Bab.1

True Story Completed 25625

Aku berasal dari Sabah. Merantau ke negeri Orang untuk menuntut ilmu. Aku mengambil Jurusan Kejururawatan dan belajar di KL selama 3 tahun. Selepas graduate, terus cari kerja di clinic dahulu disebabkan sijil LJM belum Keluar dan ingin mencari pengalaman dahulu sebelum Cuba memohon di mana2 hospital.

sejak dari kolej saya selalu menjadi tempat kawan2 meluahkan isi hati terutama masalah hubungan . Saya akui memang Saya suka menjadi pendengar dan selalu memberikan dorongan positive kepada mereka dalam apa pun masalah yang diorang share. Memang banyak la Love story yang terbuka dan tertutup yang sudah Saya dengar sepanjang Saya belajar sampai masuk Alam pekerjaan.Sehingga sekarang masih ramai yang berhubung Dengan Saya untuk meluahkan isi hati mereka.

Nah.. story Aku start lepas kenal 1 kawan iaitu staff satu kerja di clinic. Banyak2 love story,, Saya rasa dia punya la yang paling mencabar. Sampai rasanya kalau Saya di tempat dia pun bukan senang untuk bertahan dalam relationship tu.

Done introduction.Kita masuk Pula story Si Kawan Ni. ini real love story,tapi Ada tambah tolak sedikit dan nama watak pun ditukar untuk tujuan privasi.Harap2 kamu faham Cara orang Sabahan bercerita.

Aku dikenali sebagai JuJu, Jue , JJ, tetapi ramai yang memanggilku Juju.Aku bekerja di Salah satu clinic swasta di area Ampang.( lokasi sebenar dirahsiakan ).selepas graduate 2012, terus apply kerja Sana. Selepas setahun lebih bekerja di Sana, Ada staff satu Ni resign.Jadi kami tampalkan 1 kertas di depan pintu clinic untuk mencari pekerja baru.

Dalam seminggu itu,Ada 3 orang datang memohon pekerjaan. Tetapi cuma 1 orang yang mempunyai Lesen Jururawat. Disebabkan keperluan clinic tu memang perlu pekerja yang bersijil dalam Kejururawatan,maka staff itu dipanggil untuk interview dan terus mendapatkan pekerjaan tersebut.

Selepas seminggu dari tarikh interview, staff baru itu pun masuk kerja.HR menyuruh Saya untuk memberikan orentasi kepada pekerja baru itu, Nama dia Zulaikha tetapi senang dipanggil Eka.( bukan Nama sebenar ). Dia sangat manis orangnya, Iras2 Bella artis Sabah tu iaitu istri kepada Alif Azziz.Comel kan..Dia sudah pun bertunang Dengan Izwan ( bukan Nama sebenar ) yang bekerja sebagai Polis di area Ampang juga .

Pekerja di clinic tu Ada Dalam 4 orang, clinic buka 10 jam. maksudnya Ada 2 shift. shift pagi masuk jam 8am - 3 pm.Shift petang masuk jam 3 pm - 10 pm..Selama sebulan tu, Eka memang kerja attach Dengan Saya.Dia memang fast learner,sangat mesra, senyuman pun sangat manis. Eka sebaya Dengan Saya,. masa tu umur kami dalam 23 tahun.

Sepanjang dia bekerja, setiap Hari Tunangnya Izwan Akan datang menghantar dia pergi kerja dan balik kerja sekiranya duty Izwan sesuai Dengan jadual kerja Eka.Kalau Izwan bekerja,biasanya Eka Akan Naik Taxi, maklumlah masa tu perkhidmatan Grab belum Ada seingat Saya.

Saya personally melihat perhubungan Izwan Dan Eka Adalah di antara satu relationship yang sangat romantik.Tapi kadang2 kita melihat dari luaran mungkin kelihatan sweet, tapi kita tidak mengetahui asam garam kehidupan masing2.

Eka dan Izwan sudah tinggal bersama2 selepas mereka bertunang.Alah,,biasalah Zaman moden, ramai anak Muda yang sudah tinggal bersekedudukan walaupun belum berkahwin.Mereka menyewa apartment area Ampang. Syukur la Saya mendapat apartment murah di seberang clinic,mudah untuk Saya pergi kerja.

Tidak sedar sudah 6 bulan berlalu, dan hubungan kami sesama staff di clinic memang akrab.Doctor pun sangat sporting .Sebab tu clinic kami ramai pesakit.

Petang tu Saya duty Dengan Eka, tapi Saya mendapat sms dari Eka mengatakan bahawa dia Ada kelewatan masuk kerja Sebab Period Pain.Saya sudah pun menyuruh dia datang clinic untuk ambil ubat dan MC tetapi dia berkeras untuk turun kerja sebab sudah makan ubat painkiller.

sekitar jam 4.00Pm , Saya melihat Taxi berhenti depan pintu clinic, Eka keluar Dengan memakai selendang menutup rambutnya . Suatu Hal yang aneh bagi Saya sebab Eka bukan jenis wanita yang bertudung walaupun dia Muslim. Selepas turun dari taxi, dia terus meluru ke depan kaunter tanpa melihat dan menyapa Saya.Ketika itu clinic kosong ,tiada pesakit.Saya seolah olah perasan tentang sesuatu yang tidak baik berlaku Dengan Eka.Tetapi Saya memilih untuk mendiamkan diri.

Saya berpura2 sibuk menyusun Case Note Pesakit untuk mengalihkan perhatianku kepada Eka dan menunggu dia berbicara kepadaku.

Dalam 10-15 minit Eka tetap diam membisu sambil sibuk scroll telefon bimbitnya.Eka yang Saya kenali sebagai perempuan / wanita yang ceria dan sweet, tiba2 berubah menjadi wanita yang sangat serius.

Tidak lama selepas itu, Eka mula membuka bicara . " Juju, Ada apa2 yg Nak Eka Bantu tak? ". Tetapi matanya tidak memandangku.

" Tiada apa2, siap sudah susun case note Pesakit .lepas Ni mau check Stok ubat ,kalau Ada yang kurang,mau order ".Jawabku Dengan logat Sabahan yang sangat pekat.

" ok2 xpe, Eka pergi check."Lama dia dalam bilik Stok ubat. Tidak lama selepas itu,Saya mendengar seperti Esakan tangisan .saya terus masuk ke dalam bilik tu.

" Eka,kau OK ka Ni? eh... kau Ada masalah? Kenapa Ni.. ".Akhirnya Aku yang membuka bicara dahulu. Tiba2 Eka memeluk Ku erat sambil menangis.

" Juju..Eka sayang sangat Dengan Izwan ." Katanya." Eka,Kenapa Ni? Cuba share." JawabKu membuka cerita. Syukur la masa tu belum Ada Pesakit.

Saya mengambil segelas air, memberikannya kepada Eka.Setelah beberapa minit, Eka mula berbicara.

" Sebenarnya sebelum Izwan Dengan Eka bercouple dan bertunang, adik perempuan Izwan tu Ada BFF.beKerja sebagai Cikgu. Nama dia Becca.Dia kenalkan Becca Dengan Izwan Dengan tujuan menyatukan mereka.Tetapi Izwan memilih Eka.masalah dia sekarang,adik Izwan tu memburuk2kan Eka depan family diorang.Lepastu Family dia datang jumpa family Eka minggu lepas, cakap Nak putuskan pertunangan Ni."Jawabnya sambil menangis.

" Eh.Kenapa kes dia sampai mau putus tunang Pula Eka? Izwan cakap apa? ... " .Saya pun tertanya2 kenapa kes sampai mau putus tunang.

" Banyak story dia Juju..Saya pun tak tahu Nak share macam mana."

" Pelan2 ja Eka.Kalau kau rasa terbuka untuk share masalah dan perasaan Eka tu, share saja.Biasanya lepas Eka luahkan beban dalam hati, boleh kurangkan sedikit kesedihan tu." Jawabku perlahan.

Eka memandang ke tempat lain selama beberapa minit, dia menghela nafas panjang. Selepas itu baru dia buka cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience