Ungkapan "cinta tak seharusnya dimiliki" menggambarkan sisi kompleks dan kadang-kadang tragis cinta. Ia merujuk kepada perasaan cinta yang mendalam tetapi tidak boleh direalisasikan sebagai hubungan, sama ada kerana halangan sosial, moral, atau situasi tertentu.
Ungkapan ini sering digunakan dalam karya sastera dan seni untuk menggambarkan cinta yang bersifat pengorbanan, keikhlasan, atau penerimaan tanpa syarat. Ia juga menunjukkan bahawa cinta sejati bukan semata-mata tentang memiliki seseorang, tetapi tentang merasakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka, walaupun dari kejauhan.
Dari sudut falsafah, ungkapan ini mengajar kita bahawa cinta adalah tentang melepaskan ego dan keinginan untuk menguasai, dan kadang-kadang, cinta yang tidak dimiliki adalah yang paling tulus dan suci. Namun, ia juga membawa kesedihan kerana manusia secara fitrahnya menginginkan hubungan yang erat dengan orang yang dicintai.
Malam itu, bintang-bintang bertaburan di langit seperti memandang ke bawah, menyaksikan hati seorang gadis yang kian remuk. Vilia Hayati duduk di sudut taman, memeluk lututnya erat. Angin sejuk menyentuh wajahnya, namun tiada yang mampu menyejukkan kepedihan yang membara di dadanya.
Dia tahu ini takdirnya. Tubuhnya yang gempal menjadi tembok yang tak mampu dirobohkan. Bukan kerana Daniel Ashram pernah memperlekehkan dirinya, malah sebaliknya—lelaki itu sentiasa memandangnya dengan senyuman mesra, seperti seorang abang kepada adik yang tak pernah dimilikinya.
Tetapi Vilia tahu, di mata Daniel, dia tidak lebih daripada seorang gadis kecil yang tidak menarik. Bagi lelaki yang menjadi pujaannya sejak usia lapan tahun, cinta bukanlah sesuatu yang berakar di dalam hati terhadap gadis seperti dia.
“Vilia, kamu istimewa,” kata-kata Daniel suatu ketika dahulu masih terngiang di telinganya, tetapi ia hanyalah ungkapan biasa, bukan pengakuan cinta.
Malam ini, Vilia memutuskan untuk melepaskan. Biarlah cintanya ini menjadi rahsia yang terkubur dalam hatinya. Bukan kerana dia tidak cukup berani, tetapi kerana dia sedar cinta sejati bukanlah soal memiliki, tetapi soal merelakan.
Dia memandang ke langit, menghembus nafas panjang.
“Wujudkah cinta sejati, Tuhan?” bisiknya, dengan air mata mengalir di pipi. Bayangan si cilik bam bam Yang penuh Cinta muncul Di bayangan vilia.
Mommy, kenapa daddy Masih Belum pulang?"soal Vilia.
"Daddy sibuk Di pejabatnya, tapi Vilia jangan sedih, Jom mommy bawa Vilia pergi ke pasar Malam ok"pujuk Puan Violet.
"Puan Violet Dan Vilia Turun Dari kereta.
"Vee kat sini ramai orang jangan lepaskan tangan Mommy ya"pesan Puan Violet.
xOk mommy"balas Vilia ceria.
Vilia yang berusia enam tahun menggenggam erat tangan ibunya ketika mereka melangkah ke dalam keramaian Pasar Malam Taman Connaught. Ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke pasar malam terkenal itu, dan matanya yang bulat bersinar penuh rasa ingin tahu.
“Mommy, bau apa tu?” tanyanya sambil mengerutkan hidung kecilnya.
Ibunya tersenyum. “Itu bau satay. Daging panggang atas lidi. Nak cuba?”
Vilia mengangguk penuh semangat. Mereka berhenti di sebuah gerai satay, dan bunyi daging yang berdesis di atas pemanggang serta aroma kuah kacang membuat perut kecilnya berkeroncong. Ketika dia menggigit satay buat kali pertama, matanya membulat. “Mmm! Sedapnya!” katanya dengan mulut penuh."Beli lagi mommy"kata Vilia setelah menelan sate yang dikunyahnya.
Mereka terus berjalan, dan dunia Vilia dipenuhi dengan keajaiban. Dia merasa kagum melihat apam balik, sejenis lempeng rangup yang diisi dengan jagung manis dan kacang tumbuk. Dia menunjuk teruja ke arah kuih-muih yang berwarna-warni, dan tangannya yang kecil mencapai kuih talam hijau yang lembut. “Lembutnya!” dia ketawa kecil sambil tangannya melekit dengan santan.
“Tengok, Mommy! Ada jus keluar dari mesin tu!” jeritnya sambil menarik tangan ibunya ke sebuah gerai air tebu. Penjual itu tersenyum melihat keterujaannya dan memberikan segelas jus segar.
“Pelan-pelan makan, Vilia. Jangan sampai sakit perut,” ibunya memberi amaran, tetapi dia tidak dapat menahan senyum melihat kegembiraan anak kecilnya.
Malam itu penuh dengan penemuan baru. Vilia melompat dari satu gerai ke gerai lain seperti seorang penjelajah kecil dalam dunia harta karun. Dia malah mencuba char kway teow yang sedikit pedas, walaupun akhirnya dia perlu meneguk segelas besar susu kacang soya untuk menghilangkan pedas.
Ketika mereka dalam perjalanan pulang, Vilia menggenggam tangan ibunya erat erat sambil tersenyum puas. “Mommy, boleh tak kita datang sini setiap minggu? Vilia suka Pasar Malam!” Ujar Vilia memegang kemas kesemua makanan Yang dibungkus untuk dibawa pulang kepada ayahnya.
Ibunya ketawa kecil sambil membersihkan sisa makanan di wajah anaknya. “Kita tengoklah nanti, budak kecil yang suka makan.” Ya itulah permulaan Cinta Vilia terhadap makanan.
Malam itu, Vilia bermimpi tentang lidi lidi satay yang menari nari, kuih muih berwarna warni seperti pelangi, dan suasana riuh Pasar Malam Taman Connaught. Malam itu menjadi permulaan cinta sejati Vilia terhadap makanan.
"Daddy, seronok tau Vee pergi pasar Malam semalam, tapi Daddy balik lambat, Vee dah habiskan semua makanan untuk daddy"ujar Vilia Semasa sarapan pagi
"Darling,kawal sikit pemakanan Vee, jangan sampai dia Obese"tegur Encik Hasyim.
"It's okay honey, she just found her source of happiness, I akan ajar dia bersenam juga nanti, you see myself, I love eating too but then I bersenam untuk kekal Kurus, "Kata Puan Violet.
"Ok darling, please bawa Vee jumpa pakar pemakanan ok?"pinta Encik Hasyim.
"Of course I will honey."balas Puan Violet.
"Puan Violet, saya faham kebimbangan puan tentang kenaikan berat badan Vilia. Perubahan ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti genetik, gaya hidup, atau mungkin juga tabiat pemakanan yang kurang seimbang.
Pertama sekali, kita tidak mahu Vilia merasa tertekan atau sedih dengan keadaannya. Pada umur ini, penting untuk kita menanamkan sikap positif terhadap pemakanan dan gaya hidup. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh kita ambil,
Pastikan Vilia makan banyak sayur sayuran, buah buahan, dan bijirin penuh, kurangkan makanan yang tinggi gula, garam, dan lemak seperti makanan ringan, minuman manis, dan makanan segera. Galakkan dia makan protein sihat seperti ikan, ayam, telur, atau kekacang.
Pastikan hidangan sesuai dengan keperluan usianya. Kadangkala, makan berlebihan boleh berlaku jika saiz hidangan terlalu besar.
Amalkan makan 3 kali sehari dengan snek sihat di antara waktu makan. Elakkan makan lewat malam.
Galakkan Vilia untuk aktif secara fizikal. Berikan sokongan untuk dia melakukan aktiviti yang dia suka, seperti berenang, berbasikal, atau bermain bola.
Hadkan masa menonton televisyen atau bermain gajet kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari."ujar doctor Haniza, pakar oemakanan Di sebuah hospital Kerajaan berdekatan rumah.
"Vee, pergi pakai baju baru Yang mommy beli semalam, Kita nak pergi Majlis Hari lahir anak kawan mommy ni"ujar Puan Violet.
Vilia masuk kebiliknya Dan memakai gaun cantik berwarna merah jambu dengan reben besar di pinggang
Di sebuah taman kecil di halaman rumah keluarga Ashram. Hiasan belon berwarna warni dan riben menghiasi kawasan itu, dengan meja hidangan penuh kek, manisan, dan minuman. Kanak-kanak yang hadir sibuk berlari lari sambil ketawa riang.
Seorang gadis kecil bertubuh gempal, memakai gaun merah jambu dengan reben besar di pinggang memegang sepotong kek coklat, matanya kelihatan ragu ragu tetapi bersinar dengan rasa ingin tahu. Dia mengekori ibunya yang menghadiri majlis itu kerana persahabatan dengan keluarga Ashram.
Di tengah ruang seorang budak lelaki tinggi dan tampan, memakai kemeja putih sederhana tetapi kemas, seluar jeans, dan kasut sukan sedang tersenyum, senyumannya ceria, tetapi wajahnya memancarkan keyakinan seperti abang sulung yang melindungi. Hari Ini hari lahir adiknya Danisa Ashley Ashram.
Selepas acara dimulakan Vilia bergerak bangun dan duduk di bangku taman, memerhatikan kanak-kanak lain bermain tetapi tidak menyertai mereka. Dia mencuba menumpukan perhatian pada kek Di tangannya.
"Kenapa awak tak main dengan yang lain?" Suara lelaki muda mengejutkannya.
Dia mengangkat kepala dan melihat Daniel berdiri di hadapannya. Cahaya matahari yang menembusi daun pokok membuatkan wajah Daniel kelihatan seperti seorang putera.
Vilia terdiam sejenak, berasa gugup tetapi kagum. "Saya... saya tak biasa dengan mereka, mereka semua cantik cantik,"jawabnya perlahan, suara sedikit bergetar.
Daniel tersenyum lebar. "Awak suka kek coklat?" tanyanya, menunjuk ke potongan kek yang sedang dipegang Vilia.
Vilia mengangguk perlahan. "Ya, ini sedap."
Daniel duduk di sebelahnya tanpa ragu ragu, menarik perhatian Vilia yang tidak menyangka seorang budak lelaki seperti Daniel akan bercakap dengannya
Adik saya pun suka kek coklat," kata Daniel sambil memandang ke arah sekumpulan kanak kanak yang bermain di sudut lain. "Awak tahu, dia selalu tamak bila ada kek, Hari ni birthday dia, Nama dia Danisa.
Vilia tergelak kecil, rasa gugupnya hilang sedikit demi sedikit. "Saya rasa semua orang pun suka kek,kek sedap Dan manis" katanya dengan senyuman malu malu.
Daniel memandangnya dengan pandangan lembut yang tidak dibuat buat. "Nama awak siapa?"
"Vilia..." balas Vilia.
"Vilia... cantik namanya," kata Daniel dengan nada santai. "Saya Daniel. Kalau ada sesiapa ganggu awak, beritahu saya, ya?"
"Baiklah, terima kasih....",
"Daniel, tapi Vilia boleh panggil abang jer kalau Susah nak ingat okay?"balas Daniel menyebut kembali namanya
Vilia hanya mampu mengangguk lagi, merasakan sesuatu yang berbeza dalam hatinya – perasaan yang dia belum fahami sepenuhnya tetapi tahu ia akan kekal selamanya. Dan si bam bam vilia menarik perasaan terhadap budak lelaki bak putera raja itu.
novel ini will continue Published pada 1 hb Feb
Share this novel
comel jer citer ni, teringat zmn kecil² kita dlu..tp kita x bam bam..