BTS03-Keputusan.

Drama Completed 6585

Herman Russell memandang Mila dengan teliti, mendengar setiap kata kata yang diucapkannya. Wanita berusia pertengahan tiga puluhan itu adalah orang kepercayaannya, pengurus sumber manusia sekaligus pembantu peribadinya yang sentiasa memastikan apa saja yang melibatkan Herman berjalan lancar. Tetapi kali ini, Mila kelihatan lebih serius dari biasa.

“Dari lima calon yang datang tadi, empat orang hanya mahu hidup mewah tanpa bekerja. Mereka menghubungi saya selepas melihat iklan yang kita pasang. Semua alasan mereka terlalu cetek, Herman, mereka juga bertanya jika mereka akan tinggal Di rumah agam yang besar Dan akan menerima Bugatti sebagai hadiah, Hanya Tamara yang nampaknya benar benar memerlukan bantuan,” ujar Mila, sambil mengatur fail fail di mejanya, Dan saya dah siasat, bapa Tamara sekarang sedang dirawat dihospital kerana brain tumor Dan memerlukan RM 180,000 untuk pembedahan itu"ujar Mila.

Herman menyandarkan tubuhnya ke kerusi, memandang keluar tingkap pejabat yang menawarkan pemandangan indah bandar raya Kuala Lumpur. Pemikirannya bercelaru. Ini bukan kali pertama dia mencari calon ibu tumpang, tetapi kali ini dia merasakan keputusan ini lebih berat daripada sebelumnya.

“Apa yang buat kamu rasa Tamara berbeza?” tanya Herman akhirnya, suaranya perlahan tetapi penuh minat.

Mila menghela nafas sebelum menjawab. “Dia kelihatan benar benar terdesak, Herman. Dia perlukan duit untuk membiayai kos pembedahan tumor otak bapanya. Dia bukan mencari kemewahan. Dia hanya mahu menyelamatkan nyawa orang yang paling penting dalam hidupnya.” Tamara Ada bertanya bila secepatnya Dia boleh terima bayaran kerana Dia perlu membuat bayaran kos pembedahan itu dengan segera.

Herman diam. Kata kata Mila mengingatkan dia pada masa lalu, pada pengalaman pahit yang hampir menghancurkan keyakinannya terhadap manusia. “Kamu masih ingat Linda?” soalnya perlahan, matanya kembali fokus pada Mila.

Mila mengangguk. “Tentu saja, Herman. Itu sebab saya beritahu kamu supaya berhati hati. Linda menerima wang kamu dan kemudian hilang begitu saja. Kamu tak boleh biarkan perkara itu berulang lagi.”

“Tapi Tamara bukan Linda,” Herman menyahut, sedikit keras. Dia bangkit dari kerusinya, berjalan ke arah meja kaca di sudut bilik. Di situ terdapat foto arwah ibunya, tersenyum dalam bingkai perak. “Saya boleh rasa, Mila. Dia lain.”

Mila memandang Herman dengan raut wajah skeptikal. “Awak yakin? Atau ini hanya firasat awak yang mungkin salah?”

“Saya yakin,” Herman menjawab tegas. Dia berpaling, matanya bersinar dengan keazaman. “Sediakan kontrak untuk Tamara. Panggil dia ke pejabat. Saya mahu perkara ini selesai, Dan Mila, Bayaran dibahagikan kepada tiga Kali ansuran, 50% advanced setelah Amara menandatangani Kontrak dan ansuran kedua setelah Dia disahkan mengandung Dan sepenuhnya setelah Dia melahirkan, secepatnya Tamara perlu berpindah masuk ke Russell Residence"ujar Herman.

Mila mengangguk perlahan, masih bimbang dengan keputusan Herman. Tetapi dia tahu tiada guna membantah. Herman Russell adalah lelaki yang sukar dipujuk apabila dia sudah membuat keputusan.

Keesokan harinya, Tamara Angelini melangkah masuk ke bangunan megah Russell Corporation. Dia memandang sekeliling dengan kagum, tetapi hatinya masih berdebar debar. Dia tidak tahu mengapa Herman Russell memanggilnya semula selepas sesi pemilihan itu.

Setelah dibawa masuk oleh seorang pembantu, Tamara akhirnya duduk di hadapan Herman. Lelaki itu memandangnya dengan ekspresi yang sukar ditafsirkan.

“Terima kasih kerana datang, Tamara,” ujar Herman, nada suaranya tenang.

Tamara mengangguk perlahan. “Boleh saya tahu mengapa saya dipanggil?”

Herman menarik nafas panjang sebelum menjawab. “Saya mahu menawarkan sesuatu kepada kamu, sesuatu yang mungkin akan mengubah hidup kamu.”

Tamara memandangnya dengan penuh tanda tanya. “Apa yang encik maksudkan?”

“Saya sedang mencari seorang ibu tumpang,” Herman menjelaskan. Dia cuba memastikan suaranya tidak bergetar. “Saya tahu ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya percaya kamu adalah calon yang sesuai. Dan sebagai balasan, saya akan memberikan kamu jumlah wang yang cukup untuk membiayai rawatan bapa kamu.”

Tamara terdiam. Jantungnya berdegup kencang. Tawaran itu terlalu besar untuk ditolak, tetapi dia tidak dapat menahan diri daripada merasa curiga.

“Saya perlu tahu lebih lanjut,” kata Tamara akhirnya. “Apa sebenarnya yang encik mahukan dari saya?”

Herman tersenyum tipis. Dia menghormati keberanian Tamara untuk bertanya. “Saya mahu kamu menjadi ibu kepada anak saya. Saya akan memberikan segala sokongan yang kamu perlukan sepanjang proses ini. Tetapi sebagai ibu tumpang, hubungan kita akan kekal profesional. Tidak lebih dari itu.”

Tamara menggigit bibirnya. Tawaran itu mengiurkan, tetapi ia juga menakutkan. Dia tidak pernah membayangkan dirinya berada dalam situasi seperti ini.
"Maksud encik saya perlu menjaga dan merawat anak encik sebagai seorang ibu?"soal Tamara.

"Setelah awak menandatangani Kontrak bersama Kami, awak akan berpindah ke rumah saya Dan Kita akan melakukan hubungan suami isteri sehingga awak mengandung, "Kata Herman.
"Kalau saya tak mengandung?"soal Tamara.
awak perlu mengembalikan semua wang Yang Kami bayar dan awak boleh kembali ke rumah ibu bapa awak semula"balas Herman.

“Boleh saya minta masa untuk berfikir?” Tamara bertanya, nada suaranya sedikit goyah.

Herman mengangguk. “Sudah tentu. Kamu boleh mengambil masa yang kamu perlukan. Tetapi saya harap kamu faham bahawa keputusan ini tidak boleh ditangguhkan terlalu lama.”

Tamara mengangguk sebelum bangkit dari tempat duduknya. Dia melangkah keluar dari pejabat dengan fikiran yang bercelaru, masih tidak percaya dengan apa yang baru saja berlaku.

Setelah Tamara pergi, Herman memandang Mila, yang berdiri di sudut bilik.

“Dia perlukan masa,” kata Herman perlahan.

“Tapi masa bukan sesuatu yang kita ada banyak, Herman,, project Di Bahamas memerlukan sepenuhnya perhatian awak, tahun depan awak akan sibuk Dan tiada masa untuk memberikan perhatian kepada ibu tumpang Dan bakal bayi awak” balas Mila. “Apa yang awak mahu saya lakukan?”

Herman merenung ke arah pintu yang baru saja dilewati Tamara. Dia tahu dia tidak boleh memaksa, tetapi dia juga tidak boleh membiarkan peluang ini berlalu begitu saja.

“Pastikan dia bersetuju, Mila,” katanya akhirnya. “Lakukan apa saja yang perlu.”

Mila mengangguk, sudah memahami tanggungjawabnya. Dia tahu apa yang perlu dilakukan, walaupun tugas ini akan menjadi satu cabaran.

Tamara menuju ke sebuah coffee shop uenama tempatan Yang Dia lihat sewaktu menuju ke pejabat Russell Corporation pagi tadi. setelah memesan secawan latte, Tamara duduk di sebuah kerusi. Dia menghubungi ibunya.
"Ibu, ayah bagaimana?"soal Tamara.
"Nurse dan doktor beritahu,semalam ayah kena serangan sawan, tapi pagi ni dah stabil.
"Macam mana boleh kena serang sawan bu?"soal Tamara.
"Doktor Norman kata, pesakit yang mempunyai tumor otak boleh mengalami sawan dan ini situasi yang biasa. Sawan adalah salah satu gejala yang sering berlaku dalam kes tumor otak. Penyebab utama sawan pada pesakit tumor otak ialah kerana tekanan pada tisu otak, hal ini berlaku kerana tumor yang tumbuh di otak boleh menekan tisu otak sekeliling, mengganggu fungsi normal sel saraf (neuron) dan menyebabkan aktiviti elektrik yang tidak normal, yang membawa kepada sawan. Doktor gesa agar pembedahan dipercepatkan"ujar Puan Tanisha.
"Ibu Mara call ni nak tanya, what if Mara mengandung sebelum berkahwin?"soal Tamara.
"Mara, agama kita tak melarang dan tidak menggalakkan tentang kehamilan sebelum perkahwinan namun masyarakat kita akan menghukum kita tentang masalah moral.,"balas Puan Tanisha Angelini.
Mendengar jawapan daripada ibunya Tamara siap dengan jawapan yang perlu diambil.

Azam tahun baru 2025 Che da ialah satu novel Baru setiap Bulan, lama Kan Che da bercuti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience