Bab 19

Other Series 7494

Tengku Farid tidur di rumah mama Nia semalaman dengan Nia. Jam loceng berbunyi menunjukkan pukul 6.00 pagi dan Tengku Farid mengejutkan Nia untuk bangun pagi dan solat bersamanya

"Nia,Nia bangun solay subuh dah masuk waktu subuh dah ni"kata Tengku Farid

"Ye saya bangun"kata Nia

"Nia bangunlah"kata Tengku Farid

"Saya dah bangun saya pergi ambil wuduk sekejap ye"kata Nia

Solat subuh hari ini sangat bermakna bagi Nia kerana mempunyai suami yang baik hati dan mencintai sepenuh hatinya. Selesai solat subuh Nia melipat sejadah dan Tengku Farid memanggil Nia dan Nia duduk di sebelahnya.

"Nia terima kaseh sebab sudi jadi isteri saya tahu saya tak sempurna tapi insyaallah saya akan janji yang awak bahagia dengan saya akan pastikan awak jadi isteri yang solehah selepas ni"kata Tengku Farid

"Saya sudi jadi isteri awak sebab saya nampak keikhlasan awak terhadap saya dan saya betul betul yakin yang awak jodoh yang Tuhan kirimkan kepada saya"kata Nia

Tengku Farid berasa lega mendengar kata kata Nia yang jujur itu dia cuma ingin harapkan sebuah rumah tangga yang bahagia untuk dia dengan Nia. Selesai solat subuh Nia turun ke bawah dan menyiapkan sarapan pagi.

"Awak nak pergi mana"kata Tengku Farid

"Saya nak buat sarapan awak kan kerja hari ni"kata Nia

"Saya ambil cuti satu minggu awak cuti jugakkan"kata Tengku Farid

"Saya cuti satu minggu juga sebab bos bagi"kata Nia

"Eloklah macam tu bos awak nak bagi peluang dekat kita suruh kita bermesra laa tu"sakat Tengku Farid

"Apalah awak ni"merah padam muka Nia

"Awak sarapan dah siap marilah makan"panggil Nia

"Awak masak apa ni macam sedap je"kata Tengku Farid

"Saya masak nasi goreng biasa je"kata Nia

Tengku Farid menyuap satu suapan kedalam mulutnya

"Nasi goreng biasa tapi sedapnya bukan main untung saya dapat isteri pandai masak macam awak ni"kata Tengku Farid

"Tak adalah pandai sangat sikit sikit je bolehlah"kata Nia

Mama Nia yang baru bangun melihat keletah anak perempuannya itu

"Awal Nia bangun buat sarapan untuk Farid je ke mama tak ada ke"sakat Mak Nia

"Apalah mama ni banyak Nia masak ni marilah makan sekali"kata Nia

"Mama bergurau jelah"sakat Mak Nia

Tengku Farid ketawa

Selepas makan Tengku Farid duduk di atas sofa dan Nia duduk di sebelahnya

"Awak nak tak kita pergi honeymoon awak pilihlah tempat dekat manapun saya ikut je"kata Tengku Farid

"Boleh ke nak pergi kalau awak nak pergi saya ikut je! Saya teringin nak pergi Langkawi"kata Nia sambil senyum

"Boleh je saya ikut je awak nak pergi mana pun asalkan awak happy saya pun happy"kata Tengku Farid

"Okey terima kaseh"kata Nia

"Esok kita pergi nanti saya booking "kata Tengku Farid

"Okey"kata Nia sambil senyum

"Eloklah tu kamu berdua pergi honeymoon pergilah rapatkan lagi hubungan kamu berdua"kata Mak Nia

Tengku Farid dan Nia senyum mendengar kata kata Mak Nia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience