SUASANA pagi di LuxeMode Corporation seperti biasa. Sibuk. Riuh dan penuh tekanan. Di sudut kecil pejabat yang dihias dengan gaya minimalis, Klara Devara menekan-nekan papan kekunci komputernya dengan cemas. Dokumen yang dimintanya sejak tadi gagal dicetak. Printer seolah-olah berpakat mahu menjatuhkan reputasinya hari itu. "Come on, come on! Jangan buat hal sekarang!" Klara Devara merungut sambil mengetuk ringan printer yang masih tidak bergerak. Beberapa fail di atas mejanya hampir jatuh kerana gerakannya yang kelam-kabut. Dia mengeluh kuat. "Klara! Jangan lupa meeting dalam lima minit!" Suara tegas dari luar biliknya mengejutkan dia. Itu suara ketuanya, Puan Sylvia wanita berkarisma yang tidak ...