CINTA SEJATI 6-Ayria atau Vilia

Family Series 1261

Daniel sedang duduk di satu sudut kafe, matanya tertumpu pada seorang wanita yang sedang duduk sendirian di meja berhampiran. Muka itu sangat familiar. Tanpa disedari, fikirannya membawa kembali kenangan zaman kanak-kanaknya, kenangan yang seolah-olah tidak pernah hilang. Wanita itu, walaupun sudah jauh berubah, tetap ada sesuatu yang mengingatkannya pada seseorang yang sangat dia kenal. Vilia.

Namun, wanita ini, yang dia kenali sebagai Ayria, jauh berbeza dengan gadis yang pernah dia kenal dulu. Wajahnya lebih cantik, penampilannya lebih anggun, tetapi ada sesuatu di dalam diri Ayria yang membuatkan Daniel hampir pasti bahawa dia adalah Vilia, gadis yang pernahmenyukainya.

Pandangannya tidak teralih. Setiap gerak-geri Ayria seperti memanggil namanya dalam kenangan. Daniel tidak dapat menahan rasa ingin tahu yang semakin membara. Tanpa berfikir panjang, dia mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Kamera diaktifkan. Dia mengambil gambar candid Ayria, dengan harapan dapat meneliti wajah itu lebih dekat.

Setelah mengambil beberapa gambar, Daniel dengan pantas memasukkan gambar-gambar tersebut ke dalam WhatsApp group yang diberi nama Brotherhood. Dia mengetik pesanan ringkas:

"Guys, siapa yang kenal gadis ni? Namanya Ayria. Muka macam Vilia, tapi dia takkan jadi Vilia kan? Dulu dia…" Dia terganggu seketika, perasaan ragu-ragu dan ketidakpastian menyelubungi dirinya.

Sejenak, dia menunggu balasan daripada rakan-rakannya. Satu per satu, mesej masuk, tetapi tiada satu pun yang mengenali gadis itu.

"Tak kenal," jawab Azman, seorang daripada rakan Daniel.

"Ada rupa biasa je," balas Hafiz, yang lain.

"Vilia? Tak mungkinlah, tapi Ada orang cakap dia dah tak macam dulu," kata Zaki, yang turut berada dalam kumpulan itu.

Daniel mengeluh panjang. Hatinya berdebar-debar. Apa yang dia rasakan, perasaan yang begitu kuat, seolah-olah ada sesuatu yang lebih besar di sebalik semuanya ini. Adakah dia hanya berimaginasi? Atau adakah benar gadis ini, yang kini dikenali sebagai Ayria, adalah Vilia yang dulu? Daniel tidak pasti, tetapi perasaan yang dia rasakan tidak boleh disangkal lagi.

Setelah beberapa hari berlalu, Daniel tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. Perasaan yang kuat bahawa Ayria adalah Vilia tidak hilang, malah semakin mengganggunya. Dia perlu kepastian. Daniel merancang untuk menguji perkara ini. Dia mengikuti Ayria dari jauh, memerhatikan setiap langkahnya dengan penuh perhatian. Hatinya berdegup kencang, bimbang jika dia salah sangka, tetapi perasaan itu tetap kuat.

Ayria berjalan dengan santai di sepanjang jalan, dengan pandangan kosong yang seakan-akan tidak menyedari kehadiran Daniel. Tanpa berfikir panjang, Daniel memberanikan diri. Dia memanggil nama yang selama ini terpendam dalam hatinya, nama yang hanya akan disebut jika dia bertemu dengan seseorang yang amat dikenali.

"Vilia!"

Ayria berhenti dengan serta-merta. Suasana menjadi sunyi seketika. Daniel merasakan jantungnya hampir terhenti. Ayria berpusing, wajahnya menunjukkan rasa terkejut dan sedikit amarah.

"Jangan sesekali panggil saya dengan nama itu," jawab Ayria dengan nada tegas. "Nama saya Ayria, bukan Vilia."

Suara itu… sangat mirip dengan suara Vilia. Setiap perkataan yang keluar dari bibir Ayria seolah-olah terngiang-ngiang di telinga Daniel, membangkitkan kenangan lama yang sukar dilupakan. Dia dapat merasakan getaran suara itu yang seolah-olah tidak berubah, walaupun wajah dan penampilan Ayria sangat berbeza.

Ayria memandangnya dengan tajam, seakan memberi amaran, sebelum melangkah pergi. Setiap langkahnya seakan-akan membawa Daniel lebih jauh ke dalam kekeliruan.

Daniel berdiri terpaku di tempatnya, matanya mengikuti setiap gerakan Ayria. Hati dan fikirannya berperang, adakah dia benar-benar salah? Apa yang sedang berlaku? Daniel tahu satu perkara: perasaan yang dia alami tidak boleh dipandang ringan. Tetapi, adakah Ayria dan Vilia satu orang yang sama?
Suara itu sangat dikenalinya.
"Tak apa, Daniel. Sekurang kurangnya badak air ataupun raksasa tahu erti hormat. Berbanding manusiakan?"Sindir Vilia dengan suara tertahan."Ya suara itu sama dengan orang Yang menyindirnya dulu. Daniel menyesali tindakannya memanggil Vilia dengan panggilan menghina sebegitu tapi nasi sudah menjadi bubur. Dan jika benar Vilia sudah berjaya merubah dirinya tidak mungkin untuk seorang Vilia berjaya berubah daripada seorang raksasa menjadi seorang bidadari cantik.
"Mustahil, ini Vilia," kata Daniel, semakin yakin apabila melihat gambar-gambar kelas Danisa. Dia mencari Vilia berdasarkan nama yang tertulis di dalam majalah tahunan sekolah. Daniel meminta agar Danisa mengirimkan sebuah majalah tahunan sekolah untuknya. Tidak percaya dengan kebenaran itu Daniel segera menghubungi Danisa.
"Ya Abang Dan, itu memang Vilia, satu sekolah tengok perubahan Dia Tu, Dia berjaya jadi olahragawan sekolah tahun ni. Dan Yang paling Nisa dengki, Dia dapat jumpa Dan bergambar dengan Taylor swift, Taylor nak ajak Vilia berduet bersama,untung Dia Kan?"Kata Danisa.

"Selepas mendapatkan pengesahan daripada Danisa, Daniel membeli Dan membawa sepotong kek coklat untuk Vilia semasa waktu rehat Di kolej mereka.

"Hai Vilia, boleh saya duduk sini?"soal Daniel.
"Well awak dah duduk pun"Kata Vilia.
"Saya ingat lagi, awak suka makan kek coklat yang manis ni, kan?"

"Hell No! Saya benci kek dan semua makanan manis and for the last time I am AYRIA not VILIA jerit Vilia, memandang Daniel dengan wajah kecewa.

Beberapa Hari selepas kecoh cerita Daniel, Salah seorang ahli pasukan basketball club university of Tennessee itu dilihat mesra bersama Vilia.Intan telah pergi ke bilik Vilia untuk konfrontasi.
. "Ayria, Kau dah tahu Daniel Tu milik Aku tapi tetap juga Kau nak tebar pesona Kau ya"Kata Intan.
Vilia memandang Intan dengan pandangan tenang namun tajam, "Intan, aku faham perasaan kamu, tapi Daniel bukan milik kamu. Aku juga tak perlu menebar pesona pada dia, kerana dia sudah tahu siapa aku Kami sudah kenal dari usia Aku 6 tahun lagi, Jadi, cukuplah mengganggu hidup aku. Jagalah kekasih hatimu itu, dan ajarilah Dia supaya tidak ganggu aku lagi.""balas Vilia.

Intan terkedu, wajahnya berubah merah kerana marah dan cemburu, namun Vilia tidak memberi Intan peluang untuk menjawab.
"Kalau tak Ada apa apa lagi sila keluar dari bilik ni, I nak berehat"arah Vilia.
Kelas fesyen Vilia sudah bermula. Dia semakin seronok menimba ilmu bersama Puan Garrett guru fashionnya.
Puan Garrett: "Hari ini, saya mahu anda semua berfikir lebih dari sekadar apa yang kita lihat biasa. Saya mahu anda berani berfikir di luar kotak dan jadi kreatif. Jangan takut untuk bereksperimen dengan bahan baru, gaya yang tidak terduga, atau sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Fesyen itu tentang ekspresi diri, jadi tunjukkan sisi kreatif anda!"

Victoria: "Tapi, cikgu, macam mana kalau idea kita terlalu asing dan orang tak faham?"

Puan Garrett: "Itulah sebabnya kita perlu inovasi. Kita bukan hanya mencipta sesuatu yang menarik, tetapi kita juga mencari cara untuk menyampaikan mesej yang kuat, menggunakan teknologi atau bahan yang ada. Ingat, setiap inovasi dimulai dengan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Fesyen bukan hanya tentang penampilan, ia tentang membentuk masa depan."

Vilia: "Macam mana pula kalau idea kita terlalu mahal untuk dihasilkan?"

Puan Garrett: "Inovasi bukan hanya tentang benda yang mahal. Kadang-kadang, ia tentang mencari cara yang lebih efisien dan lestari. Kita perlu bijak dalam memilih bahan dan teknik. Fesyen juga boleh jadi berdaya tahan dan mesra alam tanpa mengorbankan kreativiti. Jadilah pemecah tradisi, bukan hanya mengikuti arus."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience