Bab.4

True Story Completed 25625

Bangun pagi Hari Ni Dengan Harapan tidak terlalu sibuk. Check spender ( seluar dalam ) semua tinggal warna Merah.Iss.. orang bilang,kalau pakai spender warna Merah,nanti banyak Ong Masuk ( maksudnya Pesakit berjurut2 datang ) . Itu cuma mitos untuk tujuan bergurau.Gurauan tu terjadi selepas beberapa Kali shift yg Non- Stop Pesakit datang, rupanya kawan Saya pakai Spender warna Merah.Hahah...

Nda apa..pakai saja..

Aii..Betul bah tekaan Saya.shift pagi Bermula jam 8am, menunggu sudah 5 Pesakit depan pintu..adoiii Mataii ( Bahasa Sabahan yang bermaksud .. Habislahhhh... )

Apa lagi, Saya dan Si Noor bekerja keras dari pagi sampai habis shift. syukur la Ada masa dalam 1 jam lunch hour Si Doctor ,boleh la rehat sekejap..hehehe.

Habis shift jam 3 pm, balik rumah terus Mandi dan buka laptop.Hari Ni xda plan apa2. syok Ni layan drama korea.sedar tak sedar... Saya tertidur..

Bangun lepas jam 6 Pm, itu pun sebab lapar. Housemate macam biasa balik lepas jam 10pm. itu pun kami jarang bertegur sebab masing2 Dengan kesibukan..jarang berjumpa juga sebab Saya kerja shift.selalu ber Chat Sahaja kalau Ada apa2 Hal penting untuk dibicarakan.

sekitar jam 9pm Susana di luar tiba2 hujan..tiada ribut,,tiada petir...waa..syok la tidur malam Ni sambil sambung layan drama Korea.Besok boleh bangun lambat sebab kerja petang Dengan Eka.. mmm..apa next story dia ah...

Itu yg Saya fikir..walaupun sibuk layan drama, masih lagi fikir pasal masalah Eka.

Sekitar jam 9.30pm tiba2 pintu rumah diketuk.aikk, awal juga Si Poyo ( nama panggilan housemate) balik..Napa dia ketuk lagi,, dia lupa bawa kunci ka?

Saya tidak mengesyaki siapa2 pelawat datang berkunjung ke rumah masa tu.Saya buka pintu perlahan.. tiba- tiba.......

" Ekaaaaa... kenapa ko basah kuyup Ni??? astagaaaaa..."

Eka terus tersungkur depan pintu sambil menangis. sepertinya dia sudah menangis lama sebab matanya sudah bengkak. common sense Saya automatik berfungsi.

Tanpa berbicara apa2 Saya terus mengambil tuala, menyuruh Eka Mandi dan meminjamkan dia pakaian Ku.

Sementara itu Aku menyediakan 2 cawan Milo panas untuk kami berdua..

selesai Mandi dan memakai baju, Saya mengambil Milo dan memberikan kepada Eka.. Saya membawa Eka masuk ke dalam bilik sebab risau housemate balik nanti dan melihat Eka menangis.

Eka memang Tahu rumah sewa Saya, sebab beberapa Kali tu Izwan lambat ambil dia balik kerja,jadi Saya offer dia stay menunggu di rumah sewa Saya sekejap.Si Kawan Saya pun kenal Eka.cuma tidak rapat.

" Juu,.. sorry kacau Juju malam2. Eka tak tahu Nak pergi mana2."

" What happened??...Kenapa Eka basah kuyup? Eka dari mana? .."

" Eka dan Izwan petang tadi pergi makan malam dekat kedai mamak Maimunah tu..( area Ampang ). Pastu Eka terlepas cakap,, masa makan tu,, kami dua diam seribu Bahasa, Eka tak tau Nak cakap apa.. Eka Tanya Izwan..Bie... Baby sayang Bie tauu... Baby xsanggup kehilangan Bie... Bie boleh tak kita sama2 buktikan Dengan family yang kita Nak pertahankan ikatan Ni...baby xnak la putus2 tunang Ni..baby berjanji Akan turuti semua kehendak family Bie.."

Pasal tu je Juuu... Tiba2 Izwan Tarik tangan Eka,bawa Eka pergi tempat parking kereta tu.. dia Jawab Eka macam Ni..

" Baby tau tak Bie pun serabut dah otak fikir masalah Ni.. Bie xsuka baby push Bie Nak arah2kan family Bie..buat itu ini.. Family Bie pun kena utamakan juga..Baby suka ke nanti kalau kita dah kawin,, tapi family tak terima?? "..

" Apa maksud Bie Ni? apa maksud Bie yang family Bie take terima Ni??? selama dekat setahun kita bertunang,, kenapa dekat2 Nak kawin baru timbul situasi begini? sebelum Ni family ok je...xde cakap apa2.lagi 3 bulan Nak kawin.. Lepastu timbul masalah,, Bie macam dah lepas tangan.. Selama Ni Bie xfikir ke,kita dah tinggal bersama seperti suami istri...setahun Ni kita dah harungi macam2 situasi bersama..lagi 3 bulan Nak Nikah,.. "

Eka tak habis cakap lagi..Izwan sudah masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Eka di parking lot.

" Eeee...bikin gerigitan ( Geram ) oww perangai lelaki begitu..dayuss betul.. astaga Eka...sya pun Naik darah oww.. " balasku mendengar cerita Eka.

" Juu..makanan dekat kedai mamak tu tak habis makan lagi tau, makan tak sampai separuh.lagi satu, dompet Eka dalam kereta.Yang Ada cuma Handphone je.Makanan tak bayar lagi.syukur la dah biasa tempat tu, Eka cakap dekat boss tu besok baru bayar makanan tu.. Eka buat Alasan tiba2 tunang on call,Ada kes dekat Balai..Dompet tinggal dalam kereta.Tunang pun rush pergi Balai. Boss tu memahami la..dia cakap anytime boleh datang bayar."

"Lepastu ju..Aku dah la xda duit tambang taxi.. fikiran Aku blank.tak fikir langsung Nak call siapa2. Yang Eka tau,, hanya berjalan tak tahu arah mana Nak tuju..Eka berjalan sambil menangis. dalam 15 minit juga Eka Jalan kaki ,sekali hujan lebat..Lagi la Eka nangis kuat..seolah olah hujan Ni pun memahami Emosi Eka."

" Aku xde perasaan Malu dah,, kereta hon Sana sini,,tapi Eka tetap gagahkan diri untuk berjalan. Dengan harapan Izwan datang cari Eka..tapi tak... sedar take sedar, dah sampai area clinic..xde hati Nak balik rumah, sebab tu terfikir Nak datang rumah Ju..."

" kau jangan risau Eka,,anytime ja kau boleh datang sini...tapi Saya geram la Dengan Izwan tuu,, xpatut dia buat macam tu ..."

Banyak lagi story yang kami share.. Eka masih menangis.Jam sudah menunjukkan jam 11pm tetapi 1 call atau sms pun tiada Eka terima dari Izwan.. Dasar lelaki dayussss!!!! Saya sumpah juga kau Ni jadi Katak!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience