Bab 21

Other Series 7494

Penerbangan ke Langkawi adalah sangat bermakna bagi Nia kerana percutiaan dia bersama dengan suaminya. Walaupun Nia masih belajar untuk mencintai Tengku Farid Nia perlu tahu lebih mendalam tentang Tengku Farid agar cintanya begitu kuat terhadapnya

Dalam penerbangan Nia masih tertanya tanya dan ingin tahu siapa perempuan yang menelefun Tengku Farid sebentar tadi

"Apa yang aku patut buat ni ke nak tanya dia siapa perempuan tu aku nak sangat tahu"bisik Nia

"Awak kenapa diam je awak tak suka ke kita nak pergi Langkawi bersama"kata Tengku Farid

"Saya suka pergi Langkawi tapi tadi ada sorang perempuan ni call awak dia kata saya perampas boyfriend dia siapa perempuan tu saya betul betul nak tahu siapa dia apa kaitan awak dengan dia sebenarnya"kata Nia penuh dengan tanda tanya

"Awak sekarang ni waktu bahagia kita berdualah saya tak nak rosakkan waktu bahagia kita bersama! Ada masa nanti insyallah saya akan ceritakan siapa sebenarnya perempuan tu saya janji dan saya harap awak faham"kata Tengku Farid

"Betul juga kata suami kau Nia takkan kau nak rosakkan hari hari yang bakal menjadi memory dalam hidup kau"bisik Nia

"Yelah! Tapi janji dengan saya satu hari nanti awak akan ceritakan dekat saya siapa perempuan tu"kata Nia

"Awak ni bukan masanya untuk saya cerita semua tu dekat awak kita tengah honeymoon ni kan saya tak nak awak tak ada mood bila saya cerita dekat awak nanti saya harap awak faham"kata Tengku Farid

"Betul juga apa yang dia cakap Nia ni masa kau luangkan masa lebih dengan suami kau bukan masa untuk kau fikirkan siapa perempuan tu dia tak penting Nia"bisik Nia

"Okey" kata Nia senyum kembali

Tengku Farid merasa lega dengan kata kata Nia tadi Tengku Farid harap Nia tidak fikirkan lagi tentang Alisa yang hanya akan merosakkan rumah tangga Tengku Farid dan Nia

Penerbangan hampir sampai ke Langkawi

"Awak bosan tak"kata Nia

"Saya tak bosan selagi ada awak di sisi saya"sakat Tengku Farid

"Ishh! Awak ni betul betul la malulah kalau ada orang dengar nanti macam mana"kata Nia

"Kitakan suami isteri tak salahkan"kata Tengku Farid

"Ye tak salah tapi perlahankan suara awak tu nanti orang dengar"kata Nia sambil mencubit pipi suaminya itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience