“Linda, tawaran ini bukan untuk semua orang. Saya perlukan seseorang yang komited, memahami perjanjian ini dan sanggup patuh kepada setiap syarat yang ditetapkan,” ujar Herman Russell sambil merenung wajah wanita di hadapannya. Suaranya tegas tetapi masih berlapik.
Linda tersenyum kecil, jemarinya memutar cawan kopi di atas meja. “Saya faham, Herman. Awak nak saya jadi ibu tumpang untuk anak awak, dan saya setuju. Saya dah baca kontrak awak. Saya boleh buat ini.”
Herman menghela nafas lega. Akhirnya, selepas pencarian panjang, dia menemui seseorang yang bersedia untuk menerima tawaran ini. Linda adalah kenalan daripada seorang rakan kerja.
“Bagus. Kalau begitu, kita mulakan proses secepat mungkin. Saya perlukan kerjasama penuh daripada awak sepanjang sembilan bulan ini.”
Linda mengangguk, tetapi dalam matanya ada sesuatu yang Herman tidak dapat baca—sesuatu yang hampir kelihatan seperti harapan.
"Boleh saya tahu bagaimana caranya awak nak buat saya mengandung?, IVF?"soal Linda.
"No Linda, jangan kolot sangat,Kita akan ikut cara biasa dilakukan oleh sepasang suami isteri, are you ready now?"soal Herman.
"Now, you mean we are going to sleep together now, that soon?"Linda menggelabah.
"Ada masalah ke?"soal Herman.
Tiga bulan kemudian.
Linda tersenyum melihat hasil pregnancy test ditangannya. positive.
"Let's go baby, Kita nak pergi collect duit ni"Kata Linda.." mengusap perlahan perutnya Yang Masih rata.
"Herman, I just came here to show you this, now give me my money"Kata Linda.
"Ok, Mila, tolobg sediaian check sebanyak RM 2 juta atas nana Linda"arah Herman.
“Awak serius?” suara Linda bergema di pejabat Herman. Dia berdiri di hadapan mejanya, tangannya menggenggam surat perjanjian kontrak mereka.
“Saya dah jelaskan dari awal, Linda,” balas Herman dengan nada dingin. “Perjanjian kita tak ada kena mengena dengan hubungan peribadi. Ini perjanjian profesional.”
“Tapi saya cintakan awak, Herman!” Linda memotong dengan suara penuh emosi. “Saya dah lakukan semua yang awak minta, dan sekarang saya hanya minta satu perkara—nikahi saya. Bukankah lebih baik anak ini dibesarkan dalam sebuah keluarga?”
Herman bangun dari kerusinya, menatap Linda dengan wajah tidak beremosi. “Linda, saya hargai apa yang awak buat, tapi saya tak pernah janji apa apa selain daripada kontrak ini. Saya tak mencari isteri. Kalau awak tak boleh patuh kepada perjanjian kita, saya rasa kita tak perlu teruskan.”
Air mata Linda mengalir. Dia menggelengkan kepala, melemparkan dokumen ke meja sebelum berlari keluar dari pejabat.
Linda memandang cermin besar di bilik utama rumah mereka, matanya kosong. Selama ini, dia fikir dia mampu bertahan. Herman Russell—lelaki yang dia sangka akan memberikan kebahagiaan—hanya membawa luka. Cinta yang pernah menyala kini kelihatan seperti bara yang hampir padam. Dia tahu, keputusan ini akan memusnahkan segala yang pernah mereka bina.
Di atas meja solek, sebuah sampul surat berisi surat perpisahan yang ditulisnya malam tadi terletak di sisi botol minyak wangi kegemarannya. Tangannya menggigil ketika dia menulisnya, tetapi hatinya tetap yakin.
Linda melipat surat itu kembali dan menarik nafas dalam dalam. Pagi ini, Herman sudah keluar awal, seperti biasa. Dia tahu jadual lelaki itu seperti hafalan di kepala. Perjalanan ke pejabat, mesyuarat sepanjang hari, dan malam yang sibuk dengan minuman bersama klien atau rakan sekerja. Dia memilih pagi ini kerana tahu tiada siapa akan menghalangnya.
Dia membuka almari pakaian, mengeluarkan beg kulit kecil yang sudah diisi dengan pakaian asas dan beberapa barang berharga. Tidak banyak, cukup untuk memulakan kehidupan baru di tempat lain. Di bawah timbunan pakaian, dia menarik keluar kotak kecil berisi wang tunai yang selama ini dia simpan secara rahsia. sudah pastikah itu duit bulanan dari Herman. Check berbikai RM 2 juta disimpan rapi ke dalam purse miliknya.
Ketika kakinya melangkah keluar dari bilik, setiap bunyi roda beg luggage nya bergerak—membuatkan jantungnya berdegup laju. Dia tahu ini salah, tetapi dia sudah tiada pilihan. Hidup bersama Herman bukan lagi hidup yang dia inginkan.
Linda berhenti seketika di depan pintu. Pandangannya jatuh pada potret mereka berdua yang tergantung di ruang tamu. Gambar kenangan mereka ketika bercuti ke Macedonia. Persis honeymoon sepasang suami isteri.
"Maafkan aku, Herman. Tapi ini yang terbaik untuk kita." Kata Linda mengelus pipi Herman di Dalam gambar bersaiz besar itu.
Dia menutup pintu dengan perlahan, memastikan tiada bunyi yang mencurigakan. Linda menapak ke arah teksi yang sudah menunggunya di tepi jalan. Destinasinya? Tidak pasti. Yang pasti, dia perlu lari sejauh mungkin dari lelaki itu.
Herman, yang sedang memandu ke pejabat, tiba tiba dihantui rasa tidak tenang. Fikirannya berkecamuk. Dia tidak tahu kenapa, tetapi sesuatu tentang pagi ini terasa berbeza. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering. Dia melihat nama Linda tertera di skrin. Tetapi, apabila dia menjawab, tiada suara. Hanya kesunyian.
"Linda? Are you there?" tanyanya, suaranya sedikit keras. Tetapi panggilan itu dimatikan tanpa sebarang kata.
Herman mengerutkan dahi. Tangannya menggenggam erat stereng, hatinya mula resah. "Apa yang kau sembunyikan daripada aku, Linda?"Kenapa kau berubah?"fikir Herman
Linda, yang sedang duduk di dalam teksi, menutup telefon bimbitnya. Dia tahu Herman akan mencari, tetapi kali ini dia bertekad untuk tidak kembali.
Linda menoleh ke belakang melalui cermin sisi teksi. Rumah besar itu semakin kecil dalam pandangannya, tetapi beban di hatinya semakin berat. Air matanya mengalir perlahan, namun dia menutup wajahnya dengan tangannya, berusaha keras untuk kelihatan tabah di hadapan pemandu teksi.
"Ke mana, puan?" tanya pemandu itu, suaranya lembut.
Linda menelan liur. Dia tidak pasti. Hanya satu perkara dalam fikirannya sekarang—dia perlu pergi sejauh mungkin.
"Stesen bas," jawabnya akhirnya.
Teksi itu memecut laju ke jalan raya utama, tetapi Linda tidak tahu bahawa sebuah kereta hitam, dengan lampu tinggi yang menyilaukan, sedang mengekori mereka dari jauh.
---
Herman membuka pintu rumah dengan tergesa-gesa. Tangannya masih menggenggam telefon yang dia cuba hubungi Linda berulang kali, tetapi setiap kali panggilan itu hanya dihantar ke mel suara.
“Linda?” panggilnya, suaranya bergema di ruang tamu yang sunyi.
Tiada jawapan.
Langkahnya terhenti apabila dia ternampak sesuatu di atas meja solek—sampul surat putih yang terletak bersebelahan minyak wangi kegemaran Linda. Dengan tangan yang bergetar, dia mengambilnya dan mula membaca.
Semakin dia membaca, wajahnya berubah. Matanya tajam, rahangnya mengetap. Surat itu jatuh ke lantai, tetapi kata-kata Linda terus terngiang di fikirannya.
"Aku pergi, Herman. Jangan cari aku."
Herman mengangkat kepala, matanya merah menyala. “Jangan cari kau? Kau fikir aku akan biarkan kau pergi begitu saja?”
Dia mengambil telefon bimbitnya, mendail nombor seseorang, suaranya dingin ketika bercakap.
"Dia dah tinggalkan aku. Cari dia... Sekarang juga."
Hai che da dah kembali, disebabkan Che da tak mungkin dapat pulih maka Che da ambil keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai penulis novel di np saja, terima kasih kepada anda yang sudi menyokong Che da, so apa impian tahun baru anda semua?
Share this novel