KLARA DEVARA duduk di depan meja kecilnya, menatap telefon pintar dengan tangan yang menggigil.
Baru sahaja selesai kerja di pejabat sebagai setiausaha di sebuah syarikat fesyen, dia belum sempat membuka kasut tumit tingginya. Matahari sudah lama terbenam, dan malam menjanjikan sesuatu yang lebih berat dari sekadar letih fizikal.
Telefon itu berdering seketika, notifikasi bertubi-tubi masuk dari akaun Mystique di aplikasi OnlyFans.
Menarik nafas panjang. Klara Devara ingin menghilangkan rasa bersalah yang sentiasa menghantui.
Dia menatal perlahan-lahan mesej-mesej dari peminatnya. Komen yang senantiasa penuh dengan pujian, harapan serta… obsesi.
"Mystique, malam ini buat live lagi, ya? Aku tak sabar nak tengok."
456Obs3s.
"Kamu macam bidadari. Kalau aku kaya, aku beli kamu terus."
John Tan S391.
"Jangan berhenti... kamu buat aku rasa hidup, Mystique. Will you married me?"
KYRANE.
Klara Devara terpaksa memejamkan mata seketika, menahan nafas. Ini bukan kali pertama dia membaca komen seperti itu tetapi malam ini ada sesuatu yang berbeza.
Salah satu komen di bawah gambarnya menarik perhatiannya...
"Aku tahu senyuman itu ada rahsia, Lana. Tak lama lagi, aku akan tahu siapa kamu." – Xander Nightshade
Nama itu. Dia muncul lagi.
“Siapa kau sebenarnya?” Klara Devara berbisik sendirian, suara kecilnya tenggelam di ruang apartmen yang sunyi.
Sejak seminggu lalu, nama Xander Nightshade muncul di setiap siaran dan video Mystique, bersama mesej-mesej yang membuat Klara Devara tak senang duduk.
Paling menakutkan, dia bukan seperti peminat lain yang sekadar ingin hiburan. Dia kelihatan… tahu sesuatu.
Klara Devara mengetap bibir. Dia tidak boleh terlalu memikirkannya. Tidak malam ini. Dia perlu bersiap untuk live.
---
Satu jam kemudian, Klara Devara berubah sepenuhnya. Dari seorang setiausaha sederhana dengan wajah letih kini, dia berdiri di depan kamera sebagai Mystique yang penuh glamor.
Wig coklat gelap digayakan longgar, menutupi sedikit bahu terdedahnya dek baju penari tarian gelek yang cukup untuk memancing imaginasi.
Kamera ditekan 'On Air'. Live bermula. Wajah bertopeng Masquarade keemasan Mystique tersenyum manja, di balik topeng menutupi bahagian mata ke hidungnya itu. Dia melambai kecil ke arah peminat-peminatnya.
“Hai, sayang-sayang semua... Malam ni, Mystique nak buat sesuatu yang istimewa. Siapa yang nak jadi 'Paling istimewa malam ni' ?” katanya dengan suara lembut dan memandang tepat ke arah lensa kamera laptop.
Peminat mula menghujani ruang sembang dengan mesej.
"Aku di sini, Myst!"
"Malam ni kau nampak lagi cantik, sumpah."
"Aku nak jadi istimewa. Apa aku kena buat?"
Derma mula masuk, satu demi satu. Klara Devara mengekalkan senyuman walaupun di dalam hati, rasa bersalah dan takut saling berlawan.
Setiap kali dia menerima wang, dia ingat kenapa dia melakukan semua ini adalah untuk membayar rawatan adiknya, Trish yang sedang sakit tenat.
Tetapi setiap sen yang dia terima juga terasa seperti beban yang bertambah.
Tiba-tiba, nama Xander Nightshade muncul di ruang sembang.
Xander Nightshade.
"Mystique, malam ni kau lebih cantik dari biasa. Kau tak tahu berapa lama aku tunggu saat ini."
Klara Devara menggigit bibir merah bawahnya, cuba kekal tenang. Tetapi mesej itu diteruskan.
Xander Nightshade:
"Aku mahu jadi istimewa malam ni. Tengok apa aku boleh buat."
Paparan derma melalui hantaran ikon 'love' di skrin tiba-tiba bertambah besar. Klara Devara langsung terkedu melihat jumlah yang diterima.
Satu jumlah yang jauh lebih besar dari peminat biasa. Tangannya hampir menggigil tetapi dia tetap tersenyum dan jadikan ia kekal di wajah.
“Wah, Xander… besar hati Mystique tengok hadiah kamu. Kamu memang nak Myst... perasan kamu, kan?” katanya dengan nada menggoda tetapi jantung berdegup kencang.
Di ruang sembang...
Para peminat lain mula cemburu dan bertanya siapa Xander Nightshade. Tetapi lelaki itu tidak menjawab lagi. Dia hanya meninggalkan diva OnlyFans.Com itu, dengan perasaan gelisah yang sukar dijelaskan.
"Okay semua sayang-sayang, Myst tahu you guys semua tak sabar lagi kan?… Malam ni, Mystique nak buat sesuatu yang lain daripada biasa. Siapa yang rasa, dia layak jadi 'Yang Paling Istimewa' untuk Mystique malam ni?"
Suara lembut Mystique bergema di kubikel suite apartment miliknya namun di seberang skrin, ratusan peminat lelaki terpaku, menanti setiap pergerakan.
Mystique dengan bibir merah batanya tersenyum menggoda, membetulkan rambut panjang yang sengaja dibiarkan terurai ke bahu.
Dia bangkit perlahan, melangkah ke tengah ruang yang dihiasi lampu-lampu kecil berwarna ungu. Mencipta suasana sensual dan misteri.
Satu klik pada laptop dan alunan muzik mula bergema. Lagu "Dilbar" memenuhi ruang rentaknya yang menggoda membuatkan setiap peminat tidak sabar menanti apa yang akan terjadi.
Dia mula menggerakkan pinggulnya perlahan, sesuai dengan irama lagu. Tangannya melingkar di tubuh sendiri, seperti mengiringi setiap hentakan beat.
Mata di balik topeng sesekali melirik ke arah kamera, memberi isyarat seolah-olah dia tahu setiap peminat sedang menontonnya dengan penuh perhatian.
“Sayang-sayang... ni untuk kamu semua, tau. Jangan lupa, derma kamu buat Mystique makin bersemangat,” katanya sambil tersenyum manja.
Ruangan komen mulai meletup dengan pelbagai komen beserta ikon.
"Ya Tuhan, Myst. Kamu makin menggoda malam ni!!!"
"Gerakan itu… aku tak tahan lagi. Come to papa..."
"Aku akan derma lebih kalau kamu teruskan tarian ini."
Mystique mengalunkan tubuhnya lebih agresif. Pinggul bergelek ke kiri dan kanan dengan penuh keyakinan.
Bahu sedikit terangkat, memberi efek dramatik pada setiap gerakan. Dia tahu bagaimana untuk bermain dengan emosi peminatnya, memikat mereka untuk terus berada di skrin.
Derma mula masuk bertalu-talu, setiap kali dia menggoyangkan pinggul atau memandang tajam ke kamera.
Tiba-tiba, sebuah mesej muncul dari Xander Nightshade.
"Tarian ini hanya untuk aku, Mystique. Aku tahu itu."
Dalam keasyikan msnari mengikut 'rhythm' lagu 'Dilbar'. Jantung sudah mula berdegup kencang tetapi dia tidak menunjukkan sebarang perubahan pada wajahnya.
Sebaliknya, dia terus menari dengan lebih menggoda. Mesej itu tidak memberi kesan kepadanya.
Ketika lagu hampir selesai. Mystique menghampiri kamera. Menunduk sedikit dan membisik dengan suara yang lebih perlahan tetapi cukup jelas.
"Mystique, suka bila kamu semua beri perhatian lebih. Jangan lupa, sayang... yang istimewa akan Mystique ingat selama-lamanya.”
Dia mematikan muzik dengan satu klik, kemudian bersandar ke sofa, memandang ruangan komen yang masih aktif.
Nama Xander Nightshade muncul sekali lagi dengan satu mesej terakhir.
"Aku akan pastikan kau takkan lupa aku, Mystique."
Gadis diva itu terdiam. Senyumannya hilang sedikit. Dia memandang kamera yang masih terpasang, dia boleh melihat seseorang di baliknya.
Buat pertama kalinya malam itu, tarian yang biasanya memberi keyakinan kini meninggalkan rasa takut.
Share this novel
next sis