang digulung sehingga siku, menampakkan karisma santainya. “Saya harap perjalanan anda selesa. Anda okey, Tamara?” tanyanya lembut.
Tamara hanya mampu mengangguk perlahan. Dalam hati, dia tidak percaya dengan apa yang sedang dialaminya. Dunia Herman Russell terlalu jauh daripada kehidupannya yang biasa. Namun, di sebalik kekagumannya, dia tahu perjalanan ini baru bermula.
Malam itu, Tamara mengelilingi kawasan kediaman Russell sendirian.
'Maksud Puan Bella, tuan kita tu pernah ada kekasih dan hampir berkahwin? Kenapa dia tidak meneruskan perkahwinannya?' sayup-sayup Tamara mendengar dua orang pekerja Russell Residence sedang bercakap. Tamara menyorok untuk mencuri dengar.
'Tapi awak tahu tak kenapa mereka putus?' Salah seorang pekerja berbisik.
'Ya, sebab...' Sebelum ayat itu habis, langkah kaki seseorang semakin hampir ke arah Tamara."
jangan bosan bila selalu dapat notifikasi Che da update novel ok.
Share this novel