KEESYA AMANDA berjalan perlahan-lahan di sepanjang koridor rumah sakit jiwa, matanya menyelidik setiap sudut dengan penuh perhatian. Di sekelilingnya, suara langkah kaki dan suara bisikan para jururawat terdengar samar tetapi dia tidak peduli. Dalam fikirannya, hanya ada satu tujuan iaitu untuk keluar dari sini. Dia mengamati setiap pintu. Setiap laluan untuk mencari jalan keluar. Tangannya kadang-kadang menyentuh dinding, seolah-olah cuba mengingatkan dirinya tentang setiap arah yang boleh membawanya ke kebebasan. "Tiada siapa akan tahu," bisik Keesya Amanda pada dirinya sendiri, matanya menyipit. "Mereka semua terlalu sibuk dengan tugas mereka, mereka tak akan sedar apa yang aku lakukan,” ujarnya umpama pesakit ...