Bab 35

Other Series 7494

Nia pergi ke supermarket untuk beli barang dapur dan keperluan hariaan untuk mereka berdua. Nia menghantar mesej kepada Tengku Farid.

"Abang Nia pergi supermarket beli barang dapur" kata Nia

"Kenapa tak tunggu abang nanti kita pergi sama sama"kata Tengku Farid

"Tak ada apalah abang Nia okey je Nia boleh pergi sorang sorang"kata Nia

"Tak Nia tunggu abang balik dulu dengar cakap abang"kata Tengku Farid

"Hurmm ye lah"kata Nia

"Abang balik awal ke hari ni"kata Nia

"Ye abang balik awal hari ni tak ada banyak kerja dekat office"kata Tengku Farid

"Okey! Kalau abang nak balik abang call saya siap terus ye lepas abang balik kita pergi supermarket"kata Nia

"Ye sayang abang call nanti ye"kata Tengku Farid

Setelah beberapa jam menunggu. Tengku Farid call isterinya dan memberitahu yang dia balik dan menyuruh isterinya bersiap.

"Sayang siap lah abang dah otw ni"kata Tengku Farid

"Otw ooo okey okey Nia siap sekarang juga"kata Nia

Setibanya di supermarket. Tengku Farid memegang tangan Nia sambil berjalan.

"Apa ni abang jangan lah malu orang tengok nanti"kata Nia

"Buat apa nak malu kita kan suami isteri tak salah! Biarlah orang nak tengok macam mana pun abang tak kisah"kata Tengku Farid

"Yelah"kata Nia

Tengku Farid mengambil troli kerana banyak keperluan hariaan dan barang dapur yang telah habis. Tengku Farid dan Nia masuk ke dalam supermarket.

"Sayang nak masak apa hari ni"kata Tengku Farid

"Tak tahulah abang nak makan apa biar Nia masak"kata Nia

"Abang nak makan ikan 3 rasa boleh Nia masakkan untuk abang ye"kata Tengku Farid

"Boleh je"kata Nia

Sambil membeli barang dapur dan barang keperluan hariaan. Tengku Farid berjumpa dengan Alisa di tempat sayur sayuran.

"Hey Farid you buat apa dekat sini"kata Alisa

"Alisa awak buat apa dekat sini"kata Tengku Farid

"I beli barang dapur sikit barang dapur dah habis! And you buat apa dekat sini"kata Alisa

"I beli barang dapur dengan isteri i dekat sini"kata Tengku Farid

Sambil bersembang Nia datang dekat Tengku Farid dan memeluk suaminya itu dengan niat untuk membuat Alisa cemburu akan kelakuaan Nia tadi.

"Abang"kata Nia

"Ye sayang"kata Tengku Farid

"Abang jom lah abang pergi mana puas Nia cari tadi tau"kata Nia sambil membuat muka manja

"Menyampah aku perempuan ni"kata Alisa

"Tak apa lah Alisa i pergi dulu ye jumpa lagi"kata Tengku Farid

"Harap tak jumpa Alisa lagi ye abang"kata Nia

"Dah kenapa dengan perempuan ni kecek besar je aku tengok dia ni"kata Alisa melepaskan geram

Selesai membeli barang dapur Nia duduk di atas kerusi akibat letih berjalan di supermarket tadi.

"Abang Nia rasa macam nak nak..."kata Nia

"Nak apa sayang Nia nak makan apa cakap je dekat abang"kata Tengku Farid

"Nia nak karipap inti ayam boleh"kata Nia

"Mana nak cari karipap petang petang ni Nia"kata Tengku Farid

"Abang carikanlah untuk Nia boleh la nanti anak kita meleleh air liur Nia tak tahu"kata Nia

"Ye lah abang cari sekarang juga Nia duduk diam diam sini tau jangan pergi mana mana"kata Tengku Farid

"Okey thanks"kata Nia sambil mencium suaminya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience