Daniel Ashram adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma, workaholic, dan tampan sehingga menjadi pujaan ramai wanita.
Sebagai CEO syarikat bapanya, Daniel dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang bijak dan berpengaruh. Di sebalik kejayaannya, dia jarang memberikan ruang untuk cinta, menjadikannya misteri bagi sesiapa yang ingin mendekatinya. Ketenangan dan ketegasan Daniel dalam setiap keputusannya menjadikan dia lelaki idaman, tetapi hatinya masih kosong, seolah-olah menunggu seseorang yang istimewa.
Vilia Hayati pula adalah wanita yang cantik seperti mawar berduri, bangkit dari kepayahan hidup dengan penuh keberanian. Dia kini mengejar impiannya dalam dunia rekaan fesyen. Walaupun perjalanan hidupnya penuh liku, Vilia berjaya menakluk dunia dengan idea-idea inovatifnya. Dia membuktikan bahawa tiada mimpi yang mustahil dicapai jika kita berani melangkah ke hadapan. Ketabahan dan kejayaan Vilia membuatkan dia disegani dan dicemburui, tetapi hatinya tetap teguh menjaga maruah diri dan impian.
Harith, seorang lelaki Melayu beragama Islam, adalah kenangan lama Vilia yang hampir menjadi cinta pertamanya. Harith dan Daniel pernah menjadi pesaing hebat di universiti, kedua-duanya bersaing untuk mencapai kecemerlangan akademik. Harith seorang lelaki yang sopan, bijak, dan penuh prinsip. Dia dan Vilia pernah berkongsi perasaan istimewa, tetapi Harith memilih untuk tidak bersama Vilia kerana perbezaan agama. Walaupun begitu, Harith masih menyimpan rasa hormat yang mendalam terhadap Vilia dan kagum dengan pencapaiannya.
Astrid Ryker Argento, seorang lelaki berdarah campuran Cina dan Itali, adalah pewaris keluarga berpengaruh di Itali. Dengan paras rupa yang menawan dan personaliti yang memukau, Ryker sering menjadi perhatian di mana-mana dia berada. Sebagai pewaris, dia memiliki keupayaan luar biasa dalam mengurus empayar keluarganya, menjadikan dia seseorang yang dihormati. Namun, di sebalik kehidupannya yang glamor, Ryker menyimpan banyak rahsia yang hanya diketahui oleh segelintir orang terdekat.
Nadya , seorang model baharu yang sedang mencipta nama di dunia peragaan, terlibat dalam satu sesi promosi iklan bersama syarikat milik Daniel. Dalam kolaborasi itu, Nadya terpikat dengan pesona Daniel yang memikat. Dia jatuh cinta pada lelaki itu, meskipun menyedari kehadiran ramai pesaing yang mengelilingi Daniel. Namun, bagi Nadya, hatinya hanya melihat Daniel sebagai seseorang yang mampu mengubah dunianya. Keluarga Nadya Yang liberal membenarkan Nadya memilih Daniel dari keluarga catholic untuk berkahwin Dan tidak kisah jika Nadya Murtad.
Intan, senior Vilia Dan teman wanita Daniel Di university, Intan sanggup melakukan apa Saja demi untuk menjadi isteri Daniel Ashram.
Maverick Argento, sepupu Dan pesaing Ryker untuk msrebut takhta sebagai pewaris keluarga Argento.
Takdir menjadi lebih menarik apabila Vilia, Daniel, Harith, Maverick Argento,Astrid Ryker, Intan dan Nadya terjerat dalam rangkaian konflik cinta, cita-cita, dan persaingan. Adakah perbezaan yang pernah memisahkan Harith dan Vilia masih relevan? Atau adakah Daniel akan menjadi lelaki yang berjaya menawan hati Vilia? Rahsia dan impian setiap watak akan menentukan arah kisah ini.
"Vee yakin nak pilih USA sebagai lokasi untuk sambung belajar"Puan Violet menyoal anak gadisnya.
"Ya betul mommy, Daniel Kan belajar kat situ juga, Dulu Dia ejek Vee, Vee nak tengok reaksi Daniel bila dia tengok rupa baru Vee ni"Azam Vilia.
Tapi USA Tu jauh Vee kalau jadi apa apa, bukan mommy boleh pergi jenguk Vee pun"pujuk Puan Violet..
"Mommy harap Ada perkara buruk jadi Kat Vee ke, mommy cukup Beri restu, Dan doakan Vee ok, I will be fine"Kata Vilia.
"Vee dah besar Vio, Dia tahu jaga diri, "Kata Encik Hasyim memujuk Puan Violet.
"Oh my.. Dia sangat cantik Dan Dia seperti sangat biasa dilihat, tapi dimana?"fikir Daniel.
"Intan I nak you Bantu I curi assignment Vilia, you sayang I Kan?"pujuk Daniel.
"Maaf Vee ibu I nak I kahwin dengan ustazah, tapi Kita,Masih boleh jadi kawan Kan?"Kata Harith.
"I am sorry Vilia, you are in big trouble because of me, I swear I will kill all those bastard who did this to you'Ryker berjanji.
"But I love you Dan, siapa Ada dihati you tu ya, kalau soal agama percayalah, I sanggup murtad untuk you" Nadya meyakinkan Daniel.
enjoy reading....
Share this novel