---
SELEPAS live tamat tepat jam empat pagi. Klara Devara yang masih belum membuka baju aksi terus duduk di depan laptop, memandang skrin yang kini gelap.
Fikiran melayang jauh. Siapa sebenarnya Xander Nightshade?
Telefon pintar di sebelahnya bergetar. Dia segera mencapainya, menyangka mesej dari rakan tetapi ternyata dia salah. Muncul satu lagi mesej dari Xander Nightshade.
"Tidur lena, My mistyque girl. Tapi ingat, aku sentiasa ada di sini, menunggu."
Klara Devara terdiam. Tangannya terasa berat untuk meletakkan telefon. Buat pertama kalinya sejak dia menjadi Mystique, dia benar-benar takut.
Di luar tingkap apartmennya, kota yang terang dengan lampu-lampu neon kelihatan seolah-olah tidak pernah tidur.
Tetapi malam itu, Klara Devara tahu dia tidak akan dapat memejamkan mata dengan tenang. Ada bayangan yang mula menghampiri kehidupan dan dia tidak pasti jika dia dapat menghadapinya sendirian.
KLARA DEVARA melangkah masuk ke pejabatnya di Menara Lumina, kasut tumit tingginya mengetuk perlahan lantai marmar yang dingin.
Hari ini, suasana terasa lebih berat daripada biasa. Ada sesuatu yang tak kena tapi dia tak pasti apa.
Dia melangkah ke lif, menekan butang tingkat 27. Sambil menunggu, fikirannya melayang masih terngiang lagu "Semua Sudah" yang didengarnya dalam perjalanan tadi.
Lirik itu terasa dekat di hati, seperti melodi yang tahu rahsia-rahsia gelapnya.
Pintu lif terbuka dan Klara Devara melangkah keluar dengan langkah tegas. Tetapi langkahnya terhenti, bila dia ternampak sejambak bunga mawar merah besar di meja penerima tetamu.
“Morning, Klara! Bunga tu untuk awak,” Sheila, rakan setugas terus bersuara sambil tersenyum.
Klara Devara memandang bunga itu dengan dahi berkerut.
“Untuk saya? Dari siapa?”Soalnya.
Sheila mengangkat bahu.
“Tak ada nama. Tapi cantik, kan? Mesti dari seseorang yang… minat awak.”
Klara Devara menghampiri jambangan bunga itu. Di celah kelopak mawar, ada sekeping kad kecil. Tangan sedikit menggigil ketika dia menarik kad itu keluar.
"Untuk Klara. Semua yang kau rasa sedang diperhatikan... percayalah aku ada."
Klara Devara langsung terkedu. Jantungnya berdegup kencang. Siapa yang tahu?
Siapa yang berani?
Dalam keresahan hati dan keributan di pejabat. Jam untuk para staff Menara Lumina keluar untuk makan tengahari. Begitu jugalah dengan Klara Devara.
Setelah makan tengah hari, Klara Devara keluar untuk beli kopi ais pula, entah kenapa dahaganya kuat pula. Jalanan sibuk seperti biasa tetapi perasaan itu datang lagi. Perasaan seperti ada yang sedang memerhatikannya.
Langkahnya cepat, matanya sesekali melirik ke belakang. Tapi tiada siapa di sana. Hanya wajah-wajah biasa. Hanya manusia biasa.
Di sebuah kafe kecil, dia beratur untuk memesan kopi. Dia cuba menenangkan diri, menarik nafas panjang.
“Klara Devara?”
Suara itu membuatkan dia tersentak. Dia memandang seorang lelaki tinggi, berpakaian kasual serta berdiri di belakangnya.
Matanya tajam, senyumannya samar seperti tahu sesuatu yang dia tak tahu.
“Ya?”
Lelaki itu mengangkat kening.
“Bunga tadi… Cantik, kan?”
Darah Klara Devara terasa berhenti mengalir.
“Awak yang hantar bunga tu?” Tanyanya perlahan seakan nada berbisik.
Lelaki itu tersenyum kecil, kemudian menjawab dengan nada penuh teka-teki.
“Nikmati kopi awak, Klara.”
Sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi, lelaki itu beredar, meninggalkan dia terpaku di situ.
Klara Devara semakin tidak boleh fokus pada kerjanya. Semuanya terasa berat. Telefon pintar di mejanya bergetar, memaparkan mesej dari akaun OnlyFans miliknya.
Xander Nightshade.
"Bunga mawar merah… Cantik, kan? Sama seperti kamu."
Mata Klara Devara membesar. Tangannya menggenggam telefon dengan kuat.
Dia memandang ke luar tingkap pejabat, cuba mencari kelibat sesiapa yang mungkin sedang memerhatikannya. Tapi tiada siapa di luar sana.
Jantungnya berdegup kencang. Rahsia hidupnya semakin terdedah. Dia tahu, ini baru permulaan.
Klara Devara menatap lagi skrin sesentuh telefon pintarnya, mesej dari Xander Nightshade masih tertera di sana, membuatkan dadanya berdegup lebih pantas dari biasa.
"Aku selalu ada di belakang, menonton setiap gerakanmu."
Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri tetapi rasanya seperti ada sesuatu yang berat menekan dadanya.
Siapa dia sebenarnya?
Kenapa dia tahu tentang bunga itu?
Dan kenapa dia tahu nama aku?
Klara Devara meletakkan telefon pintarnya di atas meja semula. Cuba menjauhkan diri dari segala kecanggihan yang ada di sekitarnya.
Dia mengurut pelipis, tak tahu apa yang lebih menakutkan selain mesej yang baru diterimanya atau perasaan bahawa seseorang benar-benar mengawasinya.
"Apa yang dia mahu?" Klara Devara berbisik perlahan kepada dirinya sendiri.
'Aku tak kenal dia. Tapi dia seolah-olah tahu semua tentang aku. Tentang… semua yang aku buat.' Dia bergumam. Terdongak. Mata mengecil.
Dia akhirnya berdiri dan melangkah ke tingkap pejabatnya, menatap keluar ke kota yang sibuk. Semua orang kelihatan begitu biasa, begitu jauh dari dunia yang dia kini terperangkap.
Tapi dia tahu, Xander Nightshade itu nyata. Dan dia tidak akan berhenti.
'Adakah dia benar-benar hanya nak main-main? Atau ada yang lebih?'
Klara Devara mengeluh panjang, kembali duduk di meja. Fikirannya berkelip-kelip dari satu persoalan ke persoalan lain.
Dia cuba untuk tidak mengingatkan dirinya tentang kenyataan yang semakin jelas.
Xander Nightshade tidak akan berhenti hanya dengan mesej. Ada sesuatu yang lebih besar di balik semua ini.
Dan itu, membuatkan dia rasa lebih cemas dari apa yang dia mahu akui.
MYSTIQUE pastikan
kembali ke dunia
OnlyFans pada malam itu.
Langit malam di luar dari pemandangan dinding kaca dinding ceiling to the floor, menjadi latar
belakang yang sempurna untuk penampilan barunya.
Tali gaun hitamnya dipakai dengan sempurna,
menampakkan lekuk tubuhnya yang menggoda.
Di wajah bertopeng Masquarade- nya, ada
senyuman misteri seolah-olah dia tahu
apa yang peminatnya mahukan pada malam itu.
Lagu "Bad Girl, GoodGirl" oleh Miss A mula mengalun dan Mystique memulakan tarian yang penuh dengan ketegangan dalam sensasi.
Matanya tajam memandang ke
kamera, sementara
tangannya bergerak
perlahan dari leher ke
pinggang, mengikuti
rentak lagu yang sedang berkumandang dengan kuat.
Setiap langkahnya penuh
dengan sensualiti
yang terkawal.
Dengan perlahan, dia menari seiring dengan beat pertama. Lenggok dan lenturan tubuhnya bergerak ke kiri dan kanan. Pinggulnya
bergoyang dengan
penuh percaya diri.
Dalam sekelip mata, dia membalikkan tubuhnya, menari dengan penuh berani.
Tangan kanannya menari di udara, menggoda seolah-olah memanggil
peminatnya untuk lebih dekat.
Ketika yang sama, ikon 'love' memenuhi paparan skrin siaran langsung itu. Begitu juga dengan komen-komen berahi para peminat tegar, Mystique.
"You don't know me, you don't know me
You don't know me, you don't know me
So shut off boy, so shut off boy
So shut off boy, so shut up shut up..."
Semakin seksi tarian Mystique yang tetap tidak mahu mendedahkan wajah sebenarnya.
Share this novel
Xander ni mcm fanatik sgt dgn Mystique.