Bab.18

True Story Completed 25625

Masa berlalu sangat cepat...sehinggalah tiba Hari Raya...macam biasa,, Saya on duty,,sebab kena cover kawan2 yang bercuti...Eka Dengan Noor ( staff satu kerja ) mengambil cuti selama 8 hari... Ewahhh...cuti panjang bah..
DR Zamree pun cuti juga,, jadi kami panggil doctor Locum untuk pengganti...Clinic tutup Raya pertama dan Kedua..Boleh la Rilex sikit..

*******

Dipendekkan cerita... Raya ke 5 tu Eka buat open house.. Family Izwan Dengan Izwan sekali datang... Niat mau berkunjung dan meminta Maaf serta Cuba memperbaiki kembali hubungan Eka Dengan Izwan tu ..

Ada lah story dia selepas Eka move dari apartment Hari tu... Izwan hari2 call dan chat minta maaf,,sampai parents Eka pun minta maaf dan Cuba berbaik Dengan Eka..

Tapi masa tu Eka memang xboleh dah Nak balik lagi Dengan Izwan...sebab dah trauma Dengan Segala yg terjadi..

Masa Eka sedang sibuk melayan tetamu,, Kelihatan satu family Izwan datang... memakai baju sedondon warna purple.. Eka sempat bersalaman Dengan Parents Izwan selepas tu menjemput mereka menjamu selera... Ibu Eka lah yang melayan mereka selepas itu...

Kelihatan dari Cara parents Eka dan ibunya bergaul seperti Hal serius... macam membincangkan sesuatu...tapi Eka buat tak tahu,,dia buat2 sibuk...

Tidak lama selepas itu,, muncul lagi sebuah kereta Alphard Hitam mengambil parking betul2 di depan canopy halaman rumah Eka..

Eka tersenyum kegembiraan..dia dah tahu siapa dalam tu...

Semua Mata tertumpu Dengan kereta tu,,kereta besar Dan mewah kott.....

Keluarlah Haz Dengan memakai baju berwarna Maroon sedondon Dengan warna baju Kurung Eka..selepas itu diikuti Dengan ibu bapa Haz...Ada juga dua Tiga orang sepupu Haz yang ikut sekali...

Izwan merenung tajam semasa melihat Eka berlari2 anak menuruni anak tangga untuk menyambut tetamu tersebut... tapi dia tiada kekuatan untuk menghalang..terasa cemburu menguasai hatinya...

Eka segera bersalaman Dengan Ibu Haz siap peluk2 lagi..Eka menjemput mereka masuk dan menjamu selera.. Eka melayan semua tetamu masa itu Dengan sama rata ... walaupun dia tau Haz itu Ada tempat special di hatinya...tetapi focusnya masa itu ialah melayan tetamu dan memastikan semua tetamu menjamu selera ..

Tidak lama selepas itu,, Eka membawa Ibunya datang menemui keluarga Haz...

" Mama,,Ni family Haz... Haaa..Yg Ni Pula Haz... Yang selalu Eka cerita dekat mama tuu.. "

Nampaknya Eka dah banyak cerita dekat mama nya pasal Haz tu ... Mama Eka pun menyambut mereka semua Dengan happy... Mama Eka Dengan Ibu bapa Haz bergaul rapat... Dan semestinya Ada mata2 yg memandang mereka terutama keluarga Izwan...

Tidak lama selepas itu,, ketika Acara santai diiringi Dengan lagu2 Raya... Haz mendekati Izwan Dengan Cara berjalan yang agak gentleman.. Eka masa tu sibuk melayan tetamu yg tak henti2 datang berkunjung.Tetapi Mata Eka tidak lari melihat kelibat Haz...kot2 la Ada perempuan datang mengurat dia..apa tidak..handsome dan segak bah Si Haz tu... tinggi lampai lagi..

Eka melihat Haz Dengan Izwan berjalan ke arah parking kereta di halaman rumah tu,,entah apa yg di bincangkan..Hati Eka bercampur baur ,,risau terjadi pergaduhan..kot2 la diorang dua bergaduh.. adoiii... macam2 dalam fikiran...

" Eka Ada banyak bercerita pasal hubungan kamu berdua.. biasa memang Asam garam hubungan Ada masa ok..Ada masa tak ok...tapi Haz personally Nak bagitau Izwan,, untuk melepaskan Eka.. sebab bukan senang dia Nak memulakan kembali hubungan kamu berdua memandangkan kepercayaannya terhadap Izwan sudah hilang.." kata Haziq memulakan bicara..

" Ko memang tak tau apa yang kami lalui... tapi Aku tetap berusaha untuk membuktikan bahawa Eka dan Aku boleh kembali bersama..Aku dah pakai dia lamaa..Ko xde hak Nak ambil barang yang Aku dah pakai... " balas Izwan.

" mulut ko jangan terlalu biadab Izwan... perempuan Ni bukan jenis barang pakai buang ,,tukar ganti suka hati...ko dah buat dia sakit hati selama ini... lepastu cakap Nak get back?? "

" Ko try pecahkan gelas Ni.." kata Haz kepada Izwan sambil menunjukkan gelas yang Ada Dalam gengaman tangannya yang berisi air sirap..

" lepas ko dah pecahkan gelas tu... try kembali kan kepada bentuk asal...walaupun ko berjaya mengembalikan gelas tu kepada bentuk asal Dengan Cara melekatkan pecahan kaca itu Dengan menggunakan apapun Cara...tapi bekas pecahan itu tetap kelihatan..."

" maksud Aku...kalaupun Ko Dengan Eka kembali bersama.. hatinya Akan tetap mempunyai bekas terluka.. so ,,jangan bagi life Eka complicated... "

Eka melihat mereka dari jauh..lalu Eka segera datang ke arah mereka,, takut jadi apa2..Izwan pun belum sempat membalas kata2 Haz...

" Ko Nak main Bet tak?? " balas Izwan.. kita lihat siapa dia panggil dulu...maksudnya orang tu Adalah orang yg special dalam hatinya .Jawab Izwan...

Entah idea tu datang dari mana... Haz pun xterkata apa...sebab Eka sudah datang mendekati mereka..

Macam cerita Korea atau Hindustan Pula..

Kalau digambarkan dalam video... Eka berjalan Dengan slow motion ke arah mereka sambil tersenyum manis..senyuman yg menjadi pemikat hati dua jejaka itu... macam senyuman comel Si Bella Astilla... kena lagi Dengan rambutnya yang lurus panjang paras pinggang yg terurai menambahkan kecantikannya..

Sampai di situ,, Eka sempat terdiam sekejap kerana melihat dua jejaka berdiri di hadapannya...macam dia kena buat pilihan Pula...

" Haz..Mummy daddy Haz Tengah cari tu..Ada Benda Nak cakap katanya... Jom la... "...

Izwan terdiam seketika...mendengar nama Haziq dipanggil..maksudnya dia sudah kalah...

" Em... Izwan,, banyak lagi makanan tu... makan lah lagi..nanti Nak balik jauh..." kata Eka...

Haz sangat memahami situasi tersebut... dia Dengan Eka berlalu dari situ,,membuatkan Izwan panas hati.. apatah lagi melihat Haz mengusap rambut Eka dari belakang...

" Cantik rambut Eka...nampak sangat comel.. kena lagi Dengan pakaian baju Kurung Eka..memang sagat cantik "... kata Haz memuji Eka..matanya tak puas menatap wajah Eka yang sangat comel tuu...

Melihat Parents Haz tersenyum dari jauh... Eka sembunyikan perasaan malunya ... Merah mukanya..

" Nampak serasi sangat dua orang Ni... Eka... Mummy dan dady ada sempat bincang Dengan mama kamu tadi..kalau tak keberatan... kami bercadang untuk masuk meminang bulan depan... itu pun kalau Eka setujuh Dengan hati yang terbuka..."

"aaah...eh... meminang???"...

sikit lagi mau habis...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience