MALAM di Solara Veil, kota yang tak pernah tidur, berkilau dengan lampu neon yang menerangi setiap sudut jalan.
Suasana yang sibuk, penuh dengan orang-orang yang tak henti-hentinya berlari mengejar impian dan rahsia mereka.
Di dalam sebuah suite apartmen sederhana mewah di tingkat atas, Klara Devara bersedia untuk tampil sebagai Mystique, persona yang menguasai dunia maya.
Di hadapan cermin besar, dia meneliti dirinya. Gaun merah ala-ala Arabian Night yang ketat melilit tubuhnya, sempurna di setiap lekuk.
Pakaian itu bukan hanya sekadar pakaian, ia adalah senjata serta simbol kekuatan dan sensualiti.
Mata bercelak tebal dan dilitupi rambu-rambu sequin dan labuci sedang melirik ke arah laptop yang terbuka di meja, mempersiapkan dirinya untuk live show malam itu.
“Waktunya untuk bermain, Mystique,” bisik pada dirinya sendiri, mengalihkan pandangan pada kamera yang sudah siap untuk menyiarkan dunia ke dalam hidupnya.
Dengan sedikit senyum nakal dari bibir merah, dia melangkah ke depan kamera.
Lagu Alibi mula dimainkan. Liriknya yang gelap. Melodi yang menggoda. Sempurna untuk suasana malam yang penuh misteri ini.
"Can you remember when the last time was
You felt safe in the dark?
This world was never meant for a woman's heart
But still, you rise through it all
When I'm out of breath, she's my vitals (ooh-ooh)
When I need to rev, she's my ride-or-die
When I'm out of faith, she's my idol
I just killed a man, she's my alibi
Rosa, qué linda eres (alibi)
Rosa, qué linda eres tú (alibi)
Rosa, qué linda eres (alibi)
Rosa, qué linda eres
Tout est nasty"
Mystique memulakan tariannya. Setiap gerakan penuh dengan keanggunan tetapi tetap menggoda.
Matanya bertemu dengan kamera, seolah-olah dia tahu betul siapa yang sedang menontonnya.
“Sayang-sayang semua... suka dengan apa yang sayang-sayang lihat, kan?” katanya dengan suara yang dalam, penuh provokasi.
"Mystique di sini untuk beri sayang-sayang semua keseronokan. Tapi… sayang-sayang semua tentu tahukan...”Sengaja dia menggantung ayat isyarat penghantaran ikon 'love' lebih banyak lagi.
Gerakan tubuh semakin menggoda, meluncur mengikuti irama lagu yang mempengaruhi setiap pori kulitnya.
Setiap langkah penuh dengan kesedaran. Dia tahu, dia sedang memegang perhatian semua orang. Mengundang mereka untuk jatuh lebih dalam ke dalam dunia yang hanya dia kuasai.
Lampu-lampu kota luar sana berkelip-kelip namun di dalam apartmennya, hanya ada satu bintang malam ini. Dia adalah Mystique.
Mystique berdiri di depan kamera, mata bercelak tebal terfokus pada skrin laptop yang memancarkan cahaya biru redup.
Gaun Arabian Night merahnya menyelimuti tubuh dengan sempurna
dan dia tahu, setiap inci gerakannya akan menjadi tumpuan.
Lagu Alibi terus mengalun, mengisi ruang dengan nada yang penuh dengan ketegangan dan
godaan.
"Rosa, qué linda eres (alibi)
Rosa, qué linda eres tú (alibi)
Rosa, qué linda eres (alibi)
Rosa, qué linda eres"
Dengan langkah perlahan, dia mula bergerak. Pinggulnya bergoyang lembut seiring rentak muzik, tubuhnya mengalir
seperti air yang tak terhenti.
Setiap gerakan penuh dengan sensualiti namun tidak terburu-buru.
Jejemari Mystique kini mulai meluncur perlahan
dari pinggang ke atas, seolah- olah dia sedang menghayati setiap sentuhan yang dia berikan pada tubuh badan.
"Suka dengan apa yang di lihat?" Soalan meluncur keluar nadanya tersangat manja tetapi penuh kekuatan di lirikan mata dari balik rambu-rambu labuci bergemerlapan dan bergerak-gerak seiring lenturan badan.
Mystique memberi senyuman nakal, matanya terus menatap tajam ke arah kamera.
"Tapi malam ini akan lebih bermakna jikalau sayang-sayang semua berikan lebih banyak lagi love. Love. Dan love..." Ujarnya sambil menari penuh ghairah.
Dengan gerakan perlahan, dia memutarkan
tubuh. Pinggulnya berputar dan gaun merah itu melayang lembut mengikuti gerakan tubuhnya.
Lengan kirinya melambai ke udara, menggambarkan rasa bebas yang terpendam dalam dirinya.
Matanya tidak pernah lepas dari kamera, menambah ketegangan dan keseksian yang tidak
dapat ditandingi diva-diva OnlyFans. Com lain.
Mystique menyentuh
rambut lalu menggoyangkan kepala sedikit, menambah lagi
intensiti setiap gerakan yang dia buat.
Dengan satu luncuran lembut, dia melangkah lebih dekat ke kamera,
melenturkan punggungnya dengan penuh keanggunan.
Gerakan Mystique
menggetarkan setiap putaran, setiap sentuhan yang dia buat pada tubuhnya seakan mengundang mereka untuk terjerat dalam dunia penuh pesona yang hanya
dia mampu cipta.
Mystique menarik nafas panjang, bibirnya melengkungkan senyuman menggoda
yang membuat hati
penontonnya semakin berdebar.
Dia melangkah perlahan,
membiarkan tumit tinggi merahnya mengetuk lantai dengan bunyi yang
bergema, memperkuat auranya yang memukau.
"Sayang-sayang, kamu tahu kan kenapa kamu ada di sini malam ini?" Ujarnya bersuara lembut seperti melodi menenangkan namun
penuh godaan.
Kain gaun berbelahan tinggi meluncur dengan
sempurna di sepanjang paha, saat dia memutarkan tubuhnya lebih dekat dengan kamera.
Dengan sengaja, Mystique menyentuh bahu lalu menarik perlahan tali gaun yang terjuntai, cukup untuk
membiarkan sedikit
bahunya terbuka.
Muzik latar semakin menambah suasana.
Ritma lagu yang sensual menyatu dengan
setiap gerakan tubuh, Mystique.
Kemudian melenturkan
tubuhnya ke belakang, tangannya menyentuh paha dengan gerakan
perlahan tetapi penuh
provokasi.
"Aku tahu kamu suka ini," bisiknya lagi, menundukkan pandangannya ke
arah kamera seolah-olah sedang berbicara secara langsung kepada
mereka.
"Dan aku tahu kamu mahu lebih." Ujarnya yang betul-betul dekat. Menyerlahkan lagi sebahagian besar bahu dan dadanya.
Ruang komen live itu mula dipenuhi dengan pujian dan permintaan.
"Mystique, kamu buat aku gila malam ni!"
"Aku tak boleh berhenti tengok. Setiap gerakanmu seperti seni."
"Tolong... lebih dekat ke kamera!"
Mystique tersenyum kecil, senyuman yang sengaja ditinggalkan separuh. Membuatkan peminatnya semakin teruja.
Dia perlahan-lahan menjatuhkan satu tali
tube top merahnya, memperlihatkan lebih
banyak kulit bahunya yang halus.
"Sabar,sayang... Myst, suka tengok sayang-sayang semua tak keruan."
Tangannya meluncur lembut di sepanjang
leher hingga ke tulang selangka dan dia memiringkan kepalanya sedikit, memberikan sisi yang paling memukau
kepada kamera.
Rambut panjangnya
jatuh menutupi sedikit dadanya tetapi cukup untuk mencipta misteri.
"Jadi... siapa di sini yang paling setia malam ini? Siapa yang paling layak
untuk dapat perhatian
Mystique, sepenuhnya?"
Soalnya dengan nada manja yang menusuk ke dalam hati setiap peminatnya.
Dia mendekatkan
tubuhnya lagi ke kamera, membiarkan cahaya lembut menangkap setiap lekukan wajahnya
yang sempurna.
Mystique meletakkan
jarinya di bibir, memberikan isyarat diam. Dengan gerakan lambat, dia berdiri tegak dan
membelai sisi
tubuhnya.
Pinggul berayun mengikuti alunan muzik yang sensual di latar.
Komen terusmeluncur masuk...
"Aku dah hantar
tips, Mystique! Lihat aku, tolong!"
"Tubuhmu macam
lukisan hidup!Sumpah, aku tak pernah lihat yang
macam ni."
"Kalau aku boleh,
aku nak jadi..."
Mystique ketawa kecil, nadanya cukup lembut tetapi penuh godaan.
Dia memiringkan membiarkan tube
top-nya sedikit melonggar di bahagian bahu tetapi masih mengekalkan kawalan penuh terhadap apa yang
diperlihatkan.
"Hahaha! Nice baby...
sayang-sayang semua memang selalu buat Myst, rasa begitu... istimewa."
Dia melentikkan tubuhnya sekali lagi, kali ini memutarkan pinggul dengan sempurna sebelum mendekati kamera untuk terakhir kali
malam itu.
Mata dan senyuman Mystique memancarkan
pesona yang mustahil
ditolak sesiapa pun.
"Jumpa lagi, sayang-sayang...
dan jangan lupa. Love. Love. Dan love..."
Mystique buat-buat memekup mulut. Kemudian dia semakin nakal cuba melondehkan lagi sebelah tali tube. Selain topeng di bahagian mata.
Makin banyak ikon 'love' kelihatan. Makin mencanak lagi ranking Mystique berbanding diva OnlyFans yang lain.
Mystique terus menamatkan siaran
langsungnya. Dan debaran malam itu, kekal menghantui mereka yang
menyaksikannya.
Manakala di luar sana, seseorang sedang merancang langkah seterusnya untuk mendekati. Melintasi batas dunia nyata dan maya, seorang diva OnlyFans.
Biarpun pada malam itu, sengaja dia offline.
Share this novel