Bab .8

True Story Completed 25625

" Bie tak fikir ke hubungan kita Ni dah tahap hubungan suami istri..family pun tahu kita tinggal serumah..Majlis perkahwinan dah siap 70%. Tinggal Nak print kad undangan dan buat penggambaran pre wedding..Dewan dah booking awal,, lembu Nak kena sembalih pun dah booking awal..semua pakai duit Baby,, satu Sen pun baby tak minta Bie urus semua tu.. sekarang Bie Nak baby tunggu 3-4 tahun.. Bie Gila ke???"

Pangg!!!! satu penampar hinggap di pipi Eka membuatkan Eka terdiam seribu Bahasa.. Lelaki yang patut melindunginya Kini sanggup menamparnya.

" Hei perempuan.. !! pengorbanan ko xsebanding pengorbanan family Aku tau... Kalau Ko ikhlas Nak bersama Dengan Aku, Ko kena ikhlas terima semua family Aku.. kalau Ko xboleh tunggu,,ko Blah... Pergi dari rumah Ni.. ko Nak Gatal sangat..!!Cari lelaki yang Nak kawin ko cepat..!! "

" Eka menangis sangat masa tu Juu...Sampai Eka Berlutut depan dia..."

" Bie.... sampai hati Bie...Kita dah banyak berkorban dalam hubungan Ni,,Hal Ni boleh bawa bincang lagi..jangan la buang Baby dalam Hidup Bie macam Ni... Pleaseee ... Bie..Pleaseee!!! "..

" Hey...!!Aku dah Tawar hati Dengan Ko...mulut Ko nie banyak sangat mengungkit..Ko yang buat Hal kecil Ni jadi isu besar.Aku tak niat Nak tampar ko kalau mulut ko tak celupar sangat .."

" Bieeee....."

Tiba- tiba telefon berdering... " Kak.Eka!! Papa pengsan Kak... Papa tak sedarkn diri kak..." Adik bongsu call Dengan suara terputus putus...

"aah .. ??? " ... Eka tak tau Nak cakap apa masa tu Juu...

" Bie... Papa tak sedarkan diri...Kita kena balik Kampung Cepat Bie... " Masa tu Eka ketepikan masalah kami sekejap..

" Besok Aku on duty..Ada Kes Nak kena handle besok ..Suruh sepupu Ko tu hantar balik Kg."..

Eka terus call Sepupu dia dekat Cheras tu.. Malas Nak gaduh Dengan Izwan.. Sepupu dia sendiri boleh berkorban ambil Emergency Leave esok semata Mata Nak hantar Eka balik Kampung. Eka terus pack barang yang patut.. Tak sampai 40 minit, Sepupu Eka dah call cakap dia Tengah tunggu dekat parking.

Izwan baring je dekat katil sambil main Handphone ..Busy sangat tekan2 Handphone.. tak dengar pun Eka panggil nama dia...

" Bie... Nak gerak dah Ni.." niat baru Nak Salam, Badan dah membelakangkan Eka.. Eka faham dia Tengah panas.. Eka tak de masa Nak pujuk lagi.Eka terus
rushing turun Dengan membawa 1 beg besar penuh barang2 keperluan sebab Eka dah plan ambil Emergency Leave 2-3 Hari tu. Jam dah menunjukkan jam 12.30 Tengah malam masa tu.

*****

Dipendekkan cerita, Eka Dengan sepupu terus pergi Hospital sebab Adik call,diorang dah hantar papa pergi Hospital.Mama memang xboleh Nak cakap apa dah..Mama pun masih shock!..

Sampai Hospital tu,, Eka tengok semua family dan sepupu yang lain dah nangis2.Perasaan Eka bercampur baur. Tak disangka Papa dah meninggalkan kami selama lamanya..Doctor cakap Papa kena serangan Jantung.

******

Dipendekkan cerita, Eka memohon ambil Emergency leave seminggu tu untuk urusan keluarga.Eka Ada inform Izwan pasal tu,, tapi dia sibuk di tempat kerja,hanya mengucapkan takziah..Eka sangat perlukan dorongan Dan kekuatan dari Izwan..tapi Eka Cuba berfikiran positive mungkin dia sangat sibuk Dengan duty yang tidak dapat dielakkan.

Eka Ada inform Izwan,mungkin Eka Akan berada di Kampung dalam 2 minggu.Izwan cuma membalas OK dalam chat.Walaupun kami baru bergaduh, Eka tetap kuatkan Hati menghadapi situasi ini..

Syukur Acara pengkebumian Arwah Papa berjalan Dengan lancar. Tiada 1 pun family Izwan yang datang walaupun Eka Ada inform family diorang pasal situasi ini..Kekuatan dan penghiburan Eka masa tu ialah Keluarga besar Eka..Banyak yang diorang tolong Eka..
Selama Eka di Kampung, tiada berita sms atau call dari Izwan.

Selepas pemergian Arwah Papa dalam 8 Hari, Family membenarkan Eka balik KL untuk sambung Kerja. Eka berjanji Akan kerap balik Kampung untuk menjenguk keluarga.

Eka bertolak dari Kampung ke KL bersama sepupu lewat petang, perjalanan ke KL mengambil masa 3-4 jam. Kami gerak dalam jam 8pm untuk mengelak dari jem.

Kira2 dalam jam 11.30pm Eka sampai Apartment. Eka memang tak inform Izwan yang Eka balik KL sebab Nak bagi surprise..siapa tahu Izwan masih ego tapi dalam hatinya Ada kerinduan.

Eka dah tahu Izwan habis duty sebab kereta dah Ada dekat parking . Eka dah fikir,,nanti kalau Izwan dah tidur, Eka Nak peluk tunang kesayangannya ,.Semua hal2 romantic sudah dalam fikiran.
Pintu apartment dibuka perlahan.. Lampu ruang tamu sudah off.Mungkin Izwan dah tido bisik hati Eka.

Tiba-tiba perhatian Eka teralih Dengan melihat sepasang sandal wanita berwarna pink berada di sudut pintu.Eka yakin itu bukan miliknya. Perasaan bercampur baur.. tangan Eka bergegar.Tapi Eka kuatkan semangat.

Eka melangkah perlahan masuk dan menuju ke bilik.. Pintu bilik tidak bertutup sepenuhnya.. Lampu bilik sudah off.Cuma lampu kecil yang berbuka berwarna Purple yang Eka beli untuk memberikan suasana bilik agak romantic.

Apa yang Juju fikir sedang terjadi.. Saya rasa kamu pun fikir begitu kan...arrggghh!!!! SIALL..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience