BAB 10- Derita yang menjalar.

Romance Completed 65

Hari-hari di kampung yang sebelum ini tenang kini berubah menjadi sepi yang menyakitkan. Wani duduk di sudut ruang tamu rumah Athirah, tubuhnya semakin susut dan wajahnya semakin pucat. Dia sering termenung, matanya kosong, seolah-olah menanggung sesuatu yang hanya dia dan Tuhan saja tahu.

“Emak…” panggil Athirah lembut sambil mengelap dahi emaknya dengan kain basah.

Wani mengangkat kepala sedikit, cuba tersenyum, tetapi senyuman itu hambar dan lemah.

“Mak tak apa-apa,” katanya, seperti biasa.

Namun Athirah tahu, itu hanyalah helah seorang ibu yang tidak mahu anaknya risau.
Sejak beberapa hari lalu, Wani sering sakit perut, tubuh menggigil tanpa sebab, kulit timbul bintik merah,gatal dan panas.Paling membimbangkan, dia tidak berselera makan. Suami Athirah sudah merawat Wani, dan dari situlah mereka mula yakin ada energi yang negatif sedang mengganggu Wani.

Lebih menyedihkan, bukan Wani sahaja yang terkena. Athirah sendiri mula mengalami sakit kepala yang berlarutan, tubuh terasa berat seolah-olah ada sesuatu yang menindih.

Dan Ain… wajahnya mula dipenuhi jerawat yang timbul secara tiba-tiba. Jerawat itu bukan seperti biasa. Ia merah, bernanah, dan semakin hari semakin banyak.

“Saya rasa macam ada yang tak kena, aunty,” kata Ain perlahan.

Athirah memeluk bahu anak saudaranya itu. “Ain kuat. Jangan takut. Kita ada Allah.”

“Kenapa mama sanggup buat nenek macam ni?” suara Ain tersekat-sekat.

Athirah menggeleng, menahan air mata. “Dendam boleh butakan hati, Ain. Tapi kita tak boleh biar nenek terus begini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience