BAB 7

Horror & Thriller Completed 4550

Lembaga Hitam

Seorang penarik kereta bernama Shamsudin berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah seram yang sering diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

"Antara cerita hantu yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi.

"Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang sering berlaku kemalangan.

"Ada juga rakan saya yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas.
"Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir," katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience