Linda memilih untuk melarikan diri ke sebuah kampung nelayan di Pulau Pangkor untuk menjalani kehamilannya dengan tenang, jauh dari hiruknpikuk kota dan perhatian Herman. Keputusan ini bukan sahaja untuk melindungi dirinya tetapi juga bayi yang sedang dikandung. Dia menyewa sebuah rumah kecil di tepi pantai, menjalani kehidupan sederhana dan bersahabat dengan penduduk tempatan.
Sementara itu, Herman yang risau dengan kehilangan Linda telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mencarinya. Namun, setiap usaha penyiasat itu menemui jalan buntu. Linda yang bijak merahsiakan identitinya menggunakan nama samaran, bahkan jarang sekali keluar dari kawasan kampung tersebut, kecuali untuk membeli barang keperluan di kedai kecil. Penduduk kampung yang menghormati privasinya juga tidak banyak bertanya.
Keindahan Pulau Pangkor menjadi latar yang menenangkan dalam hidup Linda, tetapi di sebalik ketenangan itu, rasa bersalah dan kerinduan terhadap Herman tetap menghantuinya. Dia hanya berharap keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk masa depan anaknya.
Namun, adakah Herman akan berhenti mencari? Atau mungkinkah takdir menemukan mereka kembali?
Linda tak pernah berhenti mengikuti perkembangan hidup Herman melalui media sosial menggunakan Akaun palsu.
Pegawai penyiasat melangkah masuk ke dalam pejabat dengan wajah tegang, jelas ada sesuatu yang tidak kena. Herman, yang sedang duduk di kerusi kulitnya sambil membaca laporan kewangan, mengangkat pandangan.
Pegawai Penyiasat : "Encik Russell, saya perlu laporkan... kami tidak berjaya menemui Linda. Seolah-olah dia hilang tanpa jejak."
Herman: (menghempas fail di tangannya ke meja dengan kuat) "Apa maksud awak 'hilang tanpa jejak'? Itu kerja awak! Awak dibayar untuk cari dia, bukan beri alasan!"
Pegawai Penyiasat: (menunduk, cemas) "Kami dah cari di semua lokasi yang berkaitan—alamat terakhirnya, kenalan terdekat, malah rekod perbankan dan komunikasi. Tapi semuanya kosong. Dia mungkin sengaja menyembunyikan diri, atau... ada orang lain yang melindunginya."
Herman: (berdiri, menjeling tajam ke arah penyiasat) "Orang lain? Maksud awak ada seseorang yang lebih hebat daripada saya untuk melindungi dia? Jangan buat saya ketawa."Dia cuma seorang bekas model Yang sudah tak laku".
Pegawai Penyiasat: "Kami akan teruskan pencarian, encik. Saya hanya perlukan lebih masa dan mungkin lebih sumber..."
Herman: (memotong dengan nada dingin) "Masa? Saya tak bayar awak untuk buang masa. Kalau awak tak boleh jumpa dia, saya akan cari pasukan lain yang boleh."
Pegawai penyiasat terkedu seketika, tetapi akhirnya mengangguk dan berundur perlahan keluar dari pejabat.
Herman kembali duduk di kerusinya, matanya merenung jauh ke arah tingkap besar. Tangannya mengetuk meja dengan irama perlahan tetapi penuh tekanan.
Herman: (berbisik sendirian) "Linda... apa sebenarnya yang kau cuba sembunyikan? Tak kira di mana kau berada, aku akan jumpa kau. Cepat atau lambat."
Lampu di pejabat itu memancar suram, seiring dengan keputusan Herman untuk tidak menyerah kalah, apa pun caranya.
Herman Russell termenung di ruang pejabatnya yang moden tetapi sunyi. Jarang sekali lelaki berusia 35 tahun itu memikirkan sesuatu yang tidak melibatkan perniagaan, tetapi kali ini, fikirannya melayang jauh. Keinginannya untuk memiliki anak semakin kuat, tetapi komitmen untuk berkahwin tidak pernah menjadi satu pilihan.Ada sesuaru Yang Herman tidak suka dengan institusi keluarga.
“Mila, masuk sekejap,” panggil Herman melalui interkom.
Tidak sampai satu minit, Mila, pembantu peribadi yang telah berkhidmat dengannya selama bertahun-tahun, muncul di pintu.
“Ya, Encik Herman?”
Herman menghela nafas perlahan, sesuatu yang jarang dilakukannya di hadapan orang lain.
“Aku perlukan bantuan. Aku nak cari calon ibu tumpang, tapi aku tak tahu dari mana nak mula.”
Mila tersenyum kecil, cuba menyembunyikan keterujaan. “Kenapa tidak guna aplikasi dating? Ia lebih cepat dan… fleksibel.”
“Aplikasi dating?” Herman mengerutkan dahi. “BB ukankah aplikasi Itu untuk aku cari pasangan. Aku nak cari seseorang yang boleh aku percayai.”
“Percayalah, Encik Herman. Dunia sekarang berbeza. Banyak wanita gunakan aplikasi itu untuk cari peluang, bukan cinta,” jawab Mila yakin. “Saya boleh tolong Encik Herman buat profil.”
Herman memikirkan seketika sebelum mengangguk.
"Please help me to create a profile"Kata Herman.
"Ok, now pose for me, I need your photo to create the new account.
"I had sent you my photo, please use it wisely"pesan Herman.
Mila membuka aplikasi messenger untuk melihat gambar Herman.
"Ok, I pilih gambar Encik Herman bersandar pada Bugatti Dan berlatarkan rumah again you ni ok, perempuan materialistik pasti akan segera nenghubungi Encik Herman"ujar Mila.
"Up to you , but please do not disclose my contact number "pesan Herman.
Di sebuah hospital awam yang sederhana, Tamara Angelini menggenggam erat tangan ayahnya yang sedang terbaring lemah. Doktor baru saja keluar dari bilik, memberikan berita yang menghantui fikirannya.
“Pembedahan perlu dilakukan segera. Tanpa pembedahan, keadaan ayah awak boleh jadi lebih teruk, tumor otaknya semakin mengganas"kata doktor tadi.
Namun, jumlah kos pembedahan itu seperti mustahil untuk Tamara kumpulkan dalam masa terdekat.
RM 180,000.00.
“Ibu… macam mana kita nak cari duit?” soal Tamara sambil menahan tangis.
Ibunya, seorang wanita sederhana berusia pertengahan 50-an, menarik nafas panjang. “Kita tiada pilihan lain, Tamara. Ibu tak bejerja, Awak kena cari jalan. Kalau kita tunggu, mungkin semuanya terlambat, duit pencen ayah pun tak sebanyak itu Mara."Kata Fatimah.
Tamara melangkah keluar dari hospital dengan langkah berat. Di sudut kecil hatinya, dia tahu dia perlu bertindak segera. Tiba tiba, telefon pintarnya berbunyi. Sebuah notifikasi dari aplikasi dating yang baru dimuat turun oleh kawannya beberapa minggu lalu.
Dia membuka aplikasi itu tanpa niat serius. Tetapi satu profil menarik perhatiannya. Gambar seorang lelaki kacak dengan kapsyen ringkas tetapi jelas:
“Mencari sesuatu yang istimewa. Serius sahaja, Bayaran menarik."
Tamara meneliti profil itu dengan perasaan bercampur baur. Di penghujung profil, terdapat nombor telefon yang ditinggalkan.
“Mungkin ini peluang,” bisiknya perlahan. Dengan hati yang berat, dia mendail nombor tersebut.
"Hello, saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan di aplikasi "Pick up" ujar Tamara.
"Ok, begini cik,jika berminat boleh datang ke pejabat Russell Corporation esok pagi jam 10"ujar Mila , itulah syarat Herman untuk melihat calon ibu tumpang sebelum meneruskan tawarannya.
Tamara melangkah masuk ke lobi Russell Corporation dengan pakaian formal sederhana—blazer hitam dan skirt pensil—yang memberikan aura profesionalisme. Tangannya menggenggam erat fail berisi dokumen peribadinya, cuba menenangkan debaran di dada.
Tamara diminta menunggu di sofa lobby sehingga namanya dipanggil.
Mila, pembantu peribadi Herman, menyambutnya dengan senyuman kecil tetapi tidak dapat menyembunyikan tatapan menilai.
Mila: "Cik Tamara Angelini?"
Tamara: "Ya, itu saya."
Mila: "Sila ikut saya. Tuan Herman ingin melihat calon secara langsung sebelum kita teruskan dengan temu ramah ini."
Tatapan Tamara sedikit berkabut dengan rasa ingin tahu. Apakah maksud "melihat calon"? Bukankah ini temu ramah pekerjaan? Dia mengikut Mila ke arah lif tanpa bertanya banyak, hanya menumpukan perhatian pada langkah kaki yang berderap di lantai marmar dihadapannya.
Setibanya di tingkat 32, Mila membuka pintu kaca besar yang menghala ke ruang pejabat Herman. Lelaki itu sedang berdiri membelakangi mereka, menghadap pemandangan kota yang membentang luas di luar tingkap.Empat calon sebelumnya tidak memberikan impresi Yang baik.
Mila: "Tuan Herman, ini Tamara Angelini. Calon yang terakhir untuk hari ini."
Herman perlahan berpaling. Pandangan mata kelabu birunya menikam terus ke dalam jiwa Tamara, seolah-olah sedang mengimbas dan menilai segalanya. Dia mengangguk kecil, memberi isyarat agar Mila keluar dan meninggalkan mereka berdua.
Herman: "Duduk."
Tamara mengangkat kening, sedikit terkejut dengan nada tegas lelaki itu, tetapi dia menuruti tanpa banyak soal.
Herman: "Jadi, kenapa awak berminat dengan tawaran ini?"
Tamara teragak-agak, sebelum menjawab dengan tenang.
Tamara: "Saya diberitahu ia adalah satu peluang... dan dengan bayaran yang menarik."
Herman tersenyum tipis, hampir sinis.
Herman: "Bayaran menarik? Itu sahaja motivasi awak?"
Tamara menarik nafas panjang, merasa seolah-olah sedang dihakimi.
Tamara: "Tidak sepenuhnya. Saya percaya setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan, termasuk Tuan. Jika saya boleh bekerja demi untuk membantu keluarga saya , kenapa tidak?"
Herman terdiam sejenak, tidak menyangka jawapan itu. Ada sesuatu tentang wanita ini yang menarik perhatiannya—kesederhanaannya, keyakinannya, atau mungkin keberaniannya untuk menjawab tanpa rasa takut.
Herman: "Baiklah, Mila akan uruskan butiran lanjut. Saya akan pertimbangkan."
Tamara berdiri, sedikit bingung tetapi lega temu ramah itu berakhir. Namun, sebelum dia melangkah keluar, suara Herman memanggilnya semula.
Herman: "Tamara."
Tamara: "Ya?"
Herman: "Saya mahu awak faham satu perkara. Ini bukan sekadar kontrak kerja. Ini tentang kepercayaan. Jangan kecewakan saya."
Tamara mengangguk perlahan, walaupun hatinya berdebar. Dia tahu ini adalah permulaan sesuatu yang akan mengubah hidupnya selamanya.
"Betul ke apa Yang Aku buat ni, isy.. mereka bukan nak Minta Aku membunuh orang Kan?"fikir Tamara.
Share this novel