CINTA SEJATI 8-perbincangan assignment.

Family Series 1261

Lokasi: John C. Hodges Library.
Vilia Hayati duduk di dalam dewan perbincangan di library milik University of Tennessee ni. Menghadap lakaran awal rekaan kebaya moden yang menjadi tugasan utamanya untuk semester ini. Dia mengetuk hujung pensil ke meja, memikirkan bagaimana caranya menggabungkan elemen tradisional dan moden ke dalam satu pakaian yang dapat menggambarkan keindahan budaya Melayu dan Cina.

"Hi Vee dah lama tunggu?"soal Harith

"Tak lama sangat, sempat la I draft satu rekaan baru ni"balas Vilia.
"Wah. kebaya, you pasti nak pasarkan kebaya Vill? Kita sekarang Ada Di USA, bukan Di Asia tenggara?"soal Harith.

"Aku tahu rekaan kau ni cantik, tapi tak cukup kalau tak ada cara nak jual,” kata Harith, rakan sekelasnya dalam jurusan pemasaran yang telah ditugaskan untuk bekerjasama dengannya.

Vilia mendongak dan tersenyum tipis. “Aku mengaku aku tak pandai bab-bab pemasaran ni. Sebab tu aku perlukan kau.”

Mereka memulakan perbincangan serius, membincangkan idea bagaimana untuk menjadikan kebaya moden itu bukan sekadar pakaian, tetapi simbol budaya yang berpotensi menarik perhatian global.

"Well Kebaya ni adalah lambang budaya Di Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei Dan selatan Siam tahu tak, so Aku fikir dengan sedikit sentuhan moden, kebaya mampu menjadi dress kegemaran Di seluruh dunia. for your info I Ada darah Baba nyonya Dari keturunan china my mom Dan darah melayu Dari my dad. Selalunya kan kebaya menggunakan butang dibahagian hadapan Baju but Kali ini Aku nak cipta kebaya dengan hidden zip Di bahagian belakang dress. Untuk kain Pula I nak buat Kain Gaya mermaid. untuk cadangan Fabric Pula, I cadangkan Kita gunakan gabungan Fabric untuk Kebaya Warisan Asia ni.
Kain Utama : Satin silk untuk blouse kebaya.

manakala untuk perincian Tradisional Kita Gunakan lace atau songket moden untuk kolar, lengan, Dan hem.

Bagi menyematkan element Asia,I fikirkan cetakan batik atau sulaman bunga teratai pada kain chiffon atau organza."ujar Vilia.
"Well I setuju dengan idea you tu, Kita namakan dress ni East meets West Kebaya.kalau begitu untuk tujuan promosi, Aku cadangkan untuk join acara Malaysian Week yang akan berlangsung di Knoxville, bulan hadapan. Sempat tak kau nak jahit beberapa pasang baju kebaya tu Vill?"soal Harith.
"Masa yang diperlukan untuk menyiapkan sepasang kebaya bergantung pada beberapa faktor, termasuk jenis kebaya, reka bentuk, bahan yang digunakan, dan tahap kerumitan jahitan secara umumnya.Kebaya Biasa atau Harian, oleh kerana reka bentuk yang lebih ringkas tanpa sulaman rumit boleh disiapkan dalam masa 3–5 hari jika dijahit oleh tukang jahit profesional. Bagi Kebaya Tradisional dengan Sulaman Halus pula Jika kebaya memerlukan sulaman tangan atau perincian seperti manik dan labuci, ia mungkin mengambil masa 2–4 minggu, bergantung kepada jumlah hiasan dan ketelitian kerja.

With my skill I am confident that I can do it within a day per set.so apa kata Kita target 50 pasang kebaya dulu.Kau dengar tak ni Dari tadi sibuk dengan camera jer"kata Vilia.
'I dengar Vill, I tengah ambil video you untuk buat video penghasilan kebaya ni, nanti bila you dah start menjahit I akan datang record."ujar Harith.

'Ok Har, I ada sepasang kebaya traditional untuk dipakai nanti.about the price, kalau Kita set harga USD 50 ok tak untuk satu set, I nak tambah terompah Dalam set kebaya ni juga, Kita anggap terompah Tu free gift. nanti I Minta my mom belikan terompah tu.

"Ok Vill I dengar tourism Malaysia akan mengadakan satu "minggu Malaysia tak lama lagi". Acara ini dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan budaya dan makanan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa terutamanya kepada nasyarakat Di America ni.

“Kita kena buat proposal untuk Tourism Malaysia. Kalau mereka setuju, kebaya ni bukan sahaja akan dipamerkan di sana, tapi mungkin juga jadi ikon budaya baru,” kata Harith penuh yakin.
Vilia teruja dengan cadangan itu. Mereka membahagikan tugas
Vilia akan menyiapkan lakaran dan menghasilkan kebaya dengan sentuhan moden, menggabungkan corak batik dan sulaman Cina seperti bunga teratai dan burung phoenix digabungkan dengan Kain organza dan lace

Harith pula akan menyediakan proposal pemasaran, termasuk strategi media sosial dan bagaimana pakaian itu boleh menarik perhatian generasi muda.

"Kebaya menjadi uniform rasmi peramugari untuk syarikat Malaysia Airlines Dan juga ingapore Airlines. betapa cantiknya peramugari Kita bila memakai kebaya, begitulah juga cantiknya orang ramai yang membeli Dan memakai kebaya."kata Vilia

"motto Kita ialah "bringing an ASEAN traditional outfit to the world " ujar Harith.
"Ok Har, let's work this together "

Vilia bekerja tanpa henti untuk menyiapkan kebaya yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal. Dia memilih kain sutera dengan campuran songket, mencipta potongan kebaya yang menampilkan siluet moden tetapi tetap mengekalkan elemen tradisional seperti sulaman halus di bahagian kolar dan lengan.Vilia menggunakan ukuran medium Dan large Dan beberapa pasang pakaian untuk kanak kanak. Vilia mulakan dengan baju top dahulu sebab dia bercadang untuk menjahit Kain menggunakan batik Jacquad kelantan.

“Kebaya ni kena ada elemen budaya, tapi jangan terlalu berat sampai orang muda rasa tak relevan,” jelas Vilia kepada Harith sambil menunjukkan lakarannya.

Harith, pula, sibuk mengumpulkan data dan menyiapkan pembentangan kepada Tourism Malaysia. Dia menekankan bagaimana kebaya ini boleh menjadi simbol penyatuan budaya di Asia Tenggara. “Kita boleh buat tema ‘Warisan yang Hidup,’ sebab kebaya ni bukan hanya tentang masa lalu, tapi tentang bagaimana ia terus hidup dalam dunia moden,” katanya.

Setelah Kerjasama dengan Tourism Malaysia selamatl beberapa minggu, mereka berjaya mempersembahkan idea mereka kepada pihak Tourism Malaysia. Harith membuka pembentangan dengan memperkenalkan konsep kebaya moden sebagai warisan budaya yang telah diubah untuk memenuhi selera masa kini.

“Rekaan ini bukan sahaja tentang pakaian, tetapi cerita yang mendalam tentang perpaduan budaya di Asia Tenggara,” katanya, sambil menunjukkan gambar lakaran kebaya Vilia di layar.

Pihak Tourism Malaysia teruja dengan idea itu dan bersetuju untuk menjadikannya salah satu tarikan utama di Malaysian Week. Mereka juga mencadangkan untuk menampilkan kebaya dalam sebuah segmen khas bersama tarian tradisional dan muzik gamelan.
Di bilik Yang lain Daniel sibuk mencatat perancangan Vilia Dan Harith. Victoria Pula berkerut dahinya kerana tidak memahami bahasa pertuturan Vilia Dan Harith itu. Semasa mereka berdua masuk ke perpustakaan itu mereka berdua melihat Harith masuk ke bilik perbincangan Dan mereka berdua Ingin mendengar perbincangan dari saingan mereka.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience