Rate

BLACK ROSE (broken inside) 22

Drama Completed 921592

Maira tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih bak mutiara itu ke arah Syakir. Dia masih sabar menanti bicara dari mulut Syakir. Lengan lelaki itu diraih. Wajah manja Maira membuatkan Syakir serba salah.

"Apa dia? Macam serius je apa yang you nak cakap pada I ni," ujar Maira dengan nada manja. Dia tidak pernah jemu melihat wajah lelaki itu. Lelaki yang menjadi pujaan hatinya sejak dari bangku sekolah lagi.

Lagi dua bulan, dia akan mengikat tali pertunangan dengan lelaki itu. Maira tersenyum lagi sambil wajah Syakir ditatap sepuasnya. Saat Syakir bersetuju untuk mengikat tali pertunangan, kuntum kegembiraan mengembang di hati Maira. Dirasakan segala kesabarannya selama ini berbaloi buat dirinya.

"Syakir, apa yang you nak beritahu I ni? Jangan buat I nervous," ucap Maira separa merengek. Rasa gelisah menjamah hati apabila melihat Syakir diam. Dia merenung Syakir dengan seliratan tanda tanya.

Syakir tersentak. Lamunannya terbang pergi setelah suara lunak Maira memukul gegendang telinganya. Rasa bersalah menerpa fikiran Syakir saat ini. Syakir sedar yang dia telah memberi harapan kepada Maira. Tetapi, Kie telah muncul. Hatinya masih kuat pada wanita itu. Dia perlu berterus terang pada Maira tentang Kie. Namun, tidak tergagah lidah Syakir untuk menerangkan hal yang sebenar kepada Maira.

"Aaa.. Takde apa," jawab Syakir ringkas. Belum masanya untuk dia bercerita kepada Maira tentang Mawar. Syakir akan menunggu masa yang sesuai untuk dia berterus terang pada Maira. Yang pastinya, dia akan menjelaskan segalanya sebelum mereka mengikat tali pertunangan.

"You tipu I. I tahu you ada sorokkan sesuatu dari I kan?" soal Maira serkap jarang. Syakir ukir senyum hambar. Perlahan kepala digelengkan.

"No. Nothing important," perlahan dia menutur kata walaupun nadanya tidak meyakinkan langsung. Maira tarik nafas dalam. Dia tidak mahu memaksa Syakir lagi, bimbang lelaki itu rimas dan bosan dengan sikapnya.

"Okaylah kalau you cakap macam tu. So, jomlah kita pergi cari barang hantaran," nada suara Maira seakan gusar. Namun, dia cuba menceriakan suasana. Pelukan di lengan Syakir juga dieratkan. Dia nekad tidak akan melepaskan Syakir begitu sahaja. Dia akan pastikan, lelaki itu akan tetap menjadi miliknya.

"Aaaa... I.. ," belum sempat Syakir menghabiskan kata-kata, Maira mencelah dengan pantas. Dia tahu Syakir seakan mahu menolak ajakannya.

"Alaaa... You dah janji laaa," rengek Maira manja. Dia tidak mahu merajuk, tetapi reaksi dan jawapan Syakir menyakitkan hatinya. Syakir tarik nafas dalam. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menyuruh Maira pergi seorang diri.

"Okay...," jawab Syakir lambat. Keluhan dilepaskan perlahan. Maira dapat menangkap sesuatu dari respon Syakir selepas lelaki itu bertemu dengan Mawar. Pasti ada kaitannya dengan Mawar. Maira nekad akan cari tahu apa yang telah berlaku pada bakal tunangnya itu.

××××××××××

Aydean melangkah masuk ke dalam restoran sambil bola matanya meliar mencari susuk tubuh Syakir. Dia menanti lelaki itu di meja tempat biasa mereka melepak. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Pantas ibu jari menatal skrin telefon bimbit membaca satu persatu komen dari peminat-peminatnya di media sosial.

Beberapa minit kemudian, dia melihat jam tangannya. Kepala di angkat sambil mata di tumpukan pada satu susuk tubuh yang baru sahaja melintas di depannya.

Mawar!

Cepat-cepat Aydean mengalih pandangan ke arah lain. Dada yang berdebar tiba-tiba itu cuba dikawal. Dia menyandar tubuhnya ke dada kerusi. Cuba berlagak santai. Namun, debaran jantungnya makin kuat mengetuk rangka dada apabila melihat susuk tubuh itu menghampirinya. Aydean curi pandang dengan ekor matanya. Kelihatan Mawar sedang berjalan ke arahnya.

Aaahhh... Sudah! Buat apa dia datang sini!

"Encik Aydean, dah ada orang ambil order?" soal Mawar bersahaja. Iye, memang dia sengaja mahu menegur Aydean. Dia tahu lelaki itu sedang mengelak untuk bertemu dengannya.

"Aa.. Belum... I nak air je. Teh o ais," balas Aydean tanpa memandang ke arah Mawar. Matanya disibukkan dengan telefon bimbit yang dipegang. Aydean tidak mahu bertentang mata dengan wanita itu. Bimbang dia kembali menaruh harapan. Dia tidak mahu perasaan sebegitu muncul lagi dihatinya. Dia cuba membuang segala perasaan terhadap Mawar.

"Nak berapa?" soal Mawar sengaja. Wajah Aydean direnung. Dia masih tidak mahu berganjak dari situ.

"Tak kisah," balas Aydean tanpa sedar. Fikirannya sudah menerewang entah ke mana. Sejujurnya dia gugup apabila melihat Mawar di situ.

"10 gelas teh o ais?" soal Mawar selamba. Wajah dingin dipamerkan. Aydean tersentak dari lamunan. Dia angkat muka memandang ke arah Mawar. Mata mereka bertaut. Aydean kerut kening.

"10 gelas?? You ingat I bela hantu ke nak minum banyak-banyak macam tu?" sengaja Aydean buat-buat marah. Padahal hatinya tika ini seakan mahu meloncat keluar dari tubuh dirasakan. Mata redup dan dingin Mawar menjentik hati lelakinya.

Kenapalah tengok aku macam tu.. Cair ni oii!!

"Oh, tak eh? Bukan awak kawan dengan makcik karipap ke?" balas Mawar sengaja mengusik Aydean. Senyum manis diukir untuk Aydean. Aydean tercengang seketika. Senyuman Mawar seakan melumpuhkan segala denyutan nadi di tubuh Aydean.

"Encik Aydean," gemersik suara Mawar menyebut nama lelaki itu. Namun, Aydean tidak memberi sebarang respon. Sebaliknya, mata Aydean masih melekat ke arah Mawar. Lama mata mereka bertaut. Hati Mawar turut merasa getarnya.

Salah sendiri. Sebab sengaja mengusik lelaki itu!

"Woii, Dean!" sapa Adam yang tiba-tiba muncul dari arah belakang Mawar. Serentak Mawar dan Aydean melihat ke arah Adam.

"Saya pergi dulu," Mawar angkat kaki. Dia tidak mahu Adam mengesyaki apa-apa tentang dia dan Aydean. Aydean diam tidak menjawab.

Adam menoleh ke arah Mawar sekilas. Laju sahaja Mawar meninggalkan tempat itu setelah dia datang ke situ.

Sesuatu sungguh!

Kemudian, Adam menoleh ke arah Aydean. Adam melihat mata lelaki itu masih sahaja melekat ke arah susuk tubuh Mawar. Adam menyungging senyum. Lantas dia duduk di hadapan Aydean.

"Haaiisshh..nasib baik aku bukan wartawan. Kalau tak, jadi berita hangat ni. 'Aydean Asyraff di lamun cinta dengan salah seorang krew The Boys Restoran'," usik Adam sambil ketawa mengekek. Aydean buat muka serius. Malas mahu melayan usikan Adam.

Orang tengah patah hati ni!!

"Laaaa.. Apahal kau ni? Muka macam ayam berak kapur je. Selalu berseri-seri tengok si Mawar berduri tu," tambah Adam lagi apabila melihat wajah masam mencuka Aydean. Selalunya wajah itu lah yang paling teruja setiap kali melihat Mawar.

"Shark mana?" soal Aydean mengubah topik perbualan. Malas mahu bercakap tentang cinta yang tidak kesampaian itu. Terkelip-kelip mata Adam menatap pandangan tidak bermaya dari Aydean. Seakan ada sesuatu yang sukar ditafsirkan dari raut wajah lelaki itu.

"Shark keluar dengan Maira. Kejap lagi baliklah kot. Dah lama dia keluar tadi," jelas Adam. Wajah Aydean masih direnung. Aydean diam. Rambut yang menjuntai ke mata di sebak ke belakang.

"Kau takde shooting ke?" soal Adam sambil menyandarkan tubuhnya ke dada kerusi. Kedua tangan dilipat merapati dada.

"Malam," pendek sahaja jawapan dari Aydean seakan malas mahu melayan pertanyaan Adam.

"Malam? Kau berlakon cerita hantu ke apa?" soal Adam masih bertanya. Aydean kerut kening. Menyirap dengan soalan-soalan Adam yang dirasakan seakan menyindirnya. Entah mengapa hati Aydean begitu sensitif sejak akhir-akhir ini.

"Kau ingat asal cerita hantu je shooting malam? Asal shooting malam je cerita hantu??" bebel Aydean geram. Adam menahan tawa. Nampak benar wajah Aydean sedang menahan geram.

"Rilekslah, bro. Kau ni macam perempuan datang bulan. Tanya sikit nak melenting," usik Adam dengan tawa yang mula meledak keluar dari mulutnya. Adam terhibur dengan riak wajah Aydean tika ini.

"Kau dengan Mawar memang sepadan. Elok kahwin je. Dua-dua kaki moody," tambah Adam lagi. Belum habis mengutuk. Aydean raup wajah perlahan.

Kahwin? Jangankan kata kahwin, bayang dia pun aku tak dapat!

Tidak lama selepas itu, Mawar kembali ke tempat Aydean dan Adam dengan membawa segelas air teh o ais yang dipesan Aydean tadi. Perlahan gelas teh o ais diletakkan ke meja di hadapan Aydean. Kemudian, Mawar angkat muka sambil memandang ke arah Aydean. Mata mereka saling bertentang. Lama mata mereka bertaut. Mata hazel Aydean berjaya membuat Mawar jatuh cinta. Senyuman Aydean juga telah membuatkan Mawar rindu terhadap lelaki itu. Namun, dia tak mampu untuk ungkapkan apa-apa pun perasaannya terhadap Aydean kerana dia merasakan dirinya tidak layak untuk bersama lelaki itu.

"Ehemmm.. Ehemm... Berapa lama lagi nak main mata. Aku ada dekat sini nii..," Adam berdehem kuat cuba menyedarkan pasangan itu dari melayani hati masing-masing. Mawar dan Aydean tersentak dengan tindakan Adam. Cepat-cepat Mawar beredar dari situ. Adam tersengih melihat ke arah Aydean yang seakan tidak keruan.

"Kau kenapa ni? Selalu muka ceria tengok si Mawar tu. Tapi, hari ni macam ni pula," Adam cuba mengorek rahsia perasaan Aydean. Wajah Aydean masih sama. Tidak beriak.

"Kau bergaduh dengan Mawar ke??" soal Adam masih lagi gigih untuk tahu apa yang berlaku. Aydean masih diam seribu bahasa. Sikit pun dia tidak membuka mulut bercerita tentang apa yang berlaku antara dia dan Mawar.

"Aaiishhh.. Aku tak fahamlah," rungut Adam perlahan. Namun, cukup untuk didengari oleh halwa telinga Aydean. Aydean raup wajah lagi. Tanpa mempedulikan Adam, Aydean kembali menatap telefon bimbitnya. Dia cuba mengalih fikirannya dari memikirkan tentang Mawar.

"Dean, kalau kau ada masalah, storylah pada aku. Mana tahu aku boleh tolong. Kalau tak dapat tolong pun, aku boleh dengar," pujuk Adam. Dia tahu Aydean ada masalah. Dan pastinya masalah itu berpunca dari Mawar.

"Takde apalah. Aku okay," balas Aydean. Masih mengelak dari meluahkan perasannya. Bukan dia tidak percayakan Adam, tetapi, dia sendiri sudah malas untuk bercerita tentang Mawar dan Syakir.

Dia sudah bersedia untuk kecewa buat kali yang kedua. Jadi, perlu apa lagi untuk dia bercerita tentang kisah cintanya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aydean melihat ke arah skrin telefon. Tertera nombor tak dikenali. Dahinya berkerut. Nafas ditarik dalam sebelum panggilan tersebut dijawab.

"Hello," jawab Aydean dengan nada malas. Tangan kiri menggosok rahang.

"Hello, awak kawan kepada Amir Syakir ke?" soal seorang lelaki di hujung talian.

"Iye. Kenapa tu?" Aydean mula tidak sedap hati. Seolah sesuatu yang buruk telah berlaku.

"Kawan awak ni excident. Sekarang ada di hospital Ampang Puteri. Dia minta saya call awak. Dia suruh awak datang sini," balas lelaki yang tak dikenali itu. Jantung Aydean bagaikan direntap kuat.

"Excident?? Aaa.. Okay.. Okay.. I datang sekarang," suara Aydean seakan tersekat-sekat. Kemudian, dia terus menamatkan panggilan. Adam yang berada di sebelah Aydean terpinga-pinga.

"Apa hal, bro?" soal Adam ingin tahu. Wajah cemas Aydean turut membimbangkan hatinya.

"Shark, excident," jawab Aydean. Wajah Adam di pandang seolah berfikir. Aydean meraup wajah cuba menenangkan perasaannya saat ini.

"Aaaa.... Adam, kau tolong tengokkan restoran. Aku nak pergi hospital," Aydean memberi arahan. Pantas kakinya di hayun menuju ke ruangan dapur. Adam turut membontoti Aydean.

Sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam ruangan dapur, susuk tubuh Mawar dicari. Tanpa amaran, tangan Mawar ditarik. Mawar terkejut. Dia merentap kembali tangannya dari pegangan Aydean. Mata krew lain mula tertumpu pada Mawar dan Aydean. Adam turut tercengang. Tidak faham dengan tindakan Aydean.

Kenapa Aydean nak bawa Mawar?

"Apa awak ni??" soal Mawar dengan kerutan di dahi. Aydean cuba menarik kembali tangan Mawar. Pantas Mawar mengelak dari di pegang lelaki itu sekali lagi.

"Lagi selagi awak cuba pegang tangan saya, saya tumbuk awak!" Mawar memberi amaran. Matanya mencerlung ke arah Aydean. Aydean telan air liur apabila melihat renungan Mawar terhadapnya.

"Shark excident! You kena ikut I," balas Aydean tegas. Wajah garang Mawar mula mengendur. Kelihatan riak wajah wanita itu seakan keliru.

"Excident?" Mawar terkejut. Dahinya berkerut. Wajah Aydean dipandang dengan seliratan tanda tanya.

"Tapi.... Apa kena mengena dengan saya? Lagi pun, cik Maira ada dengan encik Syakir kan?" jawab Mawar pula. Krew yang berada di situ mula bercakap-cakap sesama sendiri.

"Please, ikut I. Kita cakap dalam kereta," kata Aydean seakan merayu. Dia tidak mahu timbul salah faham di situ memandang krew-krew yang lain sedang memerhatikan mereka.

Mawar menarik nafas dalam. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu mengikut Aydean. Tetapi, apabila melihat wajah Aydean yang sebegitu, Mawar akur.

SEPANJANG perjalanan ke hospital Mawar dan Aydean diam seribu bahasa. Mawar membuang pandangannya ke luar tingkap. Matanya tertumpu pada kenderaan yang sibuk lalu lalang di atas jalan. Waktu sebegini, jalan Ampang memang sesak dengan kenderaan. Jadi, perjalanan mereka ke hospital agak panjang.

"Dulu, masa Shark excident, orang pertama yang dia cari ialah you," tiba-tiba Aydean memula bicara. Suaranya kedengaran sayu. Perlahan Mawar menoleh ke arah Aydean. Wajah Aydean di pandang dari arah sisi. Sungguh lelaki itu kelihatan sangat tampan dan kacak di mata Mawar saat ini.

"Dia excident sebab cari you yang tiba-tiba menghilangkan diri," tambah Aydean lagi. Sekilas dia memandang ke arah Mawar. Mawar yang sedang merenung Aydean, tersentak apabila melihat lelaki itu menoleh ke arahnya. Cepat-cepat dia mengalih pandangan ke arah lain.

"I rasa Shark nak tahu, kenapa you tinggalkan dia," Aydean meneruskan kata-katanya. Matanya kembali tertumpu pada pemanduan. Jalan yang sesak itu sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Dia mahu cepat sampai ke hospital.

"Saya takde apa nak explain pada sesiapa pun. Cerita lama. Saya dah lupa," jawab Mawar dingin. Aydean tarik nafas dalam. Dia geram dengan jawapan Mawar.

"You memang cakap macam tu. Sebab yang tinggalkan Shark, it's you!!" tiba-tiba suara Aydean meninggi. Mawar menoleh kembali ke arah Aydean.

Sebelum ini, Aydean beria mengejar cintanya. Tetapi, tiba-tiba lelaki itu berubah sikap. Seolah memaksa Mawar kembali kepada Syakir pula. Sungguh Mawar tidak faham apa yang Aydean mahukan.

"If saya explain sekali pun, tak kan ubah apa-apa encik Aydean! Boleh tak semua orang move on! Lupakan semuanya!" balas Mawar kasar. Aydean diam. Nafas di lepas kasar.

"Shark still sayangkan you, Kie," suara Aydean mula mengendur. Hatinya seakan disiat-siat saat menyebut perkataan itu. Tetapi, dia harus mengalah kerana dia yakin, Mawar juga masih menyintai Syakir.

Mawar diam. Dia sudah malas untuk berbahas. Pandangan di lempar ke luar tingkap. Dia mula serabut selepas kedua-dua lelaki itu tahu tentang dirinya.

Mawar keliru dengan perasaan sendiri. Hatinya sudah tiada untuk Syakir. Tetapi, dia sendiri sedar, dia juga tidak layak untuk Aydean. Dan sekarang, Aydean sendiri menolaknya. Iye, Mawar harus membuang perasaannya pada Aydean seperti mana Aydean lakukan sekarang.

Terasa diri seakan bodoh kerana membenarkan nama Aydean memahat di hatinya.

bersambung....

Sorry korang...lambat pula updated hari ni.. so, enjoy reading yee...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience