Bab 38

Other Series 7494

Alisa duduk di atas kerusi dan memikirkan macam mana cara nak musnahkan rumah tangga Tengku Farid dan Nia. Walaupun Alisa tahu susah nak pisahkan dua orang tapi Alisa tetap nak dapatkan balik cinta hatinya yang lama.

"Macam mana aku nak pisahkan Farid dengan perempuan tu aku kena fikirkan cara"kata Alisa sambil berjalan ke sini ke sana

Sambil memikirkan sesuatu Alisa teringat akan seorang lelaki dia boleh ubah seorang lelaki untuk melanggar Nia supaya dia gugur.

"Aku ada satu idea"kata Alisa sambil memikirkan idea jahatnya itu

Alisa terus menekan nombor dan dail nombor tersebut. Seorang lelaki mengangkatnya.

"Aku ada kerja untuk kau"kata Alisa sambil senyum jahat

Sementara Alisa melancarkan serangan kepada perempuan itu. Alisa menelefun Nia dan merancang sesuatu agar Nia boleh keluar bersama dengan Alisa.

"Assalamualaikum Nia ni Alisa boleh saya jumpa awak sekejap dekat cafe Cookies"kata Alisa

"Waalaikumussalam Alisa awak nak apa jumpa saya penting ke"kata Nia

"Penting saya nak jumpa dengan awak sekarang juga awak datang ye dekat Cafe Cookies"kata Alisa

"Okey kejap lagi saya datang"kata Nia

Nia yang masih terfikir kenapa Alisa mahu berjumpa dengannya. Nia terus bersiap dan keluar sedang elok suaminya itu tiada di rumah.
Nia bergegas ke Cafe Cookies seperti mana yang dikatakan oleh Alisa tadi. Sesampainya Nia di Cafe tersebut Nia sudah nampak kelibat Alisa yang duduk di atas kerusi.

"Nia awak duduk dulu boleh"kata Alisa

"Ada apa awak jumpa saya penting sangat ke"kata Nia

"Saya tahu saya bukanlah seorang perempuan yang baik untuk Farid tapi saya betul betul nak awak jaga Farid untuk saya walaupun saya tahu awak benci dekat saya tapi saya tak kisah saya dah redha bawa yang saya tiada jodoh dengan Farid"kata Alisa

"Alisa kenapa awak cakap macam ni saya tak faham"kata Nia

"Saya nak awak jaga Farid saya nak awak bahagiakan Farid saya nak kita jadi kawan"kata Alisa

"Alisa kalau awak nak jadi kawan saya terima je"kata Nia

"Tapi awak tolong dengan saya jangan cerita dekat Farid yang kita dah jadi kawan Farid mesti tak suka kalau saya jadi kawan awak Farid mesti fikir yang saya nak rosakkan rumah tangga awak janji dengan saya jangan ceritakan dekat Farid"kata Alisa sambil memegang tangan Nia

"Ye saya janji"kata Nia

"Sekarang kita dah jadi kawan awak kan awak oder je apa apa saya belanja awak okey"kata Alisa

"Eh tak apa Alisa saya boleh bayar sendiri"kata Nia

"Tak apa lah biar saya belanja! Mana tahu nanti awak boleh belanja saya pula"kata Alisa

"Okey lah kalau macam tu"kata Nia

"Nia dah berapa bulan dah tu"kata Alisa

"Baru 3 minggu"kata Nia

"Tahniah"kata Alisa

Nia senyum

Sambil Nia makan Alisa merancang rancangan jahatnya untuk membiarkan Nia gugur dan kemalangan dalam satu masa. Dia menghantar mesej kepada seorang lelaki yang di telefunya tadi.

"Alisa awak tak makan ke"kata Nia

"Eh tak apa awak makanlah saya makan dah kenyang dah"kata Alisa

'Okey lah kalau macam tu"kata Nia

"Makanlah kau puas puas nanti anak dalam kandungan kau tu dah tak ada"kata Alisa dalam hati

Alisa senyum ke arah Nia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience