BAB 3

Horror & Thriller Completed 4550

Bagi mangsa kemalangan yang terselamat, Salimah yang juga ibu kepada tiga anak mengakui terkejut apabila mendengar kisah jirannya melihat lembaga wanita berambut panjang selepas tiga jam mereka empat beranak kemalangan.

Ketika kejadian, Salimah bersama arwah suami dan arwah anak sulungnya serta anak bongsu dalam perjalanan balik dari Kampung Ibok, Kijal kerana menziarahi adiknya yang tercedera akibat terkena letupan belon gas.

“Mohd ceritakan kepada saya apa yang dia nampak itu lepas seminggu kami kemalangan. Dia cerita pada saya dekat waktu senja semasa saya sedang termenung di depan rumah.

“Saya pun tidak tahu apa yang arwah suami nampak waktu kami kemalangan. Saya yang duduk sebelah suami tak tidur pun waktu kami kemalangan dan seingat saya secara tiba-tiba kereta terbabas langgar pembahagi jalan sebelum saya pengsan sekejap,” katanya.

“Saya tak pernah lalu LPT2 sebelum ini tapi mungkin arwah suami dah banyak kali lalu. Sampai sekarang saya masih trauma dan tak mahu lagi lalu jalan itu.

“Sebagai mangsa, saya tak tolak kemungkinan faktor mistik turut jadi penyebab kemalangan kerana dalam al-Quran sendiri pun sudah dinyatakan ada makhluk lain dicipta selain manusia,” katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience